๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐
Saya telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini. Tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, yang begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.
Oleh itu, saya terhutang budi yang amat besar kepada rakyat Malaysia biasa yang menyokong kempen saya. Terima kasih yang tidak terhingga, hanya Allah yang dapat membalas kebaikan semua.
Saya tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan. Sejak kempen bermula, saya mengambil pendekatan telus dan lantang dalam menyuarakan kebimbangan saya terhadap pelbagai isu: daripada perubahan kepada sistem pengundian satu ahli satu undi, kepada integriti sistem pengundian digital, sehinggalah kepada sikap sambil lewa dalam menyelesaikan isu-isu ini.
Saya faham rasa kecewa dan putus asa di kalangan ahli biasa PKR dan penyokong. Kita memerlukan masa untuk pulih dari perasaan seolah-olah segala usaha dan dedikasi bertahun-tahun kepada idealisme PKR telah sia-sia.
Saya juga manusia biasa, tidak terkecuali daripada rasa yang sama, walaupun seketika. Hampir separuh usia dewasa saya, lebih tepat, hampir 27 tahun, telah saya curahkan kepada perjuangan ini: daripada menggerakkan Kempen Antarabangsa Bebaskan Anwar, menyertai kepimpinan awal Pemuda Keadilan, hinggalah menulis sebuah buku untuk menerangkan kes mahkamah Anwar Ibrahim kepada orang awam.
Saya meninggalkan kerjaya korporat yang baik pada usia yang muda, atas permintaan Anwar, untuk menjadi Ketua Staf beliau di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sehingga kini, saya telah mengharungi 16 kes mahkamah: 7 jenayah dan 9 saman sivil, kerana mendedahkan pelbagai skandal kewangan awam. Mungkin saya menghabiskan lebih banyak masa di mahkamah berbanding peguam biasa. Saya pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun (ditangguhkan dan diganti dengan bon berkelakuan baik) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana peranan saya dalam mendedahkan skandal 1MDB.
Jujurnya, saya tidak langsung kecewa. Malah saya rasa agak lega kerana kini saya boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi.
Saya terjebak di dalam gerakan reformasi (sebelum pun PKR dilancarkan) kerana sebuah idealisme. Saya mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali kerana saya percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat. Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa.
Saya mahu melihat sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif kerana kita adalah sebuah negara kecil. Masyarakat majmuk membuka fikiran kita untuk bersaing secara sihat. Ia membolehkan kita belajar antara satu sama lain supaya kita menggarap budaya kerja terbaik. Ia membina ihsan, kepercayaan dan rasa hormat. Persaingan mempersiapkan kita untuk bersaing di peringkat global. Semua ini mampu membawa kemakmuran dan kehidupan yang jauh lebih baik kepada ramai rakyat Malaysia.
Saya menyertai PKR kerana idealisme ini dan manfaatnya kepada rakyat. Saya tidak menyertai PKR demi jawatan atau kedudukan Menteri, apatah lagi untuk membina kekayaan. Saya faham nasib Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.
Saya kekal dalam PKR selama 27 tahun, lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan, kerana saya percaya PKR baru berlari anak. Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu.
Saya tidak pernah percaya bahawa memegang jawatan dalam kerajaan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat itu. Masyarakat mesti berubah lebih cepat daripada kerajaan untuk merealisasikan sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif - cita-cita kita yang masih dalam pembikinan.
Saya amat berbangga dengan ahli biasa PKR dan penyokong yang tetap teguh mempertahankan idealisme ini sepanjang kempen, walaupun segala-galanya telah disusun untuk tidak memihak kepada saya. Cita-cita reformasi sebenarnya masih ada harapan.
Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.
Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik - cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.
Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini.
Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.
Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya.
๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ
๐ฎ๐ฐ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Jelajah Sesi Libat Urus dan Madani Mendengar untuk Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) akan diteruskan di negeri Kedah pada 20 Januari 2025, Isnin.
Sesi Madani Mendengar yang berkonsepkan format bertanya terus kepada Menteri akan bermula jam 2.30 petang bertempat di Grand Alora Hotel, Alor Setar.
Semua warga Kedah yang berkelapangan dijemput untuk hadir beramai-ramai ke sesi ini bagi menyampaikan input-input yang relevan dan sesuai dalam merangka dokumen Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Mohon disebarkan kepada semua.
@meinmokhtar Sedekah lah. Sdkh jln keluar setiap kesulitan. Rm 8 pun x blh keluar bank pun klu dlm bank. Trf ke mana2 tmpt yg mmrlukan kan dengan niat smoga Allah dtg kan bantuan. Semoga dgn sedekah aku ini Engkau bantulah aku ya allah. Yakin Allah pasti bantu. Sllu bt gini x pnh lg mgecewkan
Hi korang, I baru lepas accident ahad lepas otw balik dari Ipoh ke KL. Ada few barang yang I nak letgo untuk kumpul dana sikit untuk survive sementara kereta I dekat bengkel. Kalau tak beli pun takpe, boleh tolong RT. Terima kasih, moga korang dimurahkan rezeki๐ฅบ๐ฅบ
20 Jun 2023:
Platform Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) dilancarkan. Rakyat (individu atau organisasi) boleh mohon secara online terus kepada Kementerian Ekonomi untuk permohonan pelaksanaan projek kemudahan awam.
29 Ogos 2023:
1,385 projek telah diluluskan. 3 pemohon negeri paling tinggi adalah Sabah, Negeri Sembilan, diikuti Sarawak.
Senarai 1,385 permohonan telah dikemukakan kepada PBT/agensi pelaksana yang berkenaan untuk semakan sebelum penyaluran dana dibuat.
Rakyat yang ingin menaiktaraf atau membina kemudahan awam di kawasan masing-masing masih boleh memohon melalui laman web IKR di https://t.co/FT3l4PdaxA
Aku dah pakai 6 biji used car. Ada yang bagus, ada yang teruk.
Ada yg beli direct owner, ada beli dr kedai.
So, ini ialah tips untuk korang beli used car
Nota: Jangan Percaya Cakap Owner Kereta & Salesman
RT & Start baca thread ni
Kajang > Putrajaya > KLIA1.
Umur dah 26, baru ada akal nak buat passport. Buat pun atas keperluan business travel once in a while.
Yang pernah buat pssport, mesti tahu journey buat pasport bukan benda yang senang. Dari sejam jadi seharian. Meh i nak share tips buat passportโจ
Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan rendah hati mohon doa orang ramai, doakan agar urusan adik saya Nadia Izzati Binti Khair, untuk pulang dipermudahkan. Kami redha Ya Allah.
She is an AML patient, has survived for three years but her conditions keep worsen. Doakan Yaya.
Aku bukan nak condemn tetapi aku rasa ramai orang memang membeli kereta & motor tanpa berfikir panjang.
Apa maksud berfikir panjang sebelum beli kereta or motor?
Meh aku nak hurai secara ringkas
I urge all Muslims to devote the first Duโa today, immediately after breaking the fast, to Al-Aqsa mosque, the first Qibla and the 3rd holiest Sanctuary.
May Allah protect our brothers and sisters in al-Quds al-Sharif and Palestine, and grant them victory and relief.
#AlAqsa
Saya ingin minta anda bantu kongsi video cara-cara mendaftar Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) ini kepada sahabat-sahabat atau ahli keluarga yang berminat dan layak untuk memohon.
Nak jimat katanya, hari2 bagi anak beranak makan ni
- bihun RM3 per pack, untuk 4 beranak
- nasi goreng telur, RM14 (beras 5kg), RM10 (30 biji telur)
- maggie RM3.50
Perut anak dia makin besar tu. Baru2 ni sampai kena keluar rumah sbb tak mampu bayar sewa๐