Berkandar orang mengata ke dia. Paling kurang selidik la dulu latar belakang. Kemudian timbang2kanlah kata2 & konteks apa yg diucapkan. Dia pun lulusan agama juga. Kurang2 anak dia hafizah. Kita yang maki sakan dengan anak2 kita ni, macam mana?
Aku memang tak setuju boikot semberono. Akhirnya yang jadi mangsa keadaan, orang kita juga. Ada yg simplistik dgn minta depa cari kerja lain. Kebanyakannya yg dah kerja sedap2, yg makan gaji. Cakap lidah yang tak bertulang.
@Solisidtor Then vote utk gagalkan Usul Menjunjung Kasih Titah SPB YDPA sewaktu mesyuarat pertama 2024. Gunakan ruang rasmi yang ada. Jika Parlimen gagal luluskan usul ni bermakna Kerajaan tiada majoriti. Convention UK gunakan Usul ni sbg vote of confidence kepada Kerajaan.
Saya tak nampak pembangkang kritik pelaksanaan PADU. PAS masih lagi dengan isu YB Dato' Ngeh Koo Ham yang telahpun dinoktahkan oleh DYMM Sultan Selangor. Selagi isu yang dijuarai parti politik adalah berkisar 3R, saya skeptikal mereka ada idea tuntas utk pembangunan negara.
Jesus=Isa, Joseph=Yusuf, Noah=Nuh, Moses=Musa, Jonah=Yunus, Kristian=Nasrani. Rasanya itu je isunya. Tak sangka melarat sampai dituduh sesat. Adakah sebab terlalu beku dalam tempurung atau memang sikap kita berlebih-lebihan menghentam yg tidak sehaluan?
Saya fikir politik negara terlalu sarat utk membuktikan siapa lebih islam, siapa menghampiri kekufuran. Selepas 41 tahun, isu kafir-mengkafir telah membarah dalam satu kelompok yg ghuluw. Boleh cuba menafikan, tp ia takkan memadam realiti sebenar masyarakat.
Menarik apabila YAB Dato' Menteri Besar memulakan sembah ucapan kpd DYMM Sultan Selangor dgn memetik ayat ke-54, Surah Al-A'raf berkaitan kekuasaan Allah menciptakan langit & bumi serta bersemayam di atas Arasy. Ayat ini sentiasa menjadi pemisah antara kelompok salafi & Asyairah.
Persempadanan semula, kalau sekadar pinda kawasan persempadanan tanpa pertambahan kerusi parlimen, hanya perlu 50% undi daripada jumlah ahli Dewan Rakyat. Kalau nak tambah kawasan parlimen, kena pinda Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan. Kat sini baru perlukan 2/3 ahli Dewan.
Selangor jalankan pemutihan sekolah agama swasta utk mengelakkan berlakunya manipulasi sekolah agama ala2 "Ustaz Madi". Ke ada pihak yg panas sebab banyak sangat sekolah agama swasta ala "Ust Madi" yg diuruskan oleh kelompok2 tu?
SELAMATKAN SEKOLAH AGAMA ISLAM DI SELANGOR
Sidang Media Pengerusi UMMAH, Cikgu Zai Mustafa dipanggil memberi keterangan di IPD Dang Wangi hari ini, 18 Ogos 2023, berkenaan isu ancaman 200 Sekolah Agama Islam yang diarahkan tutup.
#HarakahDaily
SELAMATKAN SEKOLAH AGAMA ISLAM DI SELANGOR
Sidang Media Pengerusi UMMAH, Cikgu Zai Mustafa dipanggil memberi keterangan di IPD Dang Wangi hari ini, 18 Ogos 2023, berkenaan isu ancaman 200 Sekolah Agama Islam yang diarahkan tutup.
#HarakahDaily