Lembaga Wakaf Hindu Arah Kosongkan Tanah & Robohkan Kuil?
Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHPP) halau penceroboh tanah & merobohkan kuil haram yang dibina di atas tanah mereka.
Siapa Pengerusi & Timbalan Pengerusi LWHPP?
Tidak lain tidak bukan, RSN Rayer & R. Lingesh:
Mereka berdua antara individu yang paling lantang membantah pengusiran penceroboh tanah & perobohan kuil haram haram oleh pihak berkuasa.
Ironiknya, bila sampai kepada tanah LWHPP yang mereka berdua terajui, penceroboh pula dihalau & diarahkan robohkan kuil haram dalam tanah itu.
Tanah orang kena ceroboh & dibina kuil haram, bukan main lantang pertahan penceroboh & pembina kuil haram.
Sampai kepada tanah Lembaga Wakaf Hindu, tahu pula nak halau penceroboh keluar & arahkan robohkan kuil haram tu?
Aduhai😅
Kerajaan Negeri tak ada bidang kuasa untuk haramkan judi. Lesen judi dikeluarkan oleh MOF.
Tapi Kerajaan Negeri ada kuasa perlesenan premis perniagaan di bawah Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ayam Masuk, Tapi Diisytihar Sayur?
Bayangkan satu kontena tiba di pelabuhan.
Barang di dalamnya bukan sayur-sayuran.
Tetapi ayam sejuk beku.
Namun dalam pengisytiharan, barang itu dikatakan sebagai… sayur-sayuran.
Kenapa?
Di sinilah bermulanya Op Chicks.
@FitriTukimin Johor dapat tongkat dari British, berdasarkan perjanjian 1885.
Pahang dan perak pure blood dari empayar kesultanan melaka.
Perak lebih awal, dan kalau ikut zaman penjajahan, perak lebih kaya dari negeri lain.
@Cthulu_awaken Kalau hasil cukai sempadan tu Perlis boleh collect sendiri, dah lama dia kaya.
Masalahnya hasil tu pergi ke persekutuan, Perlis pernah minta dari persekutuan (levi sempadan darat) tapi x dapat.
Tambah perisa lagi...
Kerajaan award kan project kerajaan dekat company mmg bermasalah. Project sedia ada tak smpi 1km pun terbengkalai almost few year tapi dpt new project ?
Parents company Bina Harta Group paling best sekali masukkan 20 juta dalam account personal pengarah?
5. Semakan orang awam mendapati “kopi berus bulu babi” yang dimaksudkan berkemungkinan adalah Heng Loong Coffee yang terkenal dengan jenama kopi Cap Cikgu.
Menurut Portal Halal Malaysia, status halal kopi keluaran syarikat tersebut “telah ditarik balik.”
Minda Presiden PAS
RAGU BERSAMA PALESTIN MELAWAN YAHUDI ZIONIS, BERPIHAK KEPADA AMERIKA SYARIKAT BERSAMA ZIONIS
Keraguan dikatakan berlaku dalam menghadapi peperangan yang terjadi di Palestin, khususnya di Gaza yang diganyang oleh Yahudi Zionis dan sekutunya tanpa perikemanusiaan, sehingga menarik simpati masyarakat antarabangsa bukan Islam yang berperikemanusiaan.
Namun, masih banyak negara Islam, termasuk Malaysia yang berslogankan ‘Malaysia Madani’ dalam bahasa Arab yang menarik, tetapi akrab dengan Bank Dunia dan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa ‘Zionis’) berserta negara Arab yang berbahasa al-Quran berada dalam keadaan ragu dan tidak istiqamah bersama Palestin. Para ulama’ yang mendukungnya masih menjadikan alasan berijtihad wajib taat kepada ulu al-amri.
Keraguan berlaku kerana Iran yang paling kuat bersama Palestin bermazhab Syiah Ithna ‘Ashariyyah dan tidak dipercayai Islamnya, walaupun imam mazhabnya, Ja‘far al-Sadiq RH termasuk dalam kalangan generasi tabiin dan dihormati kerana daripada zuriat Rasulullah SAW yang mujtahid dan diiktiraf ilmunya oleh ijmak ulama’ Sunni. Beliau juga guru kepada beberapa orang ulama’ Sunni, antaranya Imam Abu Hanifah RH yang sehingga mati di dalam penjara kerana membela Imam Ja‘far RH.
Iran juga diragui walaupun Iran yang berjenama Republik Islam mengisytiharkan perang terhadap Zionis Israel.
Sebaliknya, Iran dikira Islam tanpa keraguan terhadap Syiahnya pada zaman Shah dahulu yang bergelar Shahanshah (شاهنشاه – Raja bagi Segala Raja), jenama yang diharamkan oleh Rasulullah SAW [berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari, no. 6205 dan Muslim, no. 2134 daripada Abu Hurairah]. Di samping itu, Shah Iran melakukan normalisasi terhadap Israel dan berpegang dengan prinsip sekularisme, bersama pemimpin Turkiye pada masa itu, Kamal Ataturk yang mengharamkan negara Islam, memaksa al-Quran dengan huruf Latin, dan melaungkan azan dalam bahasa Turki.
Baca selanjutnya:
https://t.co/YuJAh1nm5d
Tahukan anda kenapa bila kadang2 pihak kuil okay je nak pindah tapi susah sangat sebab ada “hidden hand”
Mangkuk hayun gemok ni dalang utama penyebar ajaran extremist hindutva
Dulu kes seafield dia muka paling depan
Tapi tulah korang keling kan bodoh tak boleh terima fakta
Minda Presiden PAS
ISLAM SAHAJA BERJAYA MEMIMPIN MASYARAKAT MAJMUK
Bencana lahir di Amerika Syarikat yang mengetuai kuasa besar yang digunakan oleh Yahudi Zionis untuk bertapak di Israel bagi mengembalikan kerajaan seperti Nabi Sulaiman AS yang dipilih oleh Allah.
Tiba-tiba, Israel menunjukkan kezaliman yang terbuka, sehingga dikutuk oleh seluruh pelosok dunia. Amerika Syarikat pula menunjukkan kemusnahan dengan berjuang melalui penjajahan ekonomi menggunakan senjata tarif. Malah, Amerika Syarikat juga merampas negeri yang banyak sumber kekayaan dengan menyerang negara jirannya, Venezuela dan mengumpulkan bala tentera yang besar di Asia Barat yang kaya, serta mengancam Greenland di Kutub Utara.
Pada masa yang sama, negaranya sedang digemparkan dengan isu Epstein, seorang Yahudi yang menjalankan kegiatan nafsu kebinatangan yang meruntuhkan kemanusiaan.
Inilah jawapan kepada soalan, apakah penyelesaian masyarakat majmuk di Malaysia?
Jawapannya ialah Islam al-din yang sempurna.
Perlembagaan yang menjadi undang-undang tubuh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjunjung al-Quran sebagai rujukan yang paling tinggi dan mulia. Maka, perjuangannya tidak boleh melampaui sempadan ketetapan Allah dan hikmah (kebijaksanaan) Rasulullah SAW yang mentafsirkan al-Quran secara amali.
Semua pihak wajib mengkaji Islam dan membaca sejarah kejayaannya dengan benar, ikhlas dan adil. Koyakkan topeng Islamofobia yang menjadi senjata Dajjal (pembohong paling besar) untuk merosakkan dunia.
Baca selanjutnya:
https://t.co/VBTcLVgeRI
KENYATAAN MEDIA
PENGERUSI PN BAHARU: KOMITMEN PAS
Saya menyambut baik kepercayaan yang diberikan oleh semua parti anggota Perikatan Nasional yang bersetuju dengan cadangan saya untuk melantik YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional baharu.
PAS merakamkan sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menerajui Perikatan Nasional. Semoga Allah memberkati segala usaha dan pengorbanan YB Tan Sri.
PAS terus komited untuk memperkukuhkan PN secara kolektif dan inklusif, seterusnya menterjemahkan nilai kesederhanaan dan keadilan untuk semua, demi kestabilan dan keharmonian negara.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 4 Ramadan 1447 / 22 Februari 2026
1. Dibogelkan dan dimalukan
2. Dihalang dari diberi Quran
3. Terpaksa solat di hadapan tandas
Ini bukan layanan penjara Zionis Israel, tapi layanan kepada manusia yang memperjuangkan hak di negara sendiri.
حَسْبُنَا ٱللَّٰهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ
https://t.co/HbdAOypqrE
Kesian sampai tuan tanah kena buat surat rasmi macam ni sebab semua pihak seperti meludah ke muka tuan tanah
Media - Menggelar tuan tanah "MOB" "GANG"
Polis - Tahan tuan rumah
YB - Membuat PHOTO OP dengan penceroboh
Kaum penceroboh - Spin fakta kuil itu dari tahun 1930
SEDIH
Minda Presiden PAS
IRAN TANAH AIR ISLAM WAJIB DIPERTAHANKAN BERSAMA
Ramai dalam kalangan pemimpin Iran terlibat dalam peperangan Palestin menentang Israel sejak awal termasuk Perang Bosnia serta setiap krisis yang dihadapi oleh umat Islam, seperti memberikan perlindungan kepada para pemimpin mujahidin Afghanistan pada masa pencerobohan Kesatuan Soviet (Soviet Union) dan Amerika Syarikat.
Pendiriannya juga tegas dan berani mengharamkan negara Zionis Israel selepas Revolusi Islam dan bersama perjuangan Palestin, khususnya kumpulan Islam untuk mengepalai perjuangan.
Sepatutnya keadaan ini memalukan mereka yang paling berjenama Arab dan Islam apabila Iran paling berani menentang Zionis Israel dan semua kuasa besar, sehingga mengorbankan para pemimpin, panglima tentera, dan harta negara mereka.
Kita menyaksikan negara yang paling kaya hasilnya adalah paling pengecut dan tunduk kepada musuh, sehingga diperhambakan dan melakukan normalisasi terhadap negara haram Israel.
Para ulama’ semua mazhab Ahli Kiblat (Sunni, Syiah, Ibadi, dan lain-lain) bersepakat mencatatkan wajib bagi setiap umat Islam berjihad dan menjadi fardu ain apabila musuh menceroboh mana-mana negara umat Islam.
Sekarang Palestin sudah dirompak begitu lama dan Iran yang bersamanya akan menjadi mangsa semua kuasa besar yang bergabung dalam pasukan Ahzab untuk menyerang Iran.
Baca selanjutnya:
https://t.co/3k42bDoozn
Minda Presiden PAS
PENYAKIT TIDAK PEDULI POLITIK DAN POLITIK BERPENYAKIT
Ramai kalangan umat Islam yang menganggap urusan politik pemerintahan negara tidak penting, bahkan ada yang beranggapan politik adalah kerja kotor yang penuh dengan penipuan. Hal ini disebabkan ada pula penyakit dalam politik seperti menipu, rasuah dan lain-lain, lalu menyebabkan ada yang beranggapan lebih baik beribadat sahaja bagi mendapat keredaan Allah pada Hari Akhirat nanti.
Mereka tidak menyedari bahawa inilah penyakit kaum Yahudi yang paling dimurkai Allah dan dilaknat sepanjang zaman, kerana mereka tidak beriman dengan semua yang ada dalam Kitab Allah. Setiap penganut Islam diminta supaya dijauhkan daripadanya melalui doa pada setiap rakaat solat.
Mereka beriman kepada rasul yang dipilih oleh mereka dan menolak rasul yang lain. Mereka tidak menerima semua petunjuk yang terkandung dalam kitab Taurat, bahkan menolak sebahagian besarnya. Antaranya, termasuk urusan undang-undang negara yang melibatkan kesalahan yang dilakukan oleh kalangan bangsawan, seperti kesalahan yang dijatuhkan hukuman hudud sepertimana yang disebut dalam kitab Taurat.
Mereka juga tidak sepenuhnya bersama para rasul yang berjuang sepanjang zaman untuk menegakkan negara bagi melaksanakan hukum Allah yang telah diwahyukan. Bagi mereka, cukup sekadar membaca kitab Taurat, khususnya pada setiap malam Sabtu, seperti kalangan orang Islam yang membaca Surah Yasin pada setiap malam Jumaat.
Baca selanjutnya:
https://t.co/5Vhcd1DrdU