Berita baru masuk hari ini, Moody's Rating beri penarafan Malaysia di kedudukan :
✅ A3 Stabil
Dalam keadaan geopolitik dunia tak menentu, krisis tenaga global, Moody jangka ekonomi Malaysia akan terus berkembang mengatasi negara lain yg memiliki penarafan A.
Sembang apa ni Moody?
Buktinya :
2025 - Ekonomi Malaysia tumbuh 5.2%
2026 - Suku pertama dah 5.4%
Alhamdulillah.
The legendary TS Hassan Marican baru² ni dia ditemuramah oleh Bernama.
Dia buka gelanggang dgn betulkan persepsi ramai -
krisis tenaga global yg berlaku ini jangan hanya tengok harga petrol saja naik, semua pun naik sebenarnya!
Tinggal lagi hg perasan tak perasan ja.
Bahan mentah naik, baja naik, dedak naik, barang plastik naik, besi buat rumah naik, shipping fees naik, macam² lagi naik.
Tapi kita tak perasan sangat, betul?
◾Boleh balik kg macam biasa sebab BUDI95 masih RM1.99.
◾ Bila beli barang, shipping fees masih terkawal sebab ada Fleet Card kawal harga diesel & BUDI Diesel RM400.
◾ Peti ais masih boleh diisi sebab ada SARA tiap bulan.
◾Barangan dapur asas tak melambung sebab masih boleh dibeli di Jualan Rahmah & Agro Madani.
Nikmat apa lagi mahu kita dustakan.
Baru-baru ni tular kisah Cikgu Zaida dari SK St Luke Nanga Baoh, Dalat, berkorban jiwa & raga utk anak² murid dia yg jauh nun di pedalaman Sarawak.
Dia la Cikgu Math, Cikgu Sains, Cikgu Pend Moral, Cikgu Pend Islam & juga warden sekolah.
Bayangkan berapa banyak BBM dia kena buat?
Semua tu duit sendiri.
Murid miskin tak cukup kelengkapan sekolah pun dia topupkan.
Hatni la yg dikata Guru Bitara Nadi Negara!
Hari ni YB @FadhlinaComms call dia sampaikan salam dan sumbang RM5,000 buat sekolah beli peralatan pengajaran apa patut.
Bukan semua hero memakai topeng!
Saya tidak pernah larang mana-mana pihak untuk dapatkan dana atau geran dari luar bagi tujuan pendidikan demokrasi, penyelidikan dan apa jua kegiatan selagi ia tidak bertentangan undang undang. Tanpa berselindung dan segan silu, saya dan saudari Ainie merupakan alumnus Sekolah Politik anjuran Institut Kajian Dasar yang menjalankan latihan pendidikan politik dan demokrasi melalui dana yang diperolehi daripada Konrad-Adenauer-Stiftung (KAS) yang berpengkalan di Jerman.
Isu yang saya bangkitkan kelmarin ialah tentang dakwaan "penyelewangan dana asing" bagi tujuan aktiviti yang didakwa mengancam isu kedaulatan negara. Seleweng ni maksudnya salah guna. Sama ada saudari malas membaca dan sengaja untuk tidak faham dan putar belit kenyataan, atau memang ada masalah untuk comprehend, atau saudari sendiri sebenarnya memang sudah terkena sindrom benak ubi.
Nasihat saya kepada saudari Ainie, baca dan faham konteks kenyatan saya secara keseluruhannya. Nothing is more terrible than to see ignorance in action.
Iqra!
Tak pernah tahu Kerajaan Madani dah selamatkan lebih 10,000 pelajar daripada tercicir ni.
Dah periksa dan memang betul permohonan kesemua 12,101 pelajar tu dah diluluskan.
"MOF cadang potong bajet kesihatan sebagai langkah penjimatan kukuhkan fiskal negara."
Kaw-kaw kena tibai!
Walhal kalau baca balik seminit-dua ada betulnya MOF kata.
Potong bajet macam mana?
Hospital baru akan tetap dibina ✅
Doktor baru akan tetap dilantik ✅
Yg kita boleh jimat kita jimat!
Penganjuran acara yg tah apa², lawatan luar negara, training yg tak perlu, sep kat bil utiliti dan sebagainya.
Salah ka ni semua?
[TERKINI]
Bantuan tambahan untuk kurangkan beban akibat krisis tenaga global -
🌾 Insentif Pembajakan naik daripada RM160 kepada RM300 sehektar.
⛽ Bantuan BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu naik daripada RM300 kepada RM400 sebulan.
📅 Bayaran akan disalurkan pada Selasa, 21 April 2026.
Minyak yg keluar dari perut bumi bukan dalam bentuk Euro5, ProDrive, Ron95, dll. Kena cari satu tempat proses utk jadikan minyak mentah tu kualiti apa, jenis apa.
Dalam kes Petronas kena fitnah jual diesel ke Filipina ni sebenarnya diesel tu milik Syarikat Vitol yg HQ dia di Geneva.
Vitol beli minyak dari beberapa negara - India ada Timur Tengah ada, bila cukup dia nak bawa ke Filipina.
Vitol kena singgah la di Johor pasai kalau nak tapis minyak kemudahan kelas dunia ada di Pengerang, nak pindah muatan ship-to-ship boleh buat di Tg Pelepas.
Situ duduknya.
Suami habis kuota 200 liter nak guna ic isteri beli petrol under BUDI95 tak boleh ke?
Boleh! ✅
Yg dalam berita KP Pendaftaran kata tak boleh tu?
Dia ulas isu Polis Kelantan tahan seorg penyeludup di Tumpat guna 4 ic berlainan beli petrol 100 liter pada 1 April baru ni.
Ic kita, hak kita, jangan serah pada orang asing utk disalahgunakan.
Jelas kot noo?
Perancangan untuk mendepani impak krisis tenaga global :
◾Bekalan makanan harian (minyak masak, ayam, ikan, sayur, dll) cukup dalam pasaran.
◾Kawal harga barang semampu mungkin.
◾Bantuan utk individu/peniaga yg terjejas akibat krisis.
Alhamdulillah bank pun dah "sambut".
Apa mekanismenya? Akan diumum tak lama lagi.
Hassan Merican pula dilantik ketuai Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN.
Jalan teruih!
Benda mengarut ni tolong lah stop. Dulu time kerja di sektor automotif tahun 2016, rasa geram je bila nampak situasi terpaksa naikkan harga ni.
Kalau nak jaga kepentingan perniagaan Malaysia, patutnya introduce syarat peratus minimum "local parts" untuk setiap CKD.
Yang keluarkan video debat Anwar tahun 2008 ni untuk bandingkan dengan keadaan sekarang memang benak.
Tahun 2008:
Pengeluaran > Penggunaan. So kalau harga naik, Malaysia untung sebab kita net exporter.
Tahun 2025:
Penggunaan > Pengeluaran. So kalau harga naik, Malaysia rugi sebab kita kena import.
Waktu krisis seluruh dunia ni lah kita boleh nampak "international diplomatic relations" PMX.
Masa tahanan peserta Sumud, peserta Malaysia antara yang terawal dibebaskan kerana hubungan baik dengan Turkiye.
Masa krisis ekonomi kesan penutupan Selat Hormuz, kapal Malaysia diberi pelepasan oleh Iran. Negara lain dah darurat, Malaysia masih boleh bagi subsidi petrol 200 liter dengan harga RM1.99.
Kenyataan rasmi DBKL menjawab hantaran Facebook Firdaus Wong.
Nampaknya tak ada kaitan langsung dengan isu kaum dan agama. DBKL hanya jalankan tugas ikut SOP. Jangan lah melalut sampai isu agama.