HadithTime Quiz Battle
Abang AJAR (Haziq Rahim) vs Pengacara MyHadithTime (Dr Sanusi) Content Creator
Pendidikan vs Pensyarah Quran Sunnah
Bila genius bertemu genius...
@AjarMalaysia
Kuiz: Dr Ahmad Sanusi & Aiman Psikologi
1. Siapa menggantikan Rasulullah SAW sebagai khalifah pertama?
2. Al-Quran ada berapa juzuk?
3. Apa hubungan Rasulullah dengan Abdul Muttalib? 4. Takbir pertama dalam solat disebut sebagai apa?
@AimanPsikologi
Elemen Burung dalam Hadis Tawakal
=======
1. Ketika menerangkan mengenai konsep tawakal dan rezeki, Rasulullah memberikan perumpamaan mengenai burung yang keluar pada waktu pagi mencari rezeki. Penggunaan objek burung dalam hadis ini menarik untuk diteliti.
3. Oleh itu seseorang tidak boleh dengan mudah menyatakan dia sudah bertawakal sedangkan dia belum berusaha untuk mendapatkannya. Seorang pelajar tidak boleh bertawakal dan mengharapkan kejayaan sedangkan dia tidur sepanjang hari.
Antara cara agar doa kita lebih mustajab adalah berdoa ketika sedang bersujud.
Rasulullah SAW bersabda:
βKeadaan paling dekat antara seseorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud. Maka perbanyakkanlah berdoa.β
Semoga Allah SWT perkenankan doa kita.
Sedar atau tidak, ibadah korban yang dilaksanakan oleh kaum Muslimin pada hari ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan Sirah Nabi Ibrahim.
Peranan seorang ayah (Nabi Ibrahim) dalam menyantuni anaknya (Nabi Ismail) sangat penting untuk direnungi oleh setiap ayah.
Setiap tahun pasti viral kenyataan: "Waktu sekian-sekian adalah mustajab doa kerana waktu tersebut jemaah haji sedang berwukuf di Arafah."
@fahmirusliMFR
Fikir Positif & Terus Beramal
=========
Selagimana usaha kita tidak bertentangan dengan syarak, maka teruskan usaha dan jangan kecewa dengan kata-kata manusia. Allah memujuk Rasulullah dengan firmanNya: "Jangan bersedih dengan kata-kata mereka."
Semoga Allah membimbing kita.
3. Yang pertama, jaga hubungan baik dengan Allah. Hak Allah seperti menyembah Allah dan tidak mensyirikkan-Nya mestilah ditunaikan. Begitu juga dengan hak makhluk. Kita hendaklah berlaku ihsan dan tidak menzalimi makhluk. Kejahatan kepada makhluk lain boleh heret kita ke neraka.
Kenapa Kamu Masuk Neraka?
========
1. Dalam al-Quran, Allah tampilkan dialog yang ringkas lagi jelas tentang mengapa manusia dihumban ke dalam neraka. Bertanyalah ahli syurga kepada ahli neraka: Mengapa kamu dimasukkan ke neraka Saqar?
2. Ahli neraka menjawab: Kami tidak mendirikan solat dan kami tidak memberi makan kepada orang miskin. Dua perkara ini ialah simbol utama mewakili dua elemen penting dalam kehidupan manusia.