“Ketahuilah olehmu, bahawa yang sedikit itu lebih baik dan lebih berharga daripada sesuatu yang banyak tetapi buruk”
- Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani -
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[ QS. al-Baqarah : 216 ]
Kenapa kena elak upload gambar?
Kerana wanita yang dapat melihat Saidina Fatimah Az-Zahra di hari akhirat kelak adalah wanita yang menjaga diri mereka daripada dipandang ajnabi lain.
- Habib Umar Al-Hafiz -
Umat hari ini lebih kecam nasihat daripada kecam maksiat yang dilakukan secara terang terangan.
Satu je nak pesan,
Jangan redha dengan maksiat. Sebab kita akan jadi saksi di akhirat nanti.
Dosa kecil yang kita pernah buat, mungkin tak rasa apa-apa. Sebab dosa tu kita rasa kecik je.
Tapi makin lama dosa kecil ni lah yang menggelapkan hati kita.
Nauzubillahiminzalik.
Tolong jaga dan simpan marah kita. Orang yang selalu marah marah ni adalah orang yang tak sayang diri sendiri. Macam mana nak sayang orang kalau diri sendiri pun kita tak sayang.
Salah jika kita mencari kebahagiaan di atas kesengsaraan orang lain.
Salah jika kita mengharapkan kesusahan kita perlu dirasai oleh orang lain.
Ingat tu.