Jarak di antara Bumi dengan Proxima Centauri ialah 4 tahun cahaya. Ini bermaksud, cahaya mengambil empat tahun untuk bergerak dari Bumi ke Proxima Centauri.
Tapi bagi cahaya, dia tak rasa empat tahun tersebut bergerak. Empat tahun itu hanyalah masa yg disukat oleh pemerhati yg menyukat tempoh perjalanan cahaya itu. Bagi cahaya, pergerakan dari Bumi ke Proxima Centuari itu hanyalah sejenak.
Kalau kita dapat bergerak dengan kelajuan cahaya, kita pun akan rasa seperti cahaya. Katakan umur kita 25 tahun nak pergi ke Proxima Centauri dengan kelajuan cahaya dari Bumi.
Sepatutnya umur kita akan menjadi 33 tahun (4 tahun pergi, 4 tahun balik) apabila pulang semula ke Bumi. Tetapi 33 tahun ialah umur yg disukat oleh pemerhati dari Bumi yang menyukat perjalanan kita.
Tetapi kalau kita sendiri yg sukat perjalanan kita, masa itu sejenak je, malah tak bergerak pun. Kawan kata, kita dah pergi selama 8 tahun, kita pula kata kita baru pergi sekejap (sekelip mata).
Malah, kalau kita dah berjalan selama 100 tahun pun mengikut masa pemerhati, kita tidak akan menua pun jika bergerak dengan kelajuan cahaya.
Bergerak dengan kelajuan tinggi ini menjadikan kita beberapa tahun lebih muda, baik 8 tahun ataupun 100 tahun.
Dengan maksud lain, kita dah mengembara ke masa hadapan.
Inilah yang dikatakan masa itu sebenarnya relatif. Apabila kita bergerak menghampiri kelajuan cahaya, bukan jam sahaja yg terkesan, tubuh badan kita pun akan terkesan sama.
Cahaya ini satu-satunya (setakat ini) benda yang tidak berumur (ageless) kerana dia sentiasa bergerak dengan kelajuannya. Sudah tentu, buat masa ini mustahil untuk kita bergerak selaju itu.