Hari ini mungkin tidak sebaik yang kita rancang, tapi janganlah putus asa daripada terus merancang. Pilihan apa pun kita nak buat, kita merancang itu ini, tetap kena bergantung harap kepada Allah dan berdoa memohon petunjukNya.
Kadang terfikir juga, baiknya Allah ni bagi kita macam-macam. Dapat hidup selesa, dapat makan minum semua cukup, kawan yang baik-baik, dan macam-macam lagi. Padahal kita ni banyak dosa, banyak silap, tak adalah baik sangat kan, tapi Allah masih bagi yang baik-baik untuk kita.
Semakin kuat kita diuji, semakin sayang Allah kepada kita. Kuncinya adalah sabar kerana dengan sabar, Allah akan gantikan kesedihan itu dengan kegembiraan suatu hari nanti.
Jagalah hatimu agar tidak sombong, ajarkan matamu agar tidak meremehkan atau memandang rendah pada orang lain, dan didiklah mulutmu agar ucapanmu tidak melukai perasaan siapapun.
Jatuh air mata depan satu dewan bila tengok best friend dah berumahtangga. Bukan senang nak dapat kawan yang ada masa susah dan senang
I’m so happy for both of you. Please take good care of your wife Mey
“Mencari ketenangan itu bukan dengan pergi, tetapi dengan kembali ; kembali kedalam dirimu. Carilah Allah dihatimu, sesungguhnya ketenangan ada disitu.
Bila kita dahulukan Allah dan kehendakNya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu.”
Di Jumaat terakhir bulan Rejab ini, hari yang penuh barakah doa kita semoga kita ;
✅ Diberkatikan umur
✅Diluaskan rezeki
✅Ditetapkan keimanan
✅Kesihatan yang baik
✅Mendapat rahmat dariNya
Aamiin.. ❤🤲🏻
Peringatan untuk hari ini :
Subuh +4 minit
Zohor +8 minit
Asar +8 minit
Maghrib +6 minit
Isyak +8 minit
Total baru +34 minit
Allah bagi semua 24 jam
Tapi masih tak sempat solat? Kau bukan sibuk tapi kau SOMBONG dengan Tuhan kau sendiri.
Tiba-tiba dikabulkan doanya
Tiba-tiba dimudahkan urusannya
Tiba-tiba dilancarkan jalannya
Tiba-tiba dipertemukan orang-orang baik
Tiba-tiba disatukan dengan jodoh yang tepat
Believe in Allah. Dia Maha Tahu, Maha Melihat, dan Maha Penyayang pada hamba-hambaNya.