Kami translate video begini supaya kita rasa dekat dengan mereka. Rasa sayang pada mereka semakin kuat. Dan apa yang mereka rasa turut sama kita rasa.
Palestin. Kami selalu dan akan tetap bersamamu.
Situasi kau ni lebih kurang mcm situasi bini aku dulu.
Bini aku dulu keje, then after deliver our 2nd daughter, dia resign utk fokus fully kat anak. Masa tu anak 1st dah 2yo, n ada new baby. Tak dinafikan mmg byk risau pasal duit, dan selalu tanya aku patut ke dia kerja balik.
Jawapan aku simple, aku serah kat dia, but aku bagitahu frankly aku prefer dia tak kerja, sbb tak dapat dinafikan bila dia tak kerja, dia ada lebih banyak masa dan energy utk rumahtangga i.e. aku dan anak2.
Adakah berbaloi dia lose that energy and time utk additional few thousands RM? Berapa byk kesenangan yg boleh dapat from that additional few thousands RM? Adakah it's a trade-off yg berbaloi dengan anak2 yg kecik dan memerlukan presence dan attention mak sepenuhnya? Campur dengan stress kerja lagi, nk hadap customer yg gile dek kehidupan bandar, berbaloi ke balik kerja penat2 stress semua demi that additional few thousands RM? Berbaloi ke lose things that money cannot buy demi duit? Kitorang sit down having that conversation, dan dia pilih utk tak continue kerja.
And of course, bila dia dah biasa bekerja dulu, biasa ada income sendiri, ada duit sendiri. Bila dah tak kerja, takde dah that privilege. Nak apa2 kena mintak ngan aku. Memang aku bagi je, tp being a good wife, dia pun segan dan serba salah nk mintak ngan aku. That's another struggle for her.
Plan lari, bajet lari, tu benda biasa. Tp Allah dah janjikan rezeki utk setiap hambanya. Aku ckp kat bini aku, mmg ada time kita sesak, tp Alhamdulillah tak pernah lagi terpaksa berlapar sbb takde duit nak makan. Tak pernah lagi terpaksa tidur bawah jambatan sbb takde duit nk bayar sewa rumah. Semua cukup. Takdelah mewah lavish, tapi cukup. Syukur Alhamdulillah.
At the same time, kena pandai manage utk save juga. Org lain kena bayar daycare, beli susu. Kami takyah sbb anak tak hantar daycare dan fully breastfeed. Toys sometimes beli jela kat Mr DIY yg murah. Walau nampak lokek, but toys is toys, dan budak2 mana peduli pun murah ke mahal ke. Kalau nk toys yg mahal sikit contohnya Lego beli je kat Carousell yg sekehen. Barang2 rumah aku byk dapat dari thrift market. Takdelah berkilat cantik bau kedai bila bawak balik rumah, tp Alhamdulillah ok je, cantik je, function je. Makan luar kadang2 ada, tp masak pun banyak, save kat situ. Anak2 pulak tak hantar pegi kelas swimming ke kelas ngaji ke kelas matematik ke sbb aku sendiri ajar lepas balik kerja ke time weekend ke apa. Bini aku penat jaga anak, nak gi massage ke apa tak perlu sbb aku boleh buat, grip strength aku power kot, kalau nk jd professional masseuse pun boleh. Nak gi holiday, kalau belum cukup tabung nk fly memana, boleh balik kampung aku. Ada pantai yg anak2 aku enjoy gila melompat berguling menjerit main pasir main ombak, takyah pun spend beribu bawak pegi Disneyland to have a good time with kids. Tak dapat balik kampung, kat KL byk je park yg best2, budak2 bleh lari2 sebebasnya.
When there's a will, there's a way.
Sekarang Alhamdulillah bini aku dah 5 tahun fulltime homemaker. Ade je kekawan dia yg offer keje ngan diorang, yg dh ada business sendiri semua, tp bini aku sendiri yg taknak sbb dah selesa jadi homemaker, dapat tengok anak depan mata, dapat berkhidmat pada suami tanpa gangguan stress luaran yg tahpape.
At the end of the day, yg mencukupkan rezeki itu Allah, bukan kerjaya atau duit berkepuk atau benda2 lain. Just do our job sepertimana yg Allah suruh to the best of our ability, apply sifat qanaah, sifat sabar, sifat syukur, bykkan doa, jaga solat dan benda2 wajib yg lain, you will realize that Allah has given you plenty, more than enough that you can ever be grateful for.
Kalau kerja bagus, Allah taknak bagi rezeki, bankrup terus pun boleh jadi. Tak mustahil langsung pada kuasa Allah, sepertimana tak mustahil Allah nk cukupkan segalanya walau kita hanya kerja biasa2. Kita org Islam, tu benchmark kita. Jauhi la benchmark manusia moden leni punya goal duniawi yg mostly berpaksikan ahli-ahli dunia, bukannya org yg betul2 cakna pasal Akhirat. Benda ni yg ramai org leni payah nk paham, payah nk terima, sbb tak yakin kpd Allah.
Semoga Allah berkati kau dan keluarga in your struggle and everyone else, Amin.
My pov, parents & orang awam both kena mainkan peranan. Pernah masa tu I makan kat Mcd KLCC. Table sebelah I ada anak kecik. Anak dia menangis kuat. Parents time tu tengah makan then cepat cepat cuba habiskan makanan. Before tu anak dia senyap je. Then table sebelah lagi…
Jangan minta kaya. Tetapi mintalah cukup. Kerana yang kaya, belum tentu rasa cukup.
Jangan minta senang. Tetapi mintalah tenang. Kerana ramai yang nampak senang, hakikatnya tidak tenang.