Ustaz Azlan ada sebut bahawa anak-anak lelaki terkesan dan sensitive lebih daripada perempuan apabila mereka tidak mendapat perhatian dan kasih sayang ketika mereka dibesarkan.
Ini juga yang menjadikan ramai dikalangan lelaki mengalami krisis qawwam. Lelaki menjadi lemah dan tidak berfungsi.
Lelaki memerlukan role model dikalangan lelaki juga. Bila seorang ayah gagal menjadi role model kepada anak lelakinya, dan di sekolah pula kekurangan guru lelaki yang berkualiti untuk dijadikan contoh, akhirnya mereka membesar dengan belajar untuk menjadi lelaki daripada rakan sebaya, internet, budaya, dll.
Kerana itu ada sebahagian lelaki terpengaruh dengan red-pill. Mereka percaya untuk menjadi masculine, perlu untuk pandang rendah, seksa, hina, maki perempuan, barulah kau lelaki. Ataupun sanggup gadaikan agama dan prinsip demi nak dipandang wanita. Ini juga musibah.
Lelaki apabila rosak, kerosakannya berskala besar kerana faktor keupayaan dan kekuatannya yang melebihi wanita.
Betapa besarnya tanggungjawab menjadi ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Didikan kita hari ini (kecil atau besar) memberi kesan yang besar dan panjang dalam kehidupan anak. Jangan ambil ringan akan ripple effects.
Kerana itu Islam memberi garis panduan, dan menekankan agama dalam pemilihan pasangan. Agama di sini bukan semata dalam ibadahnya, tetapi merangkumi sistem kehidupannya.
Hukum tabarruj bukan berdasarkan niat tetapi kepada zahirnya. Zahirnya menarik perhatian, maka ia tabarruj.
Kalau bersolek untuk diri sendiri sahaja, boleh bersolek di rumah. Jika untuk tingkatkan keyakinan diri, cukup dengan berpakaian kemas dan bersih. Bersolek sekadarnya.
"Jangan baca/pasang ayat al-quran dekat tempat sekian-sekian, nanti jin akan triggered/marah, lagi kuat dia ganggu kita"
Saya berkali-kali mendengar ayat ini. Bahkan lebih malang, dikatakan ada so-called 'ustaz' yang mengajarkan perkara ini kepada masyarakat.
Mari kita bincang.
Ada terbaca orang kata jangan normalize jaga wudhu lama-lama.
Apa yang peliknya jaga wudhu dari Zuhur ke Maghrib? Lebih kurang 5-6 jam je.
Kalau risaukan najis yang tak nampak, tu penyakit was-was. Kalau risaukan keputihan, bukan semua wanita ada masalah keputihan.
Kalau risaukan kesihatan sebab tak membuang dalam tempoh yang lama, ada orang memang jaga makan minum untuk menjaga wudhu.
Kalau kita tak mampu jaga wudhu dalam tempoh yang lama, janganlah ingat orang lain sama macam kita.
Kerap nampak orang share gambar baki akaun tinggal sikit, tak mampu beli baju raya, dan pelbagai jenis posting yang seperti meminta sedekah.
Ingatlah, meminta sedekah tanpa keperluan yang darurat adalah haram.
“Tidak halal menerima sedekah bagi orang kaya dan orang yang sihat tubuh badannya (untuk bekerja).”
[Riwayat al-Nasaei (2597)]
Bahkan kata Nabi ﷺ, sesiapa yang meminta harta untuk memperkayakan dirinya tanpa sebarang keperluan, bererti meminta bara api neraka.
[Riwayat Muslim (1041)]
Dukacita dimaklumkan Prof. Syed Naquib al-Attas telah meninggal dunia.
Innalillah wa inna ilaihii rooji'un. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh.
Hilangnya permata berharga dalam dunia keilmuan Islam.
Apa sahaja kesukaran yang anda lalui, saya doakan moga dipermudahkan urusan dan ditunjukkan jalan keluar.
Berpegang kepada jalan taqwa, itu antara solusi jika ada kesukaran.
ومن يتق الله يجعل له مخرجا
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, dijadikan buatnya jalan keluar”
Nak baca doa apa ketika berbuka ?
Cadangan, baca doa berikut 👇🏻
اللهُمَّ يَا وَاسِعَ المَغْفِرَةِ اغْفِرْ لِي
Terjemahan : Ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Luas pengampunannya, ampunkanlah aku.
Inilah doa yang dibaca oleh Ibn ‘Umar رضي الله عنهما ketika berbuka puasa.
Rujuk Latā’if Al-Ma’ārif, Ibn Rajab Al-Hanbali (Hlm. 371)