Syukur Alhamdulillah, seramai 3,526 penerima telah menerima manfaat di bawah Perumahan Kasih Johor (PKJ) Fasa 1 dan Fasa 2 dengan peruntukan RM14.9 juta. Menerusi majlis penyerahan bagi Fasa 2, seramai 2,506 penerima telah menerima manfaat PKJ dengan hampir RM10.53 juta disalurkan sebagai komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat memiliki, memasuki dan menyewa rumah dengan lebih mampu.
Majlis ini menghimpunkan pelaksanaan tiga inisiatif utama iaitu Bantuan Beli Rumah Pertama, Bantuan Masuk Rumah Pertama dan Bantuan Sewa Rumah, sebagai pendekatan menyeluruh Kerajaan Negeri dalam menangani cabaran kos sara hidup serta memperluas akses kepada kediaman yang selesa, berkualiti dan mampu milik.
Melalui PKJ, Kerajaan Negeri menyediakan Bantuan Beli Rumah Pertama sebanyak RM5,000, Bantuan Masuk Rumah Pertama sebanyak RM2,000, serta Bantuan Sewa Rumah yang ditambah baik syarat kelayakan dan peningkatan bantuan sehingga RM2,500 secara one-off. Inisiatif ini terbuka kepada semua Bangsa Johor tanpa mengira kaum, dengan pendekatan inklusif yang memberi peluang lebih luas kepada rakyat memiliki atau menyewa kediaman tanpa beban kewangan yang berlebihan.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri mengambil langkah strategik dengan memperluaskan Bantuan Beli dan Masuk Rumah Pertama kepada golongan M40, khususnya bagi kediaman lot Bumiputera dalam julat harga RM300,000 hingga RM650,000. Pendekatan ini memastikan lebih ramai berpeluang memiliki dan mendiami rumah sendiri, di samping mengelakkan unit Bumiputera kekal kosong serta mengekalkan matlamat asal dasar pemilikan hartanah Bumiputera.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor dan pasukan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) atas komitmen berterusan dalam menjayakan agenda perumahan negeri demi kesejahteraan Bangsa Johor.
Semoga bantuan ini benar-benar dapat memberi kelegaan kepada rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup, sekali gus membantu lebih ramai Bangsa Johor memiliki kediaman sendiri serta menikmati kehidupan yang lebih stabil dan selesa. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #PerumahanKasihJohor #PKJ #RMMJ
🎙️ 𝐁𝐄𝐇𝐈𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐂𝐄𝐍𝐄𝐒 𝐄𝐏𝟎𝟑 👀🔥
Rakaman dah selesai… tapi cerita sebenar berlaku di sebalik tabir 🎬
Jangan risau, sedikit masa lagi kita upload episod penuh bersama YB Senator Dato’ Hj Abdul Halim Hj Suleiman.
Program Infaq Jumaat diteruskan lagi pada minggu ini. Kali ini suasana sangat sederhana tapi penuh makna 🤲🏻
Juadah nasi ambeng dikongsi dalam dulang tanpa mengira usia. Betul-betul menggamit memori masa kecil. Duduk rapat, makan bersama, penuh gelak tawa 😊
🎙️ 𝐄𝐏𝐈𝐒𝐎𝐃 𝟎𝟑 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐋𝐄𝐓𝐔𝐏! 🔥
Podcast ON TAK ON kembali dengan figura ‘otai’ politik Johor!
Kali ini, kita bawakan YB Senator Dato’ Hj Abdul Halim Hj Suleiman, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.
Daripada 7 soalan padu yang kita lontarkan kepada Ketua Penerangan UMNO Johor 🎙️… hanya SATU je yang dia kata “tak on” 😏🔥
Yang lain semua lepas… tapi yang satu ni memang buat dia fikir dua kali 🤔
Agak-agak soalan mana yang buat tetamu kita sampai berkerut dahi ? 👀❓
𝐈𝐧𝐢 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 🤝
Raya Sekampung Bangsa Johor menghidupkan semula semangat Aidilfitri seperti rewang, masak bersama, dan mengeratkan silaturahim tanpa mengira kaum ❤️
#RayaSekampung#BangsaJohor#TerlajakRaya#OnTakOn#FYP
Syukur Alhamdulillah. Taman Merdeka kini berwajah baharu!
Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menaik taraf Taman Merdeka dengan peruntukan sebanyak RM3.34 juta, melibatkan kawasan seluas kira-kira 30 ekar. Usaha ini memberi nafas baharu kepada taman rekreasi ikonik ini, selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa kemudahan awam di Johor.
Saya berkesempatan meninjau sendiri tahap kesiapsiagaan kemudahan di sini. Antara kemudahan baharu yang disediakan termasuklah zipline (flying fox), rope course serta gymnasium terbuka yang bukan sahaja menambah elemen rekreasi aktif, malah memberi pilihan riadah yang lebih pelbagai kepada pengunjung daripada pelbagai peringkat umur.
Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengingatkan agar kita dapat bersama-sama memelihara kebersihan dan menjaga harta awam dengan penuh rasa tanggungjawab. Kebersihan, keselamatan dan keselesaannya bergantung kepada sikap kita semua dalam menggunakannya dengan berhemah.
Semoga dengan penambahbaikan ini, Taman Merdeka dijangka menjadi destinasi rekreasi bandar yang lebih inklusif, selamat dan sesuai untuk seisi keluarga.
Ayuh Bangsa Johor, manfaatkan kemudahan ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Semoga Taman Merdeka terus menjadi destinasi riadah pilihan dan kebanggaan kita semua. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026