Bangladesh Dakwa Malaysia Bakal Ambil 200,000 Pekerjanya Mulai Hujung September
Oleh Mynewshub
DHAKA – Malaysia dilaporkan bakal mengambil kira-kira 200,000 pekerja Bangladesh secara berperingkat dalam tempoh enam bulan bermula penghujung September ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Negara bagi Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi Bangladesh, Mir Shahe Alam selepas pertemuan melibatkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Mohd Shuhada Othman dan Menteri Kerajaan Tempatan Bangladesh, Dr. Abdul Moyeen Khan, Ahad lalu.
“Mereka akan mengambil kira-kira 200,000 pekerja. Daripada jumlah itu, 10,000 pekerja akan diambil tanpa dikenakan kos,” katanya kepada pemberita seperti dilaporkan agensi berita kerajaan Bangladesh, BSS.
Menurut Shahe Alam, proses penghantaran tenaga kerja dari Bangladesh akan dimulakan secara berperingkat pada penghujung September dan dijangka diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
Pengambilan berkenaan dilaporkan akan dilaksanakan menerusi beberapa agensi serta syarikat yang disenaraikan.
Beliau turut mendakwa seramai 10,000 pekerja daripada keseluruhan jumlah berkenaan akan menyertai skim pengambilan tanpa kos migrasi, sekali gus tidak perlu menanggung perbelanjaan berkaitan proses perekrutan.
Dalam pertemuan sama, kedua-dua pihak dikatakan membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala susulan lawatan Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman ke Malaysia sebelum ini.
Shahe Alam berkata, terdapat kira-kira 800,000 pekerja Bangladesh berdaftar di Malaysia, selain sebahagian lagi dipercayai tidak memiliki dokumen sah.
Kerajaan Bangladesh dilaporkan meminta Malaysia mempertimbangkan usaha mendaftarkan pekerja terbabit.
Bagaimanapun, setakat laporan ini disediakan, belum ditemukan kenyataan rasmi daripada Kementerian Sumber Manusia atau Kementerian Dalam Negeri Malaysia yang mengesahkan angka pengambilan 200,000 pekerja tersebut serta mekanisme pelaksanaannya.
Pengambilan pekerja asing di Malaysia tertakluk kepada kelulusan awal majikan di bawah Seksyen 60K Akta Kerja 1955, selain dasar kuota, sektor yang dibenarkan serta prosedur imigresen yang berkuat kuasa.
Perkembangan berkenaan turut mendapat liputan beberapa media Bangladesh termasuk Bangladesh Sangbad Sangstha, The Daily Star dan https://t.co/6QPYO6BLec.
PAK GUARD HINDU NEPAL DI MALAYSIA HASUT HINDU BANTAI MUSLIM DI NEPAL DAN INDIA 😡🖕
Video ni tgh viral di luar negara dalam kalangan Muslim dan mereka mintak PDRM tangkap dia sebab hasut hindu di india dan nepal serang orang Islam
#PariahWatch
Tak terkejut. Ketua HR yang baru pun dari India. Bank dari Malaysia untuk rakyat Malaysia, tapi ambil warga asing jadi bos HR. Kena kritik dengan NUBE.
Seorang lelaki etnik Rohingya dikesan memandu Honda Civic Type R tanpa lesen memandu yang sah dalam Operasi Khas Luxury di Plaza Tol Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) Kuala Lumpur pada Jumaat.
https://t.co/CWxNE5hdnP