Hadis ‘ramai wanita dalam neraka’ bukan lesen untuk merendahkan wanita.
Nabi tidak pernah guna hadis itu untuk menghina. Baginda hanya menyampaikan apa yang dilihat di dalam neraka, sekaligus sebagai peringatan kepada wanita.
Jangan gunakan hadis Nabi dengan cara yang salah.
Kalau sesuatu urusan yang kita buat dan kita sudah istikharah, kemudian ada beberapa halangan, teruskan urusan tersebut. Sehinggalah Allah menutup segala pintu urusan tersebut maka ketika itu urusan kita sampai disitu saja.
[Faedah dari Syaikh Dr. Uthman al-Khamees]
Astaghfirullah for the promises I've made but haven't kept.
Astaghfirullah for the times I've spoken without thinking, causing others hurt.
Astaghfirullah for the blessings I've received and taken for granted.
Anak aku ni tak padan dengan takde gigi, dah nak makan nasi kita makan tu. Taknak bubur2. Nasi goreng lagi dia suka. Tapi telur ke ikan ke ayam ke sayur2 semua taknak . Geram ehhh. Sayur pun nk seketul2 macam tomato timun. Ishhh
Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan; dari polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang telah bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini.
Kepada saudara saudari yang hadir—sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh—saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing. Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi.
Justeru, sebagai Perdana Menteri, saya kekal dan konsisten berpegang pada prinsip yang demokratik yakni kebebasan bersuara dan menyatakan kritikan. Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat. Yang penting, ia harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air.
Prinsip yang sama telah kami semangati melalui Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (Prime Minister’s Question Time, PMQT) di Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen bebas bertanyakan terus apa sahaja soalan, mengangkat bangkangan kepada saya selaku Perdana Menteri secara terus. Mohon kalian terus desak Ahli-ahli Parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT.
Lantas, saya undang semua untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama, tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baharu agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga.
Dan andai kalian berkesempatan lagi di masa hadapan, jangan lupa untuk kembali ke Kuala Lumpur. Mercu-mercu tanda bersejarah di sekitar ibu kota, termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, kini sedang dalam rencana pemuliharaan secara besar-besaran agar kita dapat tingkatkan pelancongan dan mendukung ekonomi di sekitar ibu kota yang sarat nilai sejarah, harapan dan semangat nasional, terutamanya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak dan pelbagai aktiviti menarik menanti, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM
Bab circle tu 🤔. If they treat you good doesn't mean you're accepted into their circle. They just being nice to you. Alih2 diorang tetap akan pilih dari T20 fam juga. Nak pilih pasangan bagi diorang lagi susah dari kita marhain ni. No to family means no to them.
I ada tips.
1. Be educated
2. Get into rich circle
3. Build a solid career
4. Be ambitious — rich men attracted to women with drive & purpose
5. Stay humble & classy
Most women who marry successful men have strong backgrounds, value, class & ambition too. ✨