Belajarlah kawal emosi. Jangan jadikan orang lain mangsa bila kita sedang moody. Kita tak tahu berapa besar kesan kata-kata atau perlakuan kita pada hati mereka. Menyakiti tanpa sebab itu juga satu dosa.
Bila tak solat ni memang kita tak rasa apa but Allah will show something day by day. Keluarga huru hara, buat kerja tak kena & rezeki sempit if ada pun cepat je habis. That's the reminder for those yang missed solat. Trust me, if you guys jaga solat, everything will be better.
Kenapa Jemaah Malaysia buat haji sampai 30-40 hari. Bukan 2 minggu je?
Dia begini.
1. Bayangkan anda nak kena urus 33,000 orang untuk ke satu tempat yang jauhnya 7,000km (8 jam perjalanan). All-in Packages. Pergi dan balik.
2. Trip sehala pergi je perlukan 98 penerbangan chartered flight (tahun lepas). Balik perlukan lagi 98 flight.
3. Sehari boleh urus maksimum 2-3 flight je. Sebab nak kena urus >1,000 orang jemaah haji untuk urusan ground, transportation di tanah air dan di mekah, urusan hotel, makanan dll.
4. Dengan hampir 100 flight tu pun, TH masih perlukan sebulan nak hantar semua orang ke sana.
5. Selain itu, airport sana pun ada kapasiti untuk setiap negara. Sebab yang nak mendarat kat Saudi bukan jemaah kita je. Ada berjuta orang yang tiba dalam tempoh sebulan tu serentak. One-way flight. Massive.
6. Sebab tu, sebulan sebelum wukuf di Arafah, dah ramai kena bertolak pergi haji. Nak fit kan masa supaya semua jemaah haji berada di sana sebelum Hari Wukuf.
-
Kenapa negara seperti Eropah, Australia dan USA boleh buat haji 2 minggu je?
Sebab jumlah jemaah yang pergi haji di negara mereka sedikit. USA lebih kurang 10,000 orang, UK 3,600 orang, Australia 4,000. Muslim tak ramai.
Singapura? Kuota haji mereka 900 orang sahaja setahun.
Sebab tu mereka boleh tunaikan haji dalam masa lebih singkat. Jemaah sikit, urusan lebih mudah.
-
Kalau orang Malaysia nak juga buat haji 2 minggu?
Boleh je takde masalah. Ada je ramai orang Malaysia buat haji 14 hari sahaja.
Tapi ia untuk harga pakej RM100,000 dan ke atas. Naik commercial flight. Pergi last minit sebelum wukuf, balik terus selepas selesai haji.
Boleh bypass que 2 juta orang yang nak keluar-masuk Saudi guna 2 airport Jeddah dan Madinah tu.
Atau korang jadi pemimpin penting negara. Ada kapasiti khusus untuk itu.
Kalau mampu silakan.
Begitulah.
Semoga Allah muliakan para suami yang bekerja sampai bengkok tulangnya, lenguh ototnya dan kering tekaknya kerana memikul tanggungjawab dan kasih sayang menjaga isteri dan anak2.
Semoga setiap peluh dan air mata itu menjadi saksi di hadapan Allah!
Kekayaan menurut orang:
-Kereta baru
-Rumah baru
-Barang kemas
-Barang branded
Kekayaan yang sebenar:
-Bebas hutang
-Keluarga bahagia
-Waktu terluang dengan keluarga tidak terhad
Para lelaki hebat, tolonglah isteri/mak sediakan juadah berbuka puasa bersama-sama.
Jangan hadap phone je.
Mereka juga berpuasa.
Anda bukannya raja tinggal duduk nak makan je. Kalau tak bantu masak, boleh tolong setup meja.
15 minit sebelum berbuka dah duduk mula berdoa.
Dah sampai pertengahan Ramadan.
Kalaulah Ramadan masih belum membuatkan anda lebih bersemangat berbuat kebaikan dan ibadah.
Bila lagi anda nak tambah amalan sebelum anda mati?
Ya Allah, beri kami kesihatan dan keinginan untuk terus beribadah pada baki bulan Ramadan ini, Ameen!
Tak kisah Solat Tarawih buat 8 atau 20 rakaat, tapi sebaiknya cuba ikut sampai selesai solat.
Sebabnya.
"Sesiapa yang berdiri (solat tarawih) bersama Imam sehingga dia selesai solat, dituliskan baginya ganjaran seperti orang yang qiam/bersolat sepanjang malamโ.
(HR Tirmidzi)
Sepanjang bulan Ramadan, jika kita berpuasa maksudnya kita sedang melakukan ibadah. Dari sahur sampai berbuka puasa kita berterusan dapat pahala.
Hatta kita sedang tidur, bekerja dll.
Tapi jangan sampai tak Solat Fardhu. Ia jauh lebih utama. Jangan puasa sekadar lapar dahaga.
Marhaban Ya Ramadan!
Sungguh kami sangat gembira akan kedatanganmu yang mulia.
Ya Allah, berikan kami kesihatan tubuh badan, kekuatan dan keinginan untuk banyak beribadah kepada-Mu sepanjang bulan Ramadan ini, Ameen!
Kadar Zakat Fitrah di Malaysia tahun 2025/1446H.
Selangor : RM7, RM15, RM22
WP : RM7, RM15, RM22
Kelantan : RM8, RM14, RM21
Terengganu : RM10, RM21
Pahang : RM7, RM14, RM21
Perlis: RM9
Kedah : RM7, RM14
Pulau Pinang : RM7, RM10, RM15, RM25
Perak : RM10, RM16, RM27
Negeri Sembilan : RM7.50, RM12, RM22
Melaka : RM7, RM15, RM22
Johor : RM7, RM12, RM20
Sarawak : RM7.50
Sabah : RM7.50
---
Bagi negeri yang ada lebih dari 1 kadar, mereka guna harga berbeza bagi jenis beras yang dimakan.
Lebih kurang macam ni.
Tier 1 : Beras Putih (Tempatan/Import)
Tier 2 : Beras Wangi, Perang
Tier 3: Beras Basmathi, Jepun
Kita digalakkan bayar Zakat Fitrah ikut majoriti jenis beras yang kita makan.
Maksudnya, kalau hanya sesekali je makan beras Wangi atau Basmathi, tak perlu bayar ikut harga tu. Sebab majoriti masa kita makan beras biasa.
---
Semua negeri sediakan perkhidmatan online payment masing-masing. Atau bayar kepada Amil rasmi yang dilantik pemerintah negeri masing-masing.
Boleh mula bayar Zakat Fitrah start dari 1 Ramadan sampai pagi Solat Hari Raya.
Di Selangor boleh bayar di sini :
https://t.co/RiTnkxl0Es
Negeri-negeri lain boleh rujuk website atau sosial media pusat zakat negeri tersebut.
Wallahua'lam.
Nak masuk Ramadan ni, kita dah kena kurangkan ulas perkara kurang berfaedah.
Jangan penatkan diri nak fikir semua isu yang berlegar di sekeliling kita.
Hindari maksiat, bersihkan hati dari hasad, kurangkan berbalah bab dunia.
Kejar pahala seolah2 inilah Ramadan terakhir kita.