Turut hadir ialah Timbalan Pengarah LPP Negeri Johor, Puan Nurul Aini Abdul Samad, Ketua Unit Pembangunan Ekonomi, En. Muhammad Zuhaili Muhammad, dan Eksekutif Pengeluaran, En. Syamsul Amri Othman, bersama barisan pegawai LPP Johor.
"Satu peningkatan yang sangat ketara. Syabas atas usaha keras seluruh pasukan ladang." – Bahagian Audit LPP
Pada 24 Jun 2026, Ladang Sungai Cemaran, yang diuruskan oleh NAFAS, telah menerima kunjungan daripada Bahagian Audit LPP bagi sesi lawatan kerja dan audit lapangan.
NAFAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LPP atas bimbingan, pemantauan serta sokongan berterusan dalam usaha memperkukuh kecemerlangan pengurusan ladang demi manfaat organisasi dan komuniti peladang.
Pengurus Besar NAFAS, Encik Muhammad Faris bin Arriffin, telah mengiringi Yang Berhormat Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), dalam satu sesi Ziarah Peladang bagi menyantuni ahli-ahli peladang di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pagoh
Sesi turun padang ini menjadi platform strategik bagi YB Menteri bersama pengurusan tertinggi untuk berinteraksi secara langsung, mendengar aspirasi, serta memperkukuh hubungan dua hala demi memastikan agenda pembangunan komuniti peladang terus mampan.
Sinergi erat antara NAFAS dalam rangkaian Pertubuhan Peladang bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ini akan terus diperkukuh demi memastikan kebajikan warga peladang terbela dan rantaian bekalan makanan negara kekal terjamin.
YB Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk dan ahli peladang ketika turun padang ke program Jualan Agro MADANI (JAM) di perkarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pagoh, Bukit Pasir, Johor.
Melalui pendekatan jualan terus dari ladang, rakyat dapat menikmati penjimatan harga sehingga 30% di samping membuka ruang pasaran yang lebih adil kepada komuniti peladang, petani, dan penternak tempatan tanpa gangguan orang tengah.
Sesi lawatan kerja yang dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi NAFAS, NAFAS Bajakimia Sdn Bhd dan delegasi Kedutaan Besar Australia ini mencerminkan komitmen jitu kedua-dua buah negara dalam memelihara kestabilan serta kemampanan rantaian industri pertanian negara.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus mengukuhkan rantaian bekalan sektor agromakanan negara menerusi jalinan strategik melalui syarikat pembekal fosfat yang berpengkalan di Perth, Australia iaitu Phosphate Resources Limited (PRL).
Sokongan pengeluaran ini diperkukuh melalui anak syarikat pembuatan baja milik NAFAS, Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. (MNFSB) yang menghasilkan formula baja terbaik untuk pasaran domestik & NAFAS Bajakimia Sdn Bhd sebagai pembekal bahan mentah untuk pasaran serantau.