CARA KIRA ZAKAT PENDAPATAN 2025.
Dah tiba akhir tahun ni, dah sampai masa untuk keluarkan zakat pendapatan anda. Aku kongsi cara kiraan zakat yang ada.
Ada 3 kaedah kiraan:
1. Guna Jadual Potongan Gaji (paling mudah).
2. Kiraan dengan tolakan asas Kifayah.
3. Kiraan tanpa tolakan.
+++++++++++++++++
1. Guna Jadual Potongan Gaji.
Kaedah paling ringkas. Tengok berapa gaji kasar korang kat jadual bawah ini dulu.
• Bujang gaji kasar income lebih RM4,600 baru wajib bayar zakat RM74 sebulan.
• Berkahwin anak 2 (KA2) gaji RM5,900, zakatnya RM76 sebulan dan seterusnya.
• Warna Biru = Belum wajib keluarkan zakat. Tapi digalakkan untuk buat kiraan zakat dan bayar zakat untuk harta-harta lain juga.
• Bagi yang pendapatan tak tetap, buat anggaran dan lebihkan sedikit supaya lebih yakin.
Full Jadual ini:
https://t.co/lAIerKpVgj
+++++++++++++++++
2. Kiraan Zakat dengan tolakan Kifayah.
Ini kiraan zakat yang lebih tepat. Maksudnya Pendapatan yang kita terima, tolak perbelanjaan asas dibenarkan.
Perbelanjaan Asas?
Diri, Tanggungan seperti jadual dibawah ini. Termasuk tolakan untuk KWSP dan TH jika ada. Bakinya baru dikenakan zakat.
Ini Tolakan Asas Had Kifayah:
Untuk kiraan lebih tepat, digalakkan untuk guna Kalkulator Zakat Pendapatan ini:
https://t.co/05if6rxVqh
+++++++++++++++++
3. Kiraan Tanpa Tolakan.
Kaedah ini biasanya digunakan oleh individu yang berpendapatan tinggi.
Upper M40 atau T20.
Biasanya cukai pendapatan mereka 15-28% dari pendapatan tahunan mereka.
Jadi kalau kena keluarkan zakat 2.5%, itu tak menjadi masalah untuk mereka.
Basic Kiraan:
[GAJI KASAR] x 2.5% = JUMLAH ZAKAT
Contoh: Gaji Kasar Tahunan : RM150,000
RM150,000 x 2.5% = RM3,750
+++++++++++++++++
Bayar Zakat Online.
Bagi nak buat BAYARAN ZAKAT boleh bayar secara ONLINE di sini :
https://t.co/4M0gvboiAA
+++++++++++++++++
Rebet Cukai.
Semua bayaran Zakat Pendapatan ini layak mendapat rebet cukai LHDN 100%.
Ini kelebihan kepada semua pengeluar zakat Zakat di Malaysia yang seharusnya digunakan semua muslim. Takde negara lain yang buat begini.
Contoh kiraan selepas keluar zakat:
Cukai LHDN Setahun : RM5,000
Bayar Zakat : RM2,000
Cukai LHDN dibayar kepada kerajaan : RM3,000
+++++++++++++++++
Semoga semua yang bayar zakat, rezekinya bertambah luas dan berkat, kehidupannya bertambah lapang dan tenang, keluarganya bahagia dan hartanya dibersihkan berkat bayaran zakat tersebut. Ameen!
Mohon panjangkan kepada sahabat lain untuk pahala berpanjangan dengan ingatkan mereka tentang zakat.
Wallahua'lam.
Sebenarnya kalau korang nak tahu
Semua 3 Kuasa Besar Dunia ada Dosa masing masing
US- Sokong Israel. Bagi senjata kat Israel bunuh orang Gaza. Bunuh ramai orang Islam Afghanistan dan Iraq. Serta jenayah perang lain lain di berbagai negara.
China- Nak ambik kawasan ZEE Sarawak milik Malaysia jadi milik dia. Pemusnahan Etnik Uyghur Islam di Xinjiang.
Rusia- Membunuh dan Menzalimi ramai Kaum Tatar Islam di Crimea dan Kaum Chechnya Islam di Rusia. Menyokong Presiden Bashar Assad Membunuh ramai rakyat Sunni Syria. Membunuh 43 rakyat Malaysia dalam Kes MH17.
Sebab tu dalam menilai Geopolitik ni kan. Bersederhana dalam menyokong.
Hanya kerana US buat hal bangang dekat Gaza. Tak semestinya kita kena over gila Sokong China atau Rusia. Diorang ada dosa diorang. US ada bangang dia. China ada Bangang dia Rusia ada bangang dia. Cuma US ni dia lebih bangang sebab dia sokong benda jahat yang memang terang terangan berlaku di mata dunia.
Setiap apa yang dilakukan Malaysia ada kepentingannya. Kita tak boleh menumbuk tapi kita boleh mengatur langkah
Kita tak boleh lawan mereka secara berhadapan. Tapi akan ada kepentingan bersama di mana kita boleh bergantung kepada salah satu dari 3 kuasa besar ini untuk kepentingan Malaysia. Kalau US buat hal. Kita ada China. Kalau China buat hal kita ada US. Kalau China dan US buat hal kita ada Rusia.
Senang cerita Malaysia Negara Kecik kena pandai main 3 Kolam
Malaysia kena Kuatkan Ekonomi dan Teknologi. InsyaAllah suatu masa kita boleh lakukan lebih dari apa kita lakukan sekarang. Tapi buat masa skrg. Kita lakukan apa yang termampu
Bila kerja zakat ni kerap dapat jumpa,
Pemuda usia tak sampai 30 tahun, minta kirakan zakat. Gaji dia RM22,000 sebulan.
Beberapa minit kemudian, ada sorang abang 40an datang mohon bantuan zakat. Gajinya RM1,500 dengan isteri tak bekerja dan anak 4 orang.
Dua kehidupan berbeza, tapi menggambarkan hakikat dunia sebenar. Rezeki itu benar-benar ujian serta milik Allah.
Namun indahnya Islam ini, di sebalik perbezaan begini, ada satu sistem yang menyatukan mereka iaitu zakat.
Ia bukan sekadar rukun Islam yang wajib, tapi 'jambatan penghubung' antara si kaya dan si susah. Tanpa mereka saling mengenali. Yang memberi tidak tahu siapa yang menerima, dan yang menerima tidak tahu siapa yang memberi.
Yang kaya disucikan hartanya, yang susah diringankan beban hidupnya.
Terima kasih semua pengeluar zakat. Semoga hidup anda selalu baik-baik, bertambah kaya dan berkat rezekinya, Ameen.
Tak boleh la baca kes² buli kat sekolah ni. Auto teringat kat adik sendiri yang pernah jadi mangsa buli kat "sekolah cemerlang jugak". Mengalir air mata oiii saksikan dia berlawan dengan sakit dia sekarang. Sampai kena tangguh beberapa Sem sebab dalam rawatan.
Dulu selalu stuck dekat sini..
Takut miskin
Takut takde rezeki
Sedar tak sedar, selalu berkira dgn org sekeliling.
Sekarang,
Belanja family, tak berkira
Sedekah je byk2
Duit kurang, kerja lebih sikit,
Duit banyak, boleh la rehat..
Yang penting keep mindset, rezeki Allah bagi.
Baru hari kedua masuk sekolah baru rasa dah penat mental. Sebagai seorang yang introvert, tukar sekolah baru ni umpama Kali pertama posting. Nak nangis nak adapt suasana baru, orang baru. Ntah berapa lama masa nak suaikan diri 😭😭
Bunuh diri berlaku dalam ruang lingkup takdir Allah, tetapi itu tak bermaksud ia sesuatu yang diredhai-Nya. Dalam Islam, takdir merangkumi ketetapan Allah yang Maha Mengetahui segala yang akan berlaku, tetapi manusia tetap diberikan pilihan dalam hidupnya. Bunuh diri adalah dosa kerana ia hasil pilihan individu, bukan paksaan takdir. Seperti perbuatan lain, manusia bertanggungjawab atas pilihan mereka, walaupun semuanya berlaku dengan ilmu dan izin Allah. Izin dan redha adalah dua perkara berbeza.
Ini tak termasuk kes bunuh diri dalam keadaan pelakunya tak sedar, tak waras, tak stabil emosi.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya percaya ramai yang tertunggu-tunggu penjelasan apakah yang berlaku di dalam pusingan pertama acara Keirin saya semalam. Saya cuba ringkaskan seboleh mungkin.
Pengakhiran yang Tragis
Tetapi tetap dia seorang Legenda
2 Pingat di Sukan Olimpik. Perak dan Gangsa. Menjadi pelumba basikal trek pertama dalam sejarah menang pingat di Olimpik
Menjadi Juara Dunia pada 2017 dan memakai Jersi Pelangi. Memenangi Sukan Asia, Komanwel dan Sukan Sea
Meletakkan nama Malaysia di mata dunia dan menjadikan Malaysia digeruni dalam Acara Keirin
Gelaran The Pocket Rocketman akan tetap meniti di bibir rakyat. Sebagai satu lambang kegemilangan
Walaupun pengakhiran yang tidak kita harapkan.
Tetapi sepanjang karier kamu. Kamu telah buat rakyat Malaysia bangga dengan kamu. Saya sendiri bangga
You always make us proud Datuk Jijoe
You always in our heart
Terima kasih Datuk Azizulhasni Awang
#Paris2024
#Olympics
Sebelum Ramadan Berlalu Pergi
Kalau kita akan lalui perjalanan yang sangat jauh dan kita cuma ada 10 hari sahaja untuk siapkan barang, apa yang kita akan buat?
Kita akan pastikan tidak ada barang-barang penting yang tertinggal.