Baru landed Kelantan. Hari ni kita mulakan bantuan banjir ke pusat pemindahan. Petang ni kita settlekan makanan di Pasir Mas dahulu. My staff akan beli and prepare barang-barang keperluan asas dan esok kita akan hantar dengan lori ke PPS. Ada ribuan mangsa yang tak cukup keperluan sekarang ni.
In the meantime kalau sesiapa area Kota Bharu yg ada roti, air mineral, pad, makanan dalam pek, selimut atau any keperluan asas yang boleh sedekah urgent, mohon datang drop di kedai Nasi Berlauk Sudin di Sri Cemerlang. Waze : Bard & Brew. Cutoff time 9pm today. Terima kasih guyss 🙏🏻
Cikgu, Adik Nak Raya.
Buat julung kalinya Kementerian Perpaduan Negara membawakan video pendek sempena hari raya Aidilfitri khas untuk semua rakyat Malaysia.
Marilah kita sama-sama menghargai setiap keunikan dan tradisi masing-masing tanpa mengabaikan nilai perpaduan dengan sikap saling menghormati dan meraikan kepelbagaian yang wujud di negara ini.
Jadikanlah perayaan ini sebagai wadah untuk memperkukuh ikatan persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sama-sama menyemai perpaduan dalam kepelbagaian.
#UnityinDiversity
#RayaBersama
#MalaysiaHarmoni
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) akan mula dibuka pada esok, 8 Februari 2024 sehingga 8 April 2024.
Permohonan BTAR boleh dibuat melalui laman web https://t.co/KyaFtyt9Zr
1/2