Tak lawak brader kau nak drift macam tu naik genting , nasib baik city tu sempat elak tidak tak memasal kemalangan jiwa.
Jangan pentingkan diri haihhh.
TOLONG VIRALKAN BIAR KENA TANGKAP DENGAN POLIS
Hisap rokok kat stesen minyak, bila ditegur cakap saman la. Siap rev enjin kereta dan acah2 nak langgar
No plate - KAW 7666
📹 Orang awam
@PDRMsia
Ada accident depan gate UiTM Dungun pkul 7pm waktu diorang koko. Dgr cerita 3 pelajar meninggal di tmpt kejadian, kena rempuh dgn owner perempuan pakai honda.
Taman Kucing Klang is a new park shelter built by Sime Darby Property and is operated by Majlis Bandaraya Diraja Klang, intended to be for stray cats. They were quoted "mewujudkan taman ini sekali gus menjadikan ia sebagai tempat selamat dan penuh kasih sayang untuk kucing.”
Rakan rakan di instagram, disable la siap siap share location kejadah kat instagram ni. Tekan invisible mode dan tamat. Share location dengan orang yang korang boleh percaya je ok. Bukan publicly macamni. Agak bahaya terdedah macamni and strangers boleh tau korang kat mana.
Wanita kena rasuk ketika daki Bukit Jugra
KUALA LANGAT – Pendakian enam sekeluarga di Bukit Jugra Trail, Banting di sini bertukar detik cemas apabila salah seorang daripadanya dipercayai dirasuki gangguan makhluk halus, hari ini.
Mangsa merupakan wanita berusia 20-an itu kemudiannya juga didapati meracau sebelum ahli keluarga menghubungi pihak bomba.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 12.24 tengah hari tadi.
Katanya, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikerah dalam operasi menyelamat berkenaan.
“Siasatan mendapati wanita berusia lingkungan 20-an itu mendaki bukit berkenaan bersama lima ahli keluarganya.
“Selepas mendaki sejauh tiga kilometer (km), mangsa yang sudah bekerja itu dipercayai meracau dan dirasuk makhluk halus,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Ahmad Mukhlis, pihaknya kemudian bertindak membawa turun mangsa dengan alat pengusung.
“Wanita itu dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Operasi itu memakan masa selama sejam dan mangsa diserahkan kepada keluarganya bagi tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
3 September 2023, 2:59 pm