Lelaki Terima Empat Jahitan Di Kepala Selepas Menjeling Tiga Lelaki Di Restoran Bak Kut Teh
Oleh Mynewshub
KEPONG – Seorang lelaki menerima empat jahitan di kepala selepas dipercayai diserang tiga lelaki dalam kejadian di sebuah restoran bak kut teh di sini, awal pagi Rabu lalu.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.12 pagi apabila mangsa dipercayai menjeling ke arah tiga suspek berkenaan yang sedang berbual dalam keadaan bising di premis terbabit.
Difahamkan, tindakan itu dipercayai mencetuskan pertengkaran sebelum mangsa diserang sehingga mengalami kecederaan pada bahagian kepala.
Mangsa kemudian membuat laporan polis pada 8 Mei sebelum pihak polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek pada hari sama bagi membantu siasatan.
Mahkamah membenarkan permohonan reman selama tujuh hari terhadap semua suspek.
Sumber memaklumkan, mangsa menerima empat jahitan di kepala akibat kecederaan dialami dalam kejadian tersebut.
Difahamkan, mangsa dan ketiga-tiga suspek tidak saling mengenali sebelum insiden berlaku.
Polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.-MYNEWSHUB
Seorang wanita dikenali sebagai Herini Mohammad Ali, 38, maut manakala dua lagi cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di Pulau Santap, Janda Baik, dengan kejadian dilaporkan kepada bomba pada jam 7.56 pagi, Jumaat lepas (19 September).
Operasi menyelamat melibatkan 10 anggota dari BBP Bentong dan enam anggota Pasukan Bomba Sukarela Janda Baik, yang memotong pokok menggunakan gergaji serta memeriksa kawasan sekitar bagi memastikan keselamatan.
Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong menggunakan ambulans PBS Janda Baik, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
MYNEWSHUB
VIDEO: TT eznieyofficial