PDRM UTAMAKAN KECEKAPAN, INTEGRITI DALAM BELANJAWAN 2027
PDRM janji nak guna peruntukan Belanjawan 2027 secara optimum untuk kukuhkan operasi dan perkhidmatan polis. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd.
INKUES: IBU PERTIKAI CATATAN DIARI ZARA QAIRINA BERUNSUR KEBENCIAN TERHADAPNYA
Ibu Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, pertikaikan kesahihan catatan diari anak dia yang ada luahan macam "Aku benci ibu" dan "tidak payah melahirkan aku".
Masa kena soal kat Mahkamah Koroner, Noraidah tak setuju catatan tu memang luahan perasaan anak dia. Walaupun Pegawai Pengendali Inkues Nahra Dollah kata secara logik tak ada orang lain ada sebab nak tulis macam tu, Noraidah tetap tak tolak kemungkinan orang lain yang tulis.
REFORMASI MADANI PERKUKUH EKONOMI, BUKA PELUANG BAHARU SEKTOR PERBANKAN
Agenda reformasi Malaysia Madani yang imbang sokongan jangka pendek dengan kemampanan jangka panjang boleh kukuhkan daya tahan ekonomi negara, tingkat keyakinan pelabur dan buka peluang pertumbuhan
Fokus bukan je nak tingkat daya saing negara, tapi pastikan rakyat dapat rasa manfaat pertumbuhan ekonomi secara meluas, termasuk peluang kerja dan taraf hidup yang lebih baik.
SUSPEK SELUDUP LEBIH 60KG GANJA CUBA REMPUH BOT APMM
Gila betul dua lelaki ni, sampai sanggup cuba rempuh bot APMM masa kena kejar di perairan Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis malam tadi.