(1/3) Daging korban dapat banyak, tapi asyik menu sama je, boleh cuba buat resepi ni, terima kasih untuk pemilik resepi, Semoga segala yang dihajati dimakbulkan aamin.
Kredit : azlina_ina_resepi
Sukanya ayat dia 🥺🥺
"When a man starts loving a woman, his work becomes more important to him. But when a woman starts loving her man, her work becomes less important to her. Because he is preparing to provide and she is preparing to build a home"
Agak mendalam apa yang diperkatakan oleh Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad di hujung podcast nya bersama Yousaf.
“Tak guna dapat rumah tangga yang stable, tetapi isteri kita menderita untuk stable kan rumah tangga” 🥹
Baru2 ni lepak dgn kawan aku ni.. mamat ni gaji atas 20k.. tapi pakai handphone umur dah 6 tahun.. haha
One interesting topic kitorg bincang is about your circle mindset. Untuk kau berjaya, you need to surround yourself with positive ppl..
Positive ppl. Bukan toxic positivity.
A: Anak kau kerja apa?
B: Customer Service Shopee. Basic RM2000.
C: Anak aku TikTok, RM2500.
A: Increment tahunan?
B & C: 5 tahun tak ada. Kalau shift dapatlah elaun RM300.
B: Kalau pandai Mandarin boleh cecah RM3500.
A: Jadi kenapa tak suruh anak belajar Mandarin?
B & C: Diam.
Di situ seluruh tragedi ekonomi anak muda terdedah.
Bukan mereka tak mahu kerja.
Mereka kerja.
Bukan mereka tak mahu kahwin.
Mereka mahu.
Bukan mereka tak mahu bina hidup.
Mereka cuma tak diberi lantai untuk berpijak.
Negara ini pelik. Kerja perlu ada. KPI perlu jaga. Customer marah kena telan. Shift malam kena jalan. Mental kena tahan. Tapi gaji dibiarkan pada paras cukup untuk hidup sempit, bukan hidup maju.
Lepas itu kita tanya lagi, “kenapa lambat kahwin?”
Soalan itu sendiri zalim.
Nak kumpul duit macam mana kalau 5 tahun gaji beku?
Nak simpan macam mana kalau sewa, makan, tol, minyak, bil, dan komitmen asas pun sudah menggigit?
Nak bina keluarga macam mana kalau pasaran kerja sendiri menghantar mesej: kerja kau perlu, tapi hidup kau tidak penting.
Bahagian paling kejam ialah bila nilai bahasa tambahan diiktiraf, tapi nilai manusia yang kerja bertahun-tahun tetap tidak naik.
Maknanya sistem ini memang tahu siapa patut dibayar lebih... cuma majoriti sengaja dibiarkan murah.
Akhirnya anak muda bukan gagal merancang masa depan.
Mereka sedang dipaksa menangguhkan masa depan oleh struktur gaji yang menghina maruah kerja.