๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฏ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐:
๐ฃ๐๐ก๐๐ ๐จ๐๐ก ๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐ง๐๐ง๐จ๐ฆ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ก ๐ญ๐๐๐๐ง ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฃ๐ข๐ฆ๐๐ง
Dalam podcast YBM Episod 57 Jumaat lalu, saya telah mengulas dengan panjang lebar keseluruhan isi kandungan laporan RCI Tabung Haji yang diwartakan kepada orang ramai minggu lepas.
Daripada banyak perkara yang disentuh di dalam laporan RCI itu, berdasarkan reaksi orang ramai terutamanya yang beragama Islam, salah satu perkara yang menimbulkan kemarahan ialah penemuan Suruhanjaya Diraja mengenai status bayaran zakat bagi pihak pendeposit.
Hal ini dinyatakan di perenggan 3.7.13 (muka surat 68) hingga perenggan 3.7.24 (muka surat 72), yang saya boleh ringkaskan seperti berikut:
i.Pada tahun 1979, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (kini dikenali sebagai Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa kontrak syariah di antara LTH dan pendeposit adalah Mudarabah.
ii.Oleh itu, LTH perlu membayar zakat bagi pihak pendeposit daripada aktiviti-aktiviti pelaburan dan perniagaan sebelum agihan keuntungan (hibah) dibuat.
iii.Sepanjang operasinya terutamanya di bawah pentadbiran Datoโ Seri Najib Razak, bermula 2009, LTH telah mula menggunakan keuntungan pelaburan untuk membiayai sebahagian subsidi haji.
iv.Suruhanjaya Diraja berpandangan ini bertentangan dengan konsep Mudarabah iaitu pengusaha (Lembaga Tabung Haji) tidak boleh dengan bebas membelanjakan keuntungan pelaburan untuk memberi sumbangan (dalam kes ini sebagai subsidi haji) dengan sewenang-wenangnya, tanpa persetujuan rakan kongsi (pendeposit).
v.Pada tahun 2016, akad deposit (kontrak syariah) telah ditukar dari Mudarabah kepada Wadiโah Yad Dhamanah, iaitu deposit dikira sebagai simpanan. LTH membayar keuntungan (hibah) kepada pendeposit untuk mengelakkan pembayaran riba.
vi.Suruhanjaya Diraja mendapati antara faktor perubahan tersebut adalah kerana LTH telah mula menggunakan sebahagian keuntungan pelaburan untuk membiayai subsidi di bawah akad Mudarabah.
vii.Kesan daripada pertukaran akad Wadiโah Yad Dhamanah telah mengubah hubungan yang boleh menyebabkan pendeposit terdedah kepada tanggungan zakat ke atas deposit yang diserahkan kepada LTH.
viii.Perkara ini dibangkitkan oleh Bank Negara Malaysia dalam suratnya bertarikh 26 Jun 2019 kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad. BNM menyatakan bahawa penzahiran berkenaan zakat kepada pendeposit mungkin tidak sama sebagai kontrak di bawah Wadiโah Yad Dhamanah.
ix.Di bawah akad Wadiโah Yad Dhamanah, LTH telah menjadi peminjam kepada deposit yang disimpan. Justeru, bayaran zakat oleh LTH pada masa itu hanya mewakili perniagaan LTH sebagai sebuah institusi, manakala pendeposit sepatutnya perlu membayar zakat simpanan iaitu 2.5% dari jumlah simpanan.
x.LTH menukar kontrak syariah dari Wadiโah Yad Dhamanah kepada Wakalah hanya dalam Disember 2019.
xi.Suruhanjaya Diraja berpendapat semasa LTH membayar zakat di bawah akad Wadiโah Yad Dhamanah iaitu dari 2016 hingga 2019, pembayaran zakat oleh LTH sebenarnya zakat yang kena dibayar oleh LTH, dan bukan zakat yang perlu dibayar oleh pendeposit.
xii.Ia juga bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995, yang tidak membenarkan LTH meminjam dan tidak tertakluk kepada pembayaran zakat.
Maklumat lanjut mengenai persoalan status bayaran zakat bagi pihak pendeposit LTH boleh dibaca di dalam laporan RCI tersebut.
Oleh itu, saya menyeru tindakan-tindakan berikut dari pihak yang berkenaan:
1)Perdana Menteri dan Menteri Agama perlu menjelaskan apakah tindakan kerajaan untuk menangani perkara ini yang menimbulkan keresahan di kalangan pendeposit Tabung Haji, terutamanya bagi tempoh 2016 hingga 2019. Adakah Kerajaan Madani, setelah mengambil alih, telah melunaskan zakat bagi pihak pendeposit bagi tempoh 2016 hingga 2019 itu?
2)Institusi ilmuan agama, termasuk Muzakarah MKI dan mufti-mufti perlu memberi panduan kepada pendeposit dan nasihat kepada kerajaan/LTH untuk merungkai perkara ini dengan segera; dan
3)LTH perlu mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan apa yang telah dibuat untuk melepaskan pendeposit-pendeposit dari tanggungjawab Islam membayar zakat, tatkala mereka ingat zakat-zakat itu telah dibayar oleh LTH.
๐ฏ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฏ๐ญ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐:
๐ญ๐ฌ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐จ, ๐ฑ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ข
Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji telah mengembalikan perhatian orang ramai kepada pelbagai isu yang berlaku di Tabung Haji sejak 2014 lagi.
Kes Tabung Haji adalah sesuatu yang peribadi kepada saya kerana saya adalah ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015.
Saya bawa perkara ini ke parlimen seawal Mac 2016, diikuti dengan 34 pendedahan lain di antara 2016 ke 2018 mengenai salah laku, pelaburan yang lesap dan keterlibatan Tabung Haji dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran Datoโ Seri Najib Razak dahulu.
Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan. Selama sedekad saya menjadi bahan fitnah kononnya saya menghasut orang Islam untuk memusnahkan Tabung Haji.
Hasil dari pendedahan-pendedahan ini juga telah menjadi modal politik kepada PKR dan Pakatan Harapan selama sedekad.
Malah, isu laporan RCI Tabung Haji kali ini pun timbul akibat dari ucapan-ucapan saya di PRN Johor sebulan lalu yang mengkritik kompromi politik Datoโ Seri Anwar Ibrahim dengan UMNO, sehingga laporan RCI itu diperam selama lebih tiga tahun.
Apa pun, saya bersyukur laporan ini telah didedahkan untuk memberi peluang kepada orang ramai membaca dan menilai sendiri, selain dari membersihkan nama saya dari fitnah lawan politik terhadap saya mengenai Tabung Haji.
Laporan yang panjang itu mengesahkan 5 perkara pokok:
i.Pelbagai transaksi yang mencurigakan dan yang menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit;
ii.Rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak dari tahun kewangan 2015 dan memuncak dalam tahun kewangan 2017, sehingga memaksa kerajaan PH ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad meluluskan satu โbail-outโ bernilai RM19.9 bilion (nilai akhir sekitar RM27.8 bilion pada tarikh matang pada keuntungan 4.05% ke 4.10% setahun);
iii.Hibah (atau keuntungan) tetap diagihkan kepada pendeposit antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji telah menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai skim cepat kaya (menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain);
iv.Tabung Haji telah mencipta peraturan perakaunan dalaman untuk membolehkan hibah dibayar semasa rizab negatif, walaupun itu bertentangan dengan akta dan peraturan-peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa; dan
v.โBail outโ Tabung Haji berjumlah RM27.8 bilion (pada nilai akhir semasa matang) melalui UJSB hanyalah satu tindakan sementara yang bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen โbail outโ itu pada tarikh matang.
Saya bersetuju dengan hampir semua saranan-saranan yang dibuat ahli-ahli RCI. Ini termasuklah:
a)Semua Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikat Tabung Haji, pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan;
b)Siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh SPRM, SC, PDRM, BNM dan mana-mana agensi penguatkuasaan dan penyelia; dan
c)Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji.
Malah, ada beberapa perkara yang saya rasa tindakan yang perlu dibuat itu mesti lebih keras.
Contohnya, Malaysia perlu mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan (baik menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan) apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba dari penyelewengan itu.
Ini adalah kenyataan pertama dari saya dan BERSAMA mengenai RCI Tabung Haji.
Dalam minggu-minggu akan datang, saya akan membentangkan analisis dan pendedahan mengenai banyak lagi perkara-perkara yang disentuh di dalam laporan RCI ini.
Harapan saya supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar Tabung Haji yang sebenarnya masih terdedah kepada risiko kelangsungan, walaupun Datoโ Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya laporan RCI hanya didedahkan kini (setelah diperam selama 3 tahun) kerana pentadbirannya telah berjaya memulihkan Tabung Haji.
Saya juga akan mengupas laporan RCI ini secara terperinci dalam Podcast YBM Episod 57 malam ini, jam 9 malam.
๐ฏ๐ญ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฎ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ: ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก
Salah satu budaya baru yang dibawa ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ialah ketelusan dalam pendanaan politik, sebagai usaha untuk memeras rasuah dengan menukar budaya.
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ percaya bahawa slogan anti-rasuah dan janji-janji perubahan undang-undang untuk membanteras rasuah politik telah bertukar menjadi retorik semata-mata.
Parti-parti bertukar ganti menjadi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri tetapi amalan rasuah politik tetap berterusan.
Kebelakangan ini, parti-parti politik tanpa segan silu menggunakan agensi-agensi, aset-aset kerajaan dan dana awam untuk berkempen. Perkara ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana gabungan-gabungan parti besar seperti PH, BN dan PN kesemuanya melakukan kesalahan yang sama.
Begitu juga dengan amalan memberi wang minyak, duit poket atau duit belanja kepada pengundi-pengundi. Ada pengundi yang tidak segan silu lagi memaparkan mereka menerima wang untuk mengundi.
Salah satu punca utama ialah perjalanan parti-parti politik masih bergantung kepada khidmat berbayar. Jentera-jentera dibayar, orang ramai diberikan wang dan hadiah untuk hadir ke program-program kempen dan petugas kira undi dibayar.
Di PRN Johor, ada petugas kira undi (PACA) yang dibayar sehingga RM700 seorang (termasuk belanja minyak dan penginapan). Ada yang dibayar mengikut jam (contoh RM70 setiap jam bertugas).
Selagi gerak kerja kempen dan perjalanan aktiviti parti-parti politik perlu dibayar, selagi itulah amalan rasuah sukar dibendung.
Hakikatnya, sesebuah gabungan politik membelanjakan puluhan juta ringgit, malah mencecah ratusan juta ringgit untuk sesebuah pilihan raya negeri.
Wang rasuah ini didahulukan oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan, sama ada ahli-ahli perniagaan atau dari perniagaan haram yang bertentangan dengan undang-undang.
Balasannya kelak ialah kontrak-kontrak besar kerajaan yang nilainya dinaikkan berlipat kali ganda untuk mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan kepada gabungan parti politik besar semasa pilihan raya.
Lebih teruk lagi, jika ia melibatkan aktiviti haram, tindakan tidak diambil terhadap aktiviti haram seperti perjudian atas talian, penyeludupan dan pelbagai lagi kegiatan haram, sebagai ganti kepada sumbangan dana semasa kempen pilihan raya.
Jika ada satu kekecewaan utama saya sepanjang saya menjadi ahli politik ialah kegagalan saya merubah amalan ini di dalam parti-parti politik yang saya pernah terlibat.
Juga kegagalan saya meyakinkan majoriti rakyat Malaysia untuk membenci amalan rasuah politik seperti ini, yang diberikan atas nama sumbangan atau duit minyak.
Sebab itu, apabila saya dan Nik Nazmi berkesempatan memulakan kembali kerjaya politik kami dari bawah melalui ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, saya berhasrat melatih aktivis-aktivis politik yang benar-benar benci kepada amalan rasuah seperti ini.
Rasuah seperti ini menyebabkan maruah kita tergadai. Demi wang, kita sanggup menukar pendirian, memberi alasan dan menutup mata kepada kerosakan.
Tetapi ia perlu bermula dengan menukar budaya bagaimana gerak kerja kempen sesebuah parti dijalankan.
Ia bermula dengan kembali kepada asas politik, iaitu keikhlasan untuk menyumbang demi kebaikan masyarakat dengan melakukan sesuatu dengan sukarela.
Alhamdulillah, perkara itu dapat dilaksanakan oleh ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam PRN Johor yang lepas.
Keseluruhan kempen BERSAMA dilaksanakan secara sukarela tanpa perlu ada bayaran dan apa-apa perbelanjaan kempen yang lain dibiayai sepenuhnya dari tiga (3) sumber orang ramai:
1) Yuran keahlian BERSAMA sebanyak RM20 setiap ahli
2) Kutipan dana dari majlis makan malam mengumpul dana #WeFund untuk PRN Johor
3) Sumbangan peribadi dari penderma dan penyokong dalam jumlah yang kecil, sama ada melalui crowdfunding atau sumbangan peribadi
Hari ini, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ merintis budaya baru dalam sejarah politik Malaysia dengan membentangkan sepenuhnya penyata perbelanjaan dan sumber kewangan bagi PRN Johor baru-baru ini, seperti yang diperincikan di dalam Lampiran A (boleh rujuk di bahagian gambar).
Amalan ini akan menjadi disiplin ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ untuk semua pilihan raya yang disertai di masa akan datang.
Saya berharap sumbangan kecil ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam membawa budaya politik bersih ini akan membuka hati lebih ramai pengundi untuk bersama kami di masa akan datang.
๐ฎ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Sebuah parti politik tidak dibina dalam satu pilihan raya. Sebuah parti politik dibina sedikit demi sedikit oleh mereka yang sanggup menyumbang masa, tenaga dan rezeki tanpa mengharapkan balasan.
Video ini merakam sebahagian daripada suasana Malam Terima Kasih Sukarelawan BERSAMA pada Ahad lepas. Di sebalik setiap kempen, ada ribuan usaha yang jarang dilihat.
Johor menjadi permulaan. Banyak lagi yang perlu dibina, dan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk BERSAMA.
Terima kasih kepada setiap rakyat Johor yang memilih BERSAMA.
Setiap undi yang diberikan kepada sebuah parti yang baru berusia 50 hari adalah satu amanah yang besar.
Kami tidak mengambilnya sebagai angka di atas kertas. Kami menerimanya sebagai tanda bahawa di luar sana ada rakyat Malaysia yang percaya kepada agenda yang dibawa BERSAMA dan nilai-nilai yang kami perjuangkan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli dan sukarelawan BERSAMA yang datang dari seluruh negara untuk membantu kempen ini.
Ada yang memohon cuti daripada kerja. Ada yang memandu berjam-jam dari luar Johor. Ada yang menggunakan wang sendiri untuk untuk minyak, tol, makan dan tempat tinggal.
Ramai yang tinggal hampir dua minggu di Johor semata-mata mahu membantu sebuah parti yang belum pun mempunyai wakil rakyat.
Mereka menjadi PACA dari awal pagi hingga selesai pengiraan undi.
Mereka memasang bendera di bawah panas dan hujan.
Mereka mengangkat kerusi, mengedarkan risalah, dan melakukan seribu satu kerja yang kebanyakan orang tidak pernah nampak.
Tiada elaun yang lumayan. Tiada jaminan kemenangan.
Yang ada hanyalah keyakinan bahawa perjuangan ini berbaloi. Bahawa BERSAMA mampu menjadi wadah untuk membina politik yang lebih berprinsip dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.
Perjuangan seperti ini tidak akan pernah dibina oleh seorang individu.
Ia dibina oleh ribuan rakyat biasa yang sanggup menyumbang masa, tenaga dan wang sendiri kerana percaya perubahan tidak akan datang jika semua hanya menunggu orang lain melakukannya.
Kepada semua yang mengundi BERSAMA, kepada semua yang berkempen, kepada semua yang menyumbang, dan kepada semua yang mendoakan kami, saya ucapkan terima kasih.
KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026
Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini.
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan bagi semua kerusi, Bilik Kempen BERSAMA telah mendapat sebahagian dari Borang 14 di saluran-saluran 15 kerusi yang kami bertanding.
Ada juga kerusi-kerusi yang keputusan tidak rasmi telah dilaporkan oleh media.
Maklumat setakat ini menunjukkan calon-calon BERSAMA mendapat secara purata antara 3-6% undi.
Ini bermakna kesemua calon BERSAMA hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5%.
Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15% undi.
Analisa awal menunjukkan ada peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum.
Semua calon dari parti-parti lain, baik PH, PN, BERSAMA atau MUDA terkesan dengan peralihan undi ini.
Di pihak BERSAMA, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambahbaik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BERSAMA dalam usia parti ini yang begitu muda.
Penghargaan tertinggi adalah kepada calon-calon, ahli-ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA yang setia membantu kempen PRN Johor 2026.
Satu majlis penghargaan ringkas dan sederhana akan diadakan di ibu pejabat baru BERSAMA dalam tempoh terdekat, setelah ia siap untuk digunakan dalam dua minggu.
Walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada BERSAMA, pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari ini.
Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan mendoakan rakyat Malaysia terbuka untuk menerima BERSAMA satu hari nanti.
Rafizi Ramli
11 Julai 2026
KEMPEN BERSAMA DI PRN JOHOR SAMPAI KE PENGHUJUNG
FINALE DI PARAGON MARKETPLACE, JB
Pengundi Johor akan mengundi hari Sabtu ini.
Selama 14 hari, saya dan sukarelawan BERSAMA yang membentuk satu pasukan yang kami panggil Central Kitchen, duduk di satu rumah.
Saya dapat bilik hujung di dapur sebelah tandas. Yang lain-lain kongsi tidur kat atas.
Sebahagian besar dari mereka yang membentuk Central Kitchen ini terdiri dari pelajar-pelajar universiti. Mereka naik bas berulang alik dari KL antara ambik exam, pergi kuliah dan datang membantu di sini.
Kami melatih mereka sebagai perancang kempen, atau campaign planners. Mereka bertanggungjawab menyusun jadual kempen, menguruskan calon, menguruskan bahan kempen digital dan bercetak, mengendalikan logistik dan segala benda lain yang perlu dibuat.
Kami mempunyai seorang penasihat, iaitu sukarelawan nombor 1 bernama Chopper. Dia datang masa hari pertama dan lepas tu tak nak balik dah. Kami akan bawa dia balik ke KL untuk terus jadi penasihat kami.
Selain dari jadi perancang kempen, malam-malam pukul 2 pagi selepas ceramah trak, mereka akan bantu jentera yang lain pasang bendera, banner dan lain-lain.
Sekarang tinggal satu hari lebih lagi sebelum hari mengundi, jadi mereka tumpu kepada pengurusan ejen kira undi atau PACA.
Selama ini kempen saya yang diikuti melalui IRL Apehal Follow Aku di YouTube banyak tertumpu kepada calon-calon. Hanya kali ini saya tunjukkan bagaimana BERSAMA mengendalikan keseluruhan kempen di 15 kerusi dari sebuah rumah.
Setiap yang bermula pasti berakhir.ย
Kempen BERSAMA di PRN Johor akan berakhir tepat jam 12 tengah malam esok, hari Jumaat 10 Julai.
Kami putuskan untuk mengakhiri kempen Kancil di tempat yang sama ia bermula semasa calon-calon diumumkan, iaitu di ruang parkir Paragon Marketplace, Jalan Tampoi, JB.
Trak Kancil akan singgah buat kali terakhir di Paragon Marketplace esok, Jumaat 10 Julai. Ceramah akan bermula jam 8 malam.
Saya jemput semua penduduk di seluruh Johor yang berkelapangan untuk hadir.
Begitu juga sukarelawan dan ahli BERSAMA yang berada di Johor, termasuk yang datang untuk bertugas sebagai PACA pada hari pengundian, untuk hadir ke ceramah finale Trak Kancil ini.
Sebarkan kepada semua dan sebaiknya, daftar kehadiran anda di https://t.co/6vXmDO7QDX di pautan ini:
https://t.co/1RZHNOXipD
Insya-Allah, dalam ucapan terakhir saya di PRN Johor ini saya akan gulung, lipat, tembak dan canai semua isu yang telah dibawa dalam PRN Johor ini.
Jumpa di Paragon Marketplace, JB hari Jumaat, 10 Julai bermula jam 8 malam.
๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐ฅ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฎ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ ๐ฃ๐๐๐
Kempen BERSAMA di PRN Johor berjalan baik, walaupun dalam serba kekurangan.
Bila kita tiada sumber yang melimpah ruah, kita belajar menggunakan apa yang ada di sekeliling kita.
Kita bergantung kepada sukarelawan, kita bergantung kepada calon-calon kita yang bersusah payah cuba bertemu pengundi seberapa ramai yang mungkin tanpa perlu diangkat sebagai orang istimewa dalam majlis-majlis besar.
Tapi kita masih memerlukan tenaga yang minima supaya kempen tidak tergendala, terutamanya pada hari mengundi.
Kita memerlukan ejen-ejen kira undi atau PACA.
Terima kasih yang telah mendaftar sebagai PACA setakat ini. Proses untuk mengesahkan jadual bertugas dan tempat bertugas sedang berjalan. Insya Allah anda akan mendapat pengesahan selewat-lewatnya pagi Selasa, 7 Julai 2026.
Tapi kita masih memerlukan lebih kurang 2,000 PACA lagi.
Berikut ialah tindakan kita untuk cuba menyediakan 2,000 PACA ini dalam masa 48 jam ini.
Pertama - pasukan HQ akan menghubungi 2,570 ahli BERSAMA di Johor untuk mengenal pasti mereka yang berkelapangan untuk menjadi PACA.
Kedua - pasukan HQ juga akan menghubungi ahli-ahli BERSAMA di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengesahkan mereka yang berkelapangan menjadi PACA.
Ketiga - bagi ahli-ahli dari negeri-negeri lain, anda akan menerima emel peringatan untuk mengesahkan mereka yang berkelapangan menjadi PACA. Sila ikut panduan dalam emel untuk mendaftar menjadi PACA.
Keempat - bagi semua yang berkelapangan untuk membantu menjadi PACA, sama ada ahli BERSAMA atau pun tidak, anda boleh mendaftar melalui dua cara:
Sama ada mendaftar melalui sistem Kancil di https://t.co/fCMc3GZOrD dan ikuti panduan di situ, atau
Dengan menghantar mesej ke Whatsapp bernombor 011 3977 6635 atau hubungi Haziq di nombor itu.
Kita ada masa yang sangat terhad untuk mencukupkan PACA di tempat-tempat mengundi supaya kita berlaku adil kepada penat lelah calon-calon dan sukarelawan yang telah bertungkus lumus sejak 10 hari lepas.
Sampaikan maklumat ini kepada yang lain-lain - forward di Whatsapp, share kandungan ini di media sosial anda.
๐ช๐๐ฌ ๐ช๐๐๐ ๐๐๐ข๐ก๐? ๐๐๐๐๐จ๐ฆ๐ ๐ฌ๐ข๐จ ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ ๐ช๐๐๐ ๐๐๐ข๐ก๐
๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ ๐จ๐ ๐๐ก ๐๐๐๐ข๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ & ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ง๐ฅ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐
BERSAMA akan bertanding di 15 kerusi DUN dalam PRN Johor ini.
Kami akan bertanding solo dan takkan masuk atau bekerjasama dengan mana-mana gabungan.
Kenapa walk alone? Tak takut hilang deposit ke?
Sebab BERSAMA hadir untuk memberi suara kepada rakyat biasa yang sudah muak dengan perebutan jawatan di antara gabungan politik, baik PH, BN atau PN.
BERSAMA tidak hadir sebagai kenderaan untuk saya dan Nik Nazmi tunggang untuk dapat jawatan, kalau macam itu buat apa kami mengundur diri dari jawatan menteri dan mengosongkan kerusi parlimen kami.
Memang jalan lebih mudah untuk ahli politik ialah berada di dalam gabungan.
Tetapi bila kami rasa pembawaan gabungan-gabungan ini sudah terpisah dari suara rakyat biasa kerana sibuk berebut siapa akan jadi Perdana Menteri, Menteri Besar - lebih baik kita mulakan platform baru yang boleh beri suara kepada orang biasa.
Sebab kami yakin, BERSAMA yakin, bila kita beri suara kepada orang biasa, walaupun kita masuk solo, walk alone, sebenarnya YOU NEVER WALK ALONE.
Akan ada rakyat biasa yang serasi dengan pembawaan ini dan akan membantu.
Untuk memastikan BERSAMA memberi suara kepada orang biasa, calon-calon yang dipilih juga mestilah majoriti dari kalangan orang biasa yang tidak pernah mendekati politik.
Terima kasih kepada 73 orang yang memohon menjadi calon BERSAMA dalam PRN ini. Sebahagiannya sangat berkelayakan dan berjawatan tinggi, sebahagiannya mewakili kumpulan masyarakat yang berbeza.
Dari 73 orang ini, setelah ditapis dan ditemu duga, 15 orang dipilih.
Mereka mewakili gambaran sebenar rakyat Malaysia.
Anak muda yang berusaha keras membina syarikat kecil dan kerjaya.
Doktor yang terpaksa menukar kerjaya supaya isteri dapat meneruskan kerjaya sebagai doktor dan mengambil tanggung jawab mengimbangi keperluan keluarga.
Kumpulan profesional yang bekerja di syarikat besar sebelum mengusahakan syarikat sendiri.
Kumpulan profesional yang masih bekerja dengan syarikat antarabangsa, bergaji besar tetapi sanggup turun padang menyahut seruan berkhidmat.
Sudah tentu penggiat dan aktivis masyarakat yang telah lama berkhidmat dalam komuniti masing-masing.
Peguam, arkitek, doktor, pengarah syarikat, pemilik perniagaan bila digabungkan dengan penggiat masyarakat - mereka adalah cerminan sebenar rakyat biasa yang bergelumang dengan pelbagai keputusan yang dibuat orang politik setiap hari.
Mereka akan diperkenalkan kepada pengundi Johor hari Jumaat ini.
Mereka tidak akan diraikan di atas pentas mahal atau acara gilang-gemilang yang menelan belanja jutaan ringgit.
Mereka akan naik pentas kecil atas sebuah trak kempen yang kami panggil Trak Kancil.
Saya jemput seberapa ramai pengundi Johor, ahli BERSAMA di Johor, ahli BERSAMA dari seluruh negara dan orang biasa untuk hadir di majlis pengumuman calon BERSAMA PRN Johor dan pelancaran Trak Kancil, seperti berikut:
Tarikh:
Jumaat, 26 Jun 2026
Masa:
Orang ramai dijangka mula hadir 730 malam
Tempat:
Ruang Parkir Paragon Market Place
135, Jalan Tampoi
Kampung Melayu Majidee
Johor Bahru
Anda juga boleh dapatkan merchandise Kancil semasa pelancaran ini.
Bagi mereka yang ingin hadir secara fizikal untuk memberi sokongan, terutamanya kepada ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara, saya mohon sahkan kehadiran anda di https://t.co/6vXmDO7QDX
Klik Acara, pilih โPengumuman Calon PRN Johorโ atau imbas kod QR.
Majlis pengumuman calon ini juga akan disiarkan melalui platform digital di saluran saya pada malam itu.
Biodata calon-calon ini akan dikongsi dengan orang ramai di https://t.co/6vXmDO7QDX jam 10 malam hari Jumaat ini, setelah nama mereka diumumkan.
Saya tidak tahu ada orang yang akan hadir majlis pengumuman ini atau tidak. BERSAMA baru sebulan jagung, susah kita nak baca penerimaan rakyat.
Tetapi kalau perlu walk alone, kami akan tetap jalan bersendirian kerana lama-lama, lebih ramai akan mula berjalan BERSAMA kami.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
22 Jun 2026
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐๐ ๐ญ๐ฑ ๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ akan bertanding di 15 kerusi dalam Pilihanraya Negeri Johor 2026.
Kerusi-kerusi yang ini dinilai berdasarkan faktor-faktor berikut:
1)Latar belakang dan kecenderungan pengundi berdasarkan dapatan-dapatan kaji selidik dan data yang telah dijalankan sejak enam bulan yang lepas;
2)Sambutan terhadap ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ setakat ini, berdasarkan keahlian mengikut unit parlimen dan kecenderungan ahli-ahli di kawasan terbabit;
3)Kesesuaian calon-calon dari kalangan perintis ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ di Johor dan calon-calon terbuka yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut;
4)Kemampuan ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ mengendalikan kempen pilihanraya secara berkesan di kerusi-kerusi tersebut.
Berikut adalah senarai kerusi yang akan ditandingi ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ di PRN Johor 2026:
1. DUN Bukit Naning (N14) - penyandang (UMNO)
2. DUN Mahkota (N29) - penyandang (UMNO)
3. DUN Tiram (N40) - penyandang (UMNO)
4. DUN Puteri Wangsa (N41) - penyandang (MUDA)
5. DUN Johor Jaya (N42) - penyandang (DAP)
6. DUN Permas (N43) - penyandang (UMNO)
7. DUN Larkin (N44) - penyandang (UMNO)
8. DUN Stulang (N45) - penyandang (DAP)
9. DUN Perling (N46) - penyandang (DAP)
10. DUN Kempas (N47) - penyandang (UMNO)
11. DUN Skudai (N48) - penyandang (DAP)
12. DUN Kota Iskandar (N49) - penyandang (UMNO)
13. DUN Bukit Permai (N50) - penyandang (UMNO)
14. DUN Bukit Batu (N51) - penyandang (PKR)
15. DUN Senai (N52) - penyandang (DAP)
Calon-calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ akan diumumkan pada hari Jumaat ini jam 8 malam di Johor Bahru bersempena dengan pelancaran trak kancil. Tempat pelancaran akan diumumkan kelak.
Ahli-ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dan orang ramai yang ingin menjadi jentera BERSAMA di 15 kerusi ini boleh mula mendaftarkan diri di https://t.co/6vXmDO7QDX
Sistem ejen undi (PACA) telah dibuka untuk pendaftaran.
Ahli-ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dan orang ramai yang ingin menjadi PACA boleh lawati
https://t.co/6vXmDO7QDX dan klik โ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ถ ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ปโ.
Dari situ, anda boleh log masuk ke sistem kempen ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ (setelah mendapat OTP) dan melalui proses untuk menjadi PACA. Ini termasuk mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki SPR dan melalui latihan.
Sistem kempen bersepadu๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ akan mula dibuka esok (Selasa, 23 Jun 2026) yang membolehkan ahli-ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dan orang ramai dari seluruh negara memilih kempen pilihanraya yang ingin disertai/dibantu mengikut tarikh, masa, lokasi dan jenis-jenis aktiviti.
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ berhasrat untuk merintis kempen pilihanraya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan pilihanraya yang besar dengan mengaktifkan seberapa ramai ahlinya dan orang ramai dari seluruh Malaysia membantu kempen ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ di 15 kerusi ini secara sukarela.
Bagi ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, PRN Johor 2026 bukan sahaja medan berebut kerusi dan pangkat untuk orang-orang politik.
Ia peluang untuk merintis budaya politik yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat dan masa depan negara dan rakyat.
๐ฎ๐ฎ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๐ข๐จ๐ช ๐ฑ๐ช๐ฉ๐ข๐ฌ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ
๐ก๐ถ๐ธ ๐ก๐ฎ๐๐บ๐ถ ๐ก๐ถ๐ธ ๐๐ต๐บ๐ฎ๐ฑ
๐ก๐ ๐๐ฃ๐ ๐ก๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐จ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฆ๐๐ก๐ฌ๐๐ฃ ๐๐?
๐๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐จ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐๐ & ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐ข๐๐ข๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐?
Minggu ini, genap sebulan BERSAMA hadir di pentas politik negara.
Terima kasih kepada puluhan ribu rakyat Malaysia yang menjadi ahli BERSAMA dalam tempoh sebulan, dan puluhan ribu lagi yang membantu memperkenalkan BERSAMA di media sosial.
Tanpa anda semua, BERSAMA tidak sampai ke tahap sekarang.
Satu kelebihan BERSAMA ialah ahli-ahlinya yang proaktif. Mereka membuat kandungan, mempromosi BERSAMA tanpa arahan dan imbuhan.
Cuma ada satu cabaran bila ahli-ahli BERSAMA proaktif begini.
Mereka banyak tenaga macam kanak-kanak Ribena, jadi saya ditanyakan soalan bertalu-talu: โapa lagi panduan dan arahan terbaru, terutamanya bila nak masuk PRN Johor tidak lama lagiโ.
Berikut adalah panduan mengenai perkembangan BERSAMA untuk satu minggu yang akan datang:
Pertama - Kad Ahli
Sebanyak 17,000 kad ahli telah dicetak dan dihantar melalui Pos Malaysia minggu ini. Ada yang telah dapat, ada yang belum dapat.
Bila HQ BERSAMA menghantar kad, sistem keahlian BERSAMA akan menghantar email secara automatik memaklumkan kad ahli telah dihantar.
Insya-Allah, backlog kad ahli akan diselesaikan dalam seminggu dua ini.
Bila dah dapat kad ahli, saya mohon supaya ambil gambar dan pos kandungan ke media sosial masing-masing untuk menggalakkan kawan-kawan kita juga mendaftar sebagai ahli BERSAMA.
Kedua - Masalah Mendaftar
Masih ada ahli yang telah mendaftar tetapi tidak dapat disempurnakan, maka belum menerima nombor keahlian.
Selalunya ini disebabkan dua masalah:
1) Nombor telefon atau email yang digunakan semasa mula-mula mendaftar tidak tepat, jadi tidak dapat OTP. Bila cuba daftar semula, oleh kerana nama atau IC sudah ada dalam sistem tetapi nombor telefon tidak padan, rekod tidak sama.
2) Bayaran yuran ahli RM20 tidak lepas atau belum berbayar, jadi sistem keahlian masih menunjukkan permohonan tidak dapat diproses untuk diluluskan.
HQ BERSAMA sedang menyelesaikan setiap kes satu persatu.
Jika anda ada masalah ini, berikut adalah langkah yang perlu diambil.
Semak keahlian di pautan ini:
https://t.co/qcEMeXcCHm
Masukkan nombor kad pengenalan dan isi maklumat di situ. Sistem akan menghantar OTP ke email, pastikan email tidak masuk ke Spam atau Thrash folder.
Bila sudah masukkan permohonan di โSemak daftarโ, HQ BERSAMA boleh selesaikan kes secara manual satu persatu.
Ketiga - Kumpulan Whatsapp
HQ BERSAMA kini sedang membina kumpulan Whatsapp rasmi mengikut unit parlimen untuk mengumpulkan ahli-ahli BERSAMA.
Anda perlu imbas kod negeri untuk menyertai Whatsapp BERSAMA di negeri itu dan pilih unit parlimen.
Permohonan menyertai Whatsapp BERSAMA mengikut negeri dan unit parlimen akan disemak dengan maklumat keahlian, untuk memastikan hanya ahli BERSAMA yang dibenarkan masuk kumpulan.
Maklumat rasmi dan arahan kempen akan disebarkan melalui Whatsapp rasmi BERSAMA, termasuk kemaskini kempen dan panggilan menjadi jentera dan sukarelawan.
Keempat - Jentera Kempen Pilihanraya
Bermula Isnin, 22 Jun ini, sistem BERSAMA akan mula dibuka untuk menjemput ahli-ahli BERSAMA tampil menjadi jentera pilihanraya negeri Johor.
Ahli-ahli boleh memilih bentuk kempen yang hendak disertai, slot masa dan lokasi kempen mengikut kelapangan jadual masing-masing.
Sasaran kami ialah untuk mengaktifkan sekurang-kurangnya 20% dari ahli BERSAMA seluruh negara untuk menyertai kempen lapangan PRN Johor, yang membolehkan BERSAMA mencapai kekuatan sekitar 400 orang jentera di setiap DUN yang ditandingi (bila dicampur dengan jentera tempatan).
BERSAMA adalah sebuah parti yang kecil. Kita tiada keupayaan membayar jentera, kita bergantung kepada daya juang dan kelincahan setiap ahli kita.
Sebab itu perancangan gerak kerja kita - dari saluran komunikasi, pengarahan kempen, pembahagian kerja - mestilah bersistem supaya kita boleh memanfaatkan setiap seorang dari kita.
Itu semangat kancil yang kita perlu bina sebagai budaya kerja BERSAMA.
Bagi ahli BERSAMA di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor - mulakan dengan sertai Whatsapp rasmi BERSAMA.
Imbas kod-kod QR ini mengikut negeri seperti yang telah saya kongsikan dalam posting saya sebelum ini.
๐ฆ๐๐๐ฃ๐ ๐๐จ๐ก๐๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐?
๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐๐ง ๐๐จ๐ก๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐ก๐๐ฅ
Sejak BERSAMA dilancarkan, antara serangan utama ialah fitnah-fitnah mengenai sumber dana BERSAMA.
Ada serangan tersusun kononnya saya membeli BERSAMA pada harga RM8.5 juta. Disambung pula dengan tuduhan saya dibiayai oleh Toh Puan Naimah dan keluarga arwah Tun Daim.
Bila kami terus bergerak dan ada program, serangan itu juga diteruskan untuk memberi gambaran BERSAMA dibiayai seseorang.
Memang ada seorang yang menjadi funder terbesar BERSAMA. Orang itu adalah saya.
Setakat ini, perbelanjaan terbesar BERSAMA ialah pada hari pelancaran 17 Mei, yang menelan belanja RM30,000. Yang itu saya bayar.
Kemudian, bayaran deposit untuk ibu pejabat BERSAMA di Puchong, sekitar RM50,000. Yang itu pun saya bayar.
Perbelanjaan lain kami berhutang dahulu dan bayar ansuran, sementara kami mendapat yuran dari ahli dan sumbangan.
Selain dari saya, setakat hari ini ada sekitar 27,000 orang rakyat Malaysia yang menjadi funder BERSAMA.
Mereka terdiri dari ahli-ahli BERSAMA yang membayar RM20 yuran keahlian seumur hidup, 1,102 orang yang membeli merchandise BERSAMA sehingga kehabisan stok dan 2,003 orang yang menyumbang crowdfunding kepada BERSAMA.
Jumlah keseluruhan dari yuran, merchandise dan crowdfunding adalah sekitar RM750,000.
Dana inilah yang digunakan sebagai modal untuk membiayai Jelajah Kancil, menempah merchandise, membayar ansuran infrastruktur digital, ubah suai ibu pejabat, menempah bahan kempen dan lain-lain.
Oleh kerana semua petugas di belakang tabir bekerja secara sukarela, ia meringankan beban kos BERSAMA.
Kami gunakan duit RM750,000 ini untuk pusing modal terlebih dahulu. Terima kasih kepada pembekal yang bagi kami ambil dahulu dan bayar ansuran bila merchandise dah jual. Belanja lain macam ubah suai pejabat, infrastruktur digital, kad keahlian, bahan kempen, semua dibayar secara ansuran.
Funder BERSAMA adalah anda semua.
Memang kerja rumit dan cerewet bila bergantung kepada sumbangan kecil RM10, RM50 dari orang ramai, tapi kami tidak mahu BERSAMA jadi hamba kepada penyumbang dana.
Sebab itu kami kena terus raise fund dari orang ramai.
Majlis mengutip dana yang pertama akan diadakan seperti berikut:
Tarikh:
Sabtu, 27 Jun 2026
Masa:
Bermula jam 8 malam
Tempat:
SJKC Wangsa Maju
10, Jalan Usahawan 2, Taman Danau Kota, 53200 Kuala Lumpur.
Harga tiket-tiket:
Platinum - RM2,000 seorang atau RM18,000 semeja
Gold - RM1,000 seorang atau RM10,000 semeja
Silver - RM500 seorang atau RM5,000 semeja
Standard - RM150 seorang atau RM1,500 semeja
Pada majlis itu juga, BERSAMA akan melancarkan kempen dana untuk membiayai program khusus, iaitu:
1) Sewaan 2 trak kempen BERSAMA untuk PRN Johor, Negeri Sembilan dan kempen berterusan BERSAMA sehingga PRU16
2) Kos ubah suai ibu pejabat BERSAMA
3) Kos bahan kempen seperti bendera dan poster
Tiket-tiket untuk majlis dana BERSAMA pada 27 Jun 2026 ini boleh mula dibeli di laman https://t.co/6vXmDO7QDX
Klik Acara dan pilih dari senarai fundraising dinner yang ada.
Anda boleh pilih tiket, pilih tempat duduk dan meja sesuai. Semua jualan dibuat atas talian dan tiket dikeluarkan secara elektronik.
Kebebasan ahli dan parti politik membawa suara rakyat ditentukan oleh punca dana parti.
Kalau dibiayai golongan berkepentingan, ahli politik membawa suara golongan itu.
Kalau dibiayai rakyat, ahli politik membawa suara rakyat.
Sebarkan kepada rakan-rakan, mari BERSAMA menyumbang. Jumpa saya dan Nik Nazmi di SJKC Wangsa Maju pada 27 Jun ini, beli tiket sekarang.
Satu perkara yang saya paling rimas ialah memilih lagu untuk parti politik.
Sebab saya tahu itu bukan kepakaran saya dan lain orang lain citarasa.
Jadi saya serahkan kepada yang muda-muda untuk tentukan.
Ini lagu pertama yang lahir, mula dipasang di Jelajah Kancil di Melaka.
Reaksi nampak OK.
Maknanya kita jangan nak tentukan semua, serahkan kepada mereka yang lebih ahli.
Insya-Allah, setiap 2 minggu Kancil akan release lagu baru secara penuh.
Mohon kawan-kawan yang buat content popularkan lagu-lagu baru ini.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ด ๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐ข๐๐ข๐ก๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐ช๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐จ๐๐
Hasrat ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ untuk merintis budaya politik yang berfokus kepada bakat rakyat dan masa depan kini dizahirkan dengan memperkenalkan proses terbuka pemilihan calon-calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam pilihanraya.
Rakyat Malaysia yang ingin menawarkan diri menjadi calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dijemput memohon dengan mendaftar di https://t.co/4xO9KSPe24
Klik โSertaiโ dan pilih laluan pendaftaran sebagai calon pilihanraya. Sekiranya belum menjadi ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, anda perlu memohon menjadi ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai calon pilihanraya.
Klik https://t.co/ajGJhqo3rO
Pemohon akan melalui proses berikut:
1.Melengkapkan maklumat peribadi, latar belakang pendidikan, kerjaya dan keluarga
2.Melengkapkan maklumat kewangan, termasuk mengenai pendapatan dan aset
3.Temuduga skrin yang dikendalikan oleh algoritma sistem untuk menguji karisma, keterampilan dan kesediaan sebagai calon pilihanraya
Permohonan yang telah disahkan akan disemak oleh sebuah Jawatankuasa Calon.
Kriteria-kriteria yang digunakan oleh Jawatankuasa Calon untuk menilai setiap permohonan pada peringkat tapisan pertama adalah seperti berikut:
1.Kepakaran dan kemahiran yang boleh menambah nilai kepada masyarakat berdasarkan latar belakang pendidikan, kerjaya dan penglibatan dalam masyarakat
2.Tapisan pembabitan politik terdahulu (jika ada) untuk mengelakkan calon-calon yang membawa imej politik yang tidak serasi dengan ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
3.Kesesuaian calon kepada imbangan mengikut kerusi-kerusi parlimen/DUN, jantina, umur dan kaum
4.Karisma dan keterampilan untuk diketengahkan sebagai seorang calon yang menyumbang membina imej ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
Calon-calon yang di senarai pendek akan melalui tapisan kedua.
Tapisan kedua melibatkan semakan secara digital untuk mengenali calon dengan lebih dekat dan semakan dengan masyarakat setempat untuk mendapat maklum balas kualitatif mengenai calon.
Hanya calon-calon yang telah melepasi tapisan pertama dan kedua akan dipanggil untuk tapisan terakhir secara bersemuka dengan pasukan pusat ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐.
Calon-calon yang melepasi semua peringkat tapisan akan dipertimbangkan sebagai calon-calon berpotensi ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, yang akan diumumkan mengikut kumpulan dari semasa ke semasa.
Pemohon hendaklah menyatakan kerusi Parlimen atau DUN yang ingin ditandingi. Mengikut undang-undang, calon DUN mestilah tinggal atau beralamat di negeri yang sama.
Keutamaan saringan calon diberikan untuk memuktamadkan calon-calon bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan.
Kami menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berkongsi aspirasi ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ untuk memohon menjadi calon.
Portal permohonan akan dibuka secara berterusan sehinggalah Parlimen dibubarkan.
๐ด ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐ก๐๐ ๐ก๐๐ญ๐ ๐ ๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐