Korang yg duk derma ii tu.. bagi laa dia jual tanah keta rumah apa semua dulu.. harta dia kan banyak. Pakcik makcik yg kt kg pon sanggup jual tanah utk anak ii sambung bljr.. takkan dia tak sanggup jual harta ii dia utk byr denda tu.waktu dia guna duit dulu ada dia ajak share?
๐ฆ๐๐ฌ๏ฟฝ๏ฟฝ ๐ฆ๐๐ ๐๐ก ๐๐๐ฃ๐ฅ๐๐๐
Minggu ini media melaporkan Caprice kalah dalam satu saman fitnah yang dibawa oleh Ebit Liew terhadapnya.
Februari lalu, Caprice juga menjaja cerita kononnya saya makan rasuah dalam satu projek swasta yang tidak ada kena mengena dengan saya atau kementerian saya dulu.
Dia panggil sidang media mengumumkan yang dia saman saya.
Ramai ceplos yang mengejek saya konon tak berani saman Caprice.
Sebenarnya dah lama saya saman Caprice atas tuduhan itu. Kes sedang berjalan di mahkamah.
Ini kali pertama saya saman seseorang.
Sebelum ini, macam-macam orang fitnah ke, tuduh ke, saya jawab dan saya tak saman. Sebab kebanyakan dari mereka ini rakyat biasa, saya serahkan kepada Allah.
Tapi tuduhan Caprice itu adalah yang pertama kali menuduh saya makan rasuah. Berpuluh tahun saya dalam politik, sebenarnya tak pernah ada orang lain, hatta dari lawan politik seperti Umno atau PAS yang tuduh saya makan rasuah.
Jadi saya terpaksa saman untuk kali pertama dalam hidup saya.
Sekarang kita serahkan kepada peguam-peguam dan proses mahkamah.
@meinmokhtar Masalahnya most of the bus zaman skrng guna bas yg 2+1 seats sbb tu laa kebanyakan harga ticket bas naik.. ada la a few company yg masih guna 2+2 tpi x bnyk
@meinmokhtar Ramai yg x tau sebenarnya harga ticket naik bukan sbb minyak tpi sebab kerajaan updated regulations dekat bas..
Dulu
bas 2+2 seats & 2+1 seats dikira as economy bas
Sbb tu tiket bas murah
Skrng
Bas 2+2 seats economy bas
Bas 2+1 seats exclusive bas (ticket mahal)
UK officials destroyed files on one of the most brutal post-war conflicts they fought - the forgotten war for rubber in 1950s Malaya.
It was to cover up their crimes - mass bombings, decapitations, lying, forced villageisation๐
https://t.co/kkOfToJYSg
Jatuh air mata masa edit video ni. You have no idea betapa bermakna video ramadan ni untuk KA. Yang muda, yang tua, tak kira agama atau bangsa, semua masuk dapur untuk cuba memasak. Terima kasih bagi KA peluang untuk meriahkan ramadan anda semua
Izinkan saya undur diri dahulu, dari tahun lepas lagi belum berehat. Selamat hari raya guyss, maaf zahir dan batin โค๏ธ
Ada satu amalan bila kita berada dlm keadaan tengah struggle nak cari duit atau tambah duit.. baca surah Insyiroh banyak2 kali sambil dalam hati niat minta pertolongan dari Allah.. dan banyakkan sedekah kt org susah mcm ni, percaya kepada-Nya, InsyaAllah Allah bantu. been there done that.
Di Episod 20 Podcast Yang Berhenti Menteri (YBM), saya ditanya tentang sambutan Malaysia terhadap Presiden Trump.
Menyambut pemimpin dunia itu tugas hakiki dan kita faham.
Persoalan sekarang adalah sejauh mana โkemesraanโ itu wajar?
Ketika Gaza dibom saban hari, bila pemimpin kita tampak terlalu akrab dengan orang yang beri โblank checkโ kepada Israel, sebenarnya dunia memerhati. Palestin melihat.
Diplomasi ada garisnya. Hormati beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat tetapi jangan sampai mendedahkan pekung negara dan sensititivi yang terlibat.
Tonton penjelasan penuh di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 20:
https://t.co/JpHyByZ6uz
Sekolah adalah tempat yang sangat penting untuk kita. Sekolah bukan sahaja memberi ilmu, ia tempat memupuk budaya dan sikap.
Bila Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek jadi cheerleader ajak murid-murid sekolah ucapkan Happy Birthday PMX We Love You, saya kena tegur Fadhlina.
Jangan kita campur adukkan kehendak dan kemahuan kita dengan pendidikan kanak-kanak.
Kalau ya pun dia sangat cintakan PMX dan mahu buktikan kesetiaan, cukup dengan ucapan dari dia sendiri, tak perlu libatkan murid-murid.
Bila dia buat begitu, nanti di masa akan datang tak salahlah menteri-menteri pendidikan akan datang meminta murid-murid, pelajar dan siswa menyatakan taat setia dan kecintaan kepada pemimpin lain.
Sedangkan sekolah tidak boleh dicampur adukkan dengan politik dan pandangan peribadi kita.
Saya cukup berhati-hati dengan sekolah. Sepanjang saya jadi Ahli Parlimen, sebaik mungkin saya bantu permohonan sekolah-sekolah di Pandan. Tapi saya hanya hadir ke dalam kawasan sekolah sekali sahaja, itu pun sebab dipujuk sangat oleh guru besar.
Sebabnya ialah saya tidak mahu campur adukkan politik dengan sekolah dan anak-anak kita.
Saya tahu kalau orang lain buat, saya akan marah.
Tapi kini bila Menteri Pendidikan dari PKR sendiri yang buat, saya pun rasa malu.
Lepas ni orang PKR tak boleh kritik dah kalau ada ahli politik masuk sekolah dengan mesej politik.
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ฎ๐ฑ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐๐ฆ๐จ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฅ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก
Dalam ucapannya di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan semalam (24 Julai 2025), YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa pelik kenapa usaha-usaha yang dipelopori beliau untuk membanteras rasuah, seolah-olah tidak disambut oleh beberapa pihak (terutamanya pembangkang). Beliau memberi contoh kertas siasatan yang dibuka terhadap tokoh-tokoh tertentu.
Saya tidak meragui keikhlasan beliau untuk membanteras rasuah. Sebahagian besar kempen PKR yang melibatkan saya sendiri, sejak 2010, berkisar kepada skandal-skandal besar negara. Beliau memberi sokongan penuh kepada usaha kami membongkar skandal-skandal negara.
Salah satu penyumbang kepada kemenangan PKR dan PH dalam PRU2018 dan PRU2022 (sehingga beliau berjaya membentuk kerajaan campuran dan dilantik sebagai Perdana Menteri) adalah manifestasi tuntutan rakyat agar rasuah dibanteras sekeras-kerasnya.
Pada masa yang sama, rasa pelik yang beliau luahkan itu ada asasnya.
Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa kepercayaan rakyat mengenai usaha membanteras rasuah boleh ditingkatkan lagi. Sementara kita memahami sikap pembangkang yang akan menolak setiap usaha kerajaan, kita juga perlu bermuhasabah kenapa sebahagian rakyat biasa masih belum yakin dengan usaha kerajaan membanteras rasuah.
Kesan dari rasa kurang yakin ini boleh dilihat melalui beberapa sudut.
Pertama, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) masih di takuk yang sama. Malaysia mendapat 50 mata bagi tahun 2023 dan 2024, yang meletakkan negara di kedudukan 57 dari 180 negara. Sementara ini lebih baik dari tahun 2021 dan 2022, mata 50 dan kedudukan 57 sebenarnya tidak banyak berbeza dari pencapaian 2015 (di kemuncak skandal 1MDB), bila mana Malaysia mendapat 50 mata dan kedudukan 54.
Begitu juga dengan data-data kaji selidik terkini yang saya pernah kongsikan beberapa bulan lepas, yang menunjukkan kebimbangan rakyat mengenai rasuah semakin meningkat.
Ini berlaku dalam keadaan pentadbiran YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim secara berterusan cuba melakukan pelbagai penambahbaikan proses, selain dari pendirian beliau yang berulang kali menolak rasuah.
Oleh itu, saya ada pandangan yang akan dikecam pelbagai pihak, tetapi ia perlu disuarakan.
Jika Perdana Menteri rasa pelik kenapa sambutan rakyat tidak segah usaha-usaha yang sedang dilakukan, ia bermakna ada perkara lain yang mungkin mencacatkan usaha-usaha itu di mata rakyat.
Kedudukan CPI ditentukan oleh persepsi rakyat. Persepsi dipengaruhi oleh beberapa perkara penting, terutamanya:
1) Keberkesanan reformasi yang dijalankan hingga ia berjaya membanteras amalan rasuah ke peringkat akar umbi dan dirasai oleh rakyat dalam urusan seharian mereka; ๐ฅ๐ข๐ฏ
2) Pandangan umum mengenai konsistensi pemerintah memlawan rasuah, supaya amalan rasuah dibanteras dengan seadilnya dan pemerintah dilihat benar-benar bersih dari rasuah.
Kita boleh menerima pandangan bahawa reformasi pentadbiran yang dilaksanakan akan mengambil masa untuk mengubah budaya agar amalan rasuah dibanteras sehingga ke akar umbi.
Namun, adalah sangat berbahaya jika pentadbiran YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak konsisten dan memilih bulu dalam membanteras rasuah, sekiranya ada kes-kes besar yang melibatkan pimpinan Kerajaan Perpaduan atau tokoh-tokoh yang rapat dengan beliau.
Sebab itu saya memilih untuk bersuara kali ini, selepas satu tuduhan skandal lesen penerokaan mineral seluas 70,000 hektar di Sabah yang membabitkan Datuk Farhash Wafa Salvador mula berlegar.
Ini bukan kali pertama Farhash disabitkan dengan pelbagai urusniaga yang mengundang kontroversi.
Sejak YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, Farhash tiba-tiba melonjak menjadi seorang niagawan yang ligat dan mula mempunyai kepentingan dari satu syarikat ke satu syarikat. Ada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan beliau, kemudiannya mendapat kontrak perolehan yang besar dari kerajaan.
Jumlah sebenar kontrak-kontrak perolehan kerajaan yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Farhash tidak diketahui umum.
Namun, pengaruh Farhash menjadi bualan rakyat di luar โ baik rakyat biasa yang melihat kemewahan dan gaya hidupnya, sehinggalah golongan perniagaan yang berurusan dengan kerajaan dan dalam sektor korporat.
Apabila perkara ini dibangkitkan sebelum ini, YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim hanya memberi penafian. Penjelasan beliau ialah kegiatan perniagaan Farhash tidak ada kena mengena dengan beliau kerana Farhash bukan lagi setiausaha politik beliau.
Saya memilih untuk bersangka baik ketika itu, walaupun saya tahu pengaruh Farhash dalam PKR dan sebahagian pentadbiran kerajaan itu benar-benar wujud.
Tuduhan terbaru mengenai lesen penerokaan mineral yang membabitkan Farhash tidak akan mati begitu sahaja. Pendedahan setakat ini disertakan dengan dokumen dan rakaman audio. Saya percaya lebih banyak maklumat akan menjadi pengetahuan umum selepas ini.
Saya juga percaya ia bukan tuduhan terakhir yang membabitkan Farhash. Dari semasa ke semasa, ada saja kontroversi baru mengenai beliau yang akan menjadi bualan umum.
Oleh itu, saya berharap YAB Perdana Menteri memandang perkara ini dengan serius.
Kontroversi demi kontroversi yang ditimbulkan dan dikaitkan dengan Farhash perlu ditangani segera dan penafian mentah tidak lagi akan diterima oleh rakyat.
Maklumat-maklumat yang didedahkan setakat ini sudah cukup untuk membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap Farhash, seperti mana kertas siasatan dibuka terhadap tokoh-tokoh lain yang dituduh menjadi kaya secara tiba-tiba.
Bila ada konsistensi sebegini, barulah lebih ramai rakyat yang lebih yakin dengan usaha kerajaan membanteras rasuah.
Jika tidak, bukan sahaja usaha-usaha ini tidak membuahkan hasil yang dikehendaki dan diterjemahkan kepada kedudukan CPI negara yang lebih baik, saya khuatir beban Farhash ini akan mengheret PKR dan PH dalam pilihanraya yang akan datang.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Ahli Parlimen Pandan
Laaa nak makan cendol pun salah? Perempuan ni bila tak ada isu, suka cari isu dan masalah orang lain. Lelaki tenang je makan cendol tak kacau atau guna duit sesiapa pun. Yang korang balun Tealive, MIXUE, Ai-Cha, ZUS Coffee dan lain-lain setiap hari tu tak ada siapa bising pun? Halah halah halahhhh.๐ฉ
Faham dia nak relate dengan kesihatan tapi biar je lah. Asalkan diorang tak menyundal.
Nasib baik dia ni lawa. Tak jadi nak kecam.
"Bahaya Sangat Ke Senjata Kimia?"
1. Bila kali pertama manusia guna senjata kimia dalam perang moden?
Ramai ingat senjata ni baru muncul.
Tapi sebenarnya, senjata kimia dah diguna lebih 100 tahun lalu.
Biar betul?