Kita ni dah terlalu terbiasa dengan budaya kalau nak bagi nasihat atau peringatan, mesti kena cerita pengalaman sendiri. Seolah-olah kalau tak buka cerita tentang diri, pengajaran itu tak akan sampai.
Kalau pengalaman tu tak membuka aib, tak menjatuhkan maruah dan tak memudaratkan diri bila diceritakan, silakan. Jadikan ia ibrah untuk orang lain.
Tapi kalau untuk menyampaikan satu pengajaran, kita terpaksa mendedahkan sisi diri yang sepatutnya kekal menjadi rahsia, kemudian membuka ruang untuk diri dicemuh, dikecam atau dijadikan bahan umpatan, maka tak perlulah.
Tak semua perkara yang kita lalui perlu diceritakan untuk menjadi pengajaran. Ada pengalaman yang cukup kita simpan sebagai rahsia antara kita dengan Allah, atau dengan pasangan.
Kita belajar daripadanya, kita berubah kerananya, dan kita teruskan hidup tanpa perlu orang lain tahu cerita di sebaliknya. Sebab menjaga aib sendiri juga sebahagian daripada menjaga maruah.
Matang tu bukan sekadar tahu apa yang perlu dikatakan. Tapi tahu apa yang lebih baik untuk didiamkan.
in order to become a better person, you must first realize how horrible you really are. not in the dramatic sense, but in the quiet ways you sabotage yourself, repeat unhealthy patterns, hurt people who care about you, or tolerate what wounds you. you cannot grow if you keep pretending you’re innocent in the story you’ve created.
Father figure memang penting, tapi jangan samakan “selalu ada di rumah” dengan “hadir sebagai seorang ayah.”
Masalah sebenar bukan pada ayah yang keluar bekerja. Tapi apabila ayah berhenti hadir dalam kehidupan anak.
Saya teringat kupasan Ustaz Azlan tentang perkataan رِجَال (rijāl) dan رِجْل (rijl). Kedua-duanya berasal daripada akar huruf yang sama, ر-ج-ل.
Rijāl bermaksud lelaki-lelaki, manakala rijl bermaksud kaki. Dari sudut bahasa, akar kata ini sering dikaitkan dengan pergerakan dan berjalan. Sebab itu sebahagian ahli bahasa menghuraikan bahawa seorang rajul ialah lelaki yang bergerak keluar memikul amanah dan tanggungjawab.
Fitrah lelaki memang keluar mencari nafkah. Jika kita membaca kisah para nabi dan para sahabat, ramai antara mereka menghabiskan banyak masa di luar rumah. Berdakwah, bermusafir, berjihad, berniaga, dll. Manakala ibu pula lebih banyak bersama anak kerana peranannya sebagai madrasah utama dan fitrahnya di rumah.
Namun, kesibukan mereka (ayah) tak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anak. Bagaimana masa yang “sikit” itu mereka mampu mentarbiah anak? Itulah yang perlu para bapa pelajari.
Tapi satu hal kita kena sedar, mentarbiah anak bukan hanya dipikul oleh seorang ayah. Ia disokong oleh komuniti. Zaman sahabat, anak itu membesar dengan atuknya, pakcik-pakcik, sepupu. Masjid pula jadi pusat pembentukan karakter. Anak-anak tak membesar sendirian.
Father figure bukan seorang. Ia satu ekosistem. Inilah yang kita hilang di zaman moden ini. Hari ini semua jauh. Atuk di kampung, pakcik-pakcik sibuk dengan keluarga sendiri, jiran pun tak kenal.
Akhirnya anak-anak hanya ada ayahnya. Bila ayah pula sibuk bekerja, dia hilang hampir semua figura lelaki dalam hidupnya.
Dan jika kita lihat lebih jauh ke akar permasalahan, antara faktor yang menyumbang kepada krisis father figure hari ini ialah sistem ekonomi yang berpusatkan riba.
Kita akhirnya tersepit dalam tuntutan kehidupan. Maka, dengan segala keterbatasan yang ada, usahalah untuk terus hadir dalam kehidupan anak-anak. Moga Allah memberkati rezeki dan mempermudahkan segala urusan kita.
Masa dalam interview:
"Eh, gaji awak sebelum ni RM2,700 je. Kenapa minta sampai RM4,500?"
Ramai orang akan jawab: "Saya follow market rate sekarang je"
Tapi jawapan yang lebih menarik adalah:
Paling takut apabila Allah akan uji dengan kata-kata kita sendiri. Tak sanggup nak hadap. Semoga kita tergolong dengan orang yang pulang kepada Allah dengan sifat serta amalan yang baik.
I nak bagi POV as an engineer myself. Titik terendah i as a wife is when i balik lambat. Pernah balik sampai pukul 10 malam baru nak keluar dari building. Sampai rumah, husband tunggu siap masak. I nangis i minta maaf sebab i yang sepatutnya cook for him. Pastu “i nak resign” 😭
Bila kita fresh grad mula bekerja, technical skills kita rendah
Akan ada banyak yg kita kena catch-up
70% pula akan kerja dlm situasi yg tak diajar di sekolah atau IPT
Hanya 1 sahaja kita boleh buat:
Jadilah orang yang boleh diHARAP
Beri best effort
Always on time
Jaga adab
Penyebab kerosakan orang muda adalah masa lapang, duit dan kurang tanggungjawab.
Badan tengah sihat, tenaga pun banyak. Bila usia muda tak disibukkan dengan ilmu dan perkara yang bermanfaat, dia akan habiskan masa pada perkara maksiat.
Bila hidup disibukkan dengan benda lagha, jiwa jadi kosong. Emosi dan mental pun lemah.
Pemuda tak berkualiti inilah yang akan menyumbang dan terjebak dengan budaya hedonisme.
Ingatlah, menjalani kehidupan yang tujuannya bukan akhirat bermakna hidup itu berpaksikan perasaan dan syahwat.
Moga Allah pelihara zuriat keturunan kita.
Tiba-tiba keinget kata Habib Jafar:
“Yang tidak sampai ke kita, tidak perlu dicari tau.
Yang sampai dari mulut orang lain, tidak perlu dipercaya.
Dan yang sampai langsung dari orangnya, dimaafkan.”