Bacalah al-Quran walau satu ayat sehari, kerana sabda Nabi ﷺ :
Sesungguhnya al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada orang yang membacanya.
[HR. Muslim]
Disana sini kes bunuh membuatkan aku terfikir, andainya takdir pengakhiran aku pun seperti tu, aku berdoa agar mayat aku dijumpai dan disemadikan dengan cara yang baik.
Hasbunallah Wanikmal Wakil (حسبنا الله ونعم الوكيل)
Zaman-zaman banyak berlaku kejahatan ni, amalkan baca surah-surah ini 3 kali waktu pagi dan 3 kali waktu petang :
1. Al-Ikhlas
2. Al-Falaq
3. Al-Nas
Nabi ﷺ sebut siapa yang amalkan macam ni maka dia akan terlindung daripada sebarang perkara yang memudharatkan.
Jangan mencari seseorang untuk membuat duniamu menjadi indah, tetapi carilah seseorang yang menjadikan akhiratmu lebih indah. Kerana dunia sangat sederhana untuk dijadikan acuan kebahagiaanmu. ❤
Kenapa dalam surah Al-Ikhlas tak ada satu pun perkataan ikhlas?
"Sebab sifat ikhlas bukan untuk dipamerkan tapi datang dari hati. Tiada yang boleh boleh melihatnya selain Allah SWT."