Kita tak hidup lama. Rancanglah akhirat kita sebaiknya.
Kalau susah, susah ni sekejap je. Kalau orang tak sukapun, sekejap je.
Dekat dunia kita ada pilihan. Kanan kiri depan atau belakang.
Tapi di akhirat ada 2 saja. Syurga atau neraka. Kalau tak ke syurga, kemana lagi kita?
Orang perempuan kalau dia faham akan kadar ketetapan yang telah Allah tentukan, hidup ini akan terasa lebih indah kerana dia tahu bahawa Allah memudahkan pahala untuk para wanita.
Bahkan pahalanya akan berganda mengikut kesukaran dalam menguruskan rumah tangga serta anak-anak. Siap ada keistimewaan qadha + fidyah atau sekadar qadha sahaja untuk wanita yang menyusukan anak mahupun yang sedang hamil.
Jihad bagi mereka itu cukup dengan menunaikan haji, langsung tak sama dengan lelaki yang akan mempertaruhkan nyawa mereka di medan. Kerana apabila panggilan jihad dilakukan, setiap lelaki akil baligh WAJIB turut serta. Sekiranya dia lari dari medan mereka akan mendapat dosa besar. Ya, lari dari medan perang adalah salah satu daripada 7 dosa besar yang mana ancaman ini dikhususkan buat para lelaki!
Inilah keadilan yang Allah tetapkan buat para hamba-Nya.
Malam ni sayang ada futsal kan? Tolong buang sampah kat dapur tu and balik nanti tapaukan naan cheese dengan ayam tandoori kat naina.
Maceh suamiku @najminzri 😂
Kahwin ni ibaratnya macam...
Pergi kerja, balik rumah jumpa best friend forever kita
Sembang n gelak sama2 tiap2 hari
Masak sekali, makan sekali
At the same time, share burden sama2, stress sama2... and grow together...
Yep.. that's marriage