Boleh jadi keterlambatanmu dari suatu perjalanan adalah keselamatanmu. Boleh jadi tertundanya keinginanmu adalah suatu keberkahan. Boleh jadi berpindahnya rezekimu pada orang lain kerana ada rezeki yang lebih besar kelak untukmu.
– Prof. Dr. M. Quraish Shihab
Ustaz Adi Hidayat sebut satu “secret routine” orang bertaqwa:
istighfar waktu sahar (sebelum Subuh).
Bila konsisten, ia latih 3 perkara:
✅ sabar bila diuji
✅ khusyuk bila ibadah
✅ jadi orang yang betul-betul buat, bukan sekadar tahu
Try malam ni: 30x istighfar sebelum Subuh. Esok tengok beza rasa hati.
Doa Tidak Putus Rezeki ;
إِنَّ هَٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُۥ مِن نَّفَادٍ
Inna hadha larizquna ma lahu min nafad
Maksudnya ; “Sesungguhnya ini adalah benar-benar rezeki daripada Kami yang tidak akan habis-habis.”
Semoga Allah permudah segala urusan kita harini. Dan semoga Allah kurniakan rezeki yang berkat, rezeki yang tidak putus-putus dan rezeki yang tidak dijangka. Aamiin 🫶🏻
Teruskan jadi baik, walaupun tak dilayan dengan baik. Kalau kita buat jahat dekat orang yang buat jahat dengan kita, antara kita dengan dia, sama je. Tak ada beza.
Kindness is the best revenge. Be kind always. 🫰🏻
Bismillah, semoga 2026 diberikan rezeki yang melimpah-ruah, kebahagiaan, dapat pekerjaan yang tetap, kesihatan yang baik dan dikelilingi orang yang baik-baik.
My favorite doa this,
“Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku untuk menerima walau apa yang Kau beri untukku, kerana sesungguhnya apa yang Kau beri untukku itu adalah yang terbaik untukku, dan Engkau adalah sebaik-baik Perancang.”
I feel that at ease knowing He's always there for me.
Jangan risau pasal jodoh. Bila tepat pada masanya, ia akan datang dan beri kau bahagia. Buat masa sekarang fokus pada diri kau, pendidikan, kerjaya, keluarga dan kewangan.
Paling utama adalah diri kau. Jaga emosi, kawal egois dalam diri. Belajar improve diri jadi lebih baik ✨
Bismillah..
اللَّهُمَّ خَيْرًا فِي كُلِّ أَمْرٍ أَنْتَظِرُهُ
Allahumma Khairan Fii Kulli Amrin Antaziruh
“Ya Allah, berikanlah yang terbaik dalam segala hal yang aku tunggu.”
"Jika tidak mampu menjaga hati orang lain, sekurang-kurangnya jagalah percakapanmu kerana perkataanmu lebih menyakitkan daripada perbuatan."
— Ustaz Wadi Annuar
Moga Allah permudahkan every woman’s journey, the ones fighting silently, the ones holding on, the ones still hoping. May whatever you’re working on fall into place at the right time. 🤍