Apa sahaja yang kita hadapi pada hari-hari kita, jangan tinggalkan al-Quran.
Biarlah ia meniti di bibir dan lidah kita. Moga nanti ia bermukim di hati.
Tak semua yang kita rancang akan jadi. Tapi setiap yang Allah atur, pasti ada hikmah yang kita belum nampak hari ini. Bersangka baiklah pada Allah.
#ustazwadiannuar
Jadi suami jangan gunakan istilah taat untuk mengugut isteri. Jadi ibu bapa jangan guna istilah redha untuk mengugut anak-anak. Jadilah insan yang mempunyai sifat menyayangi, mendengari, memahami dan menjiwai.
TERKINI
ALHAMDULILLAH
DOKTOR MALAYSIA DAH MASUK KE GAZA
Pasukan Perubatan Malaysia dari MERCY Malaysia sudah memasuki Gaza dan membantu Kementerian Kesihatan Gaza merawat rakyat Gaza yang tercedera kerana serangan Israel. Kemasukan pasukan ini dibantu kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO
Kepada yang nak menyumbang untuk Operasi MERCY Malaysia di Gaza
Boleh ke perincian berikut
MERCY Malaysia
8606129117(CIMB Islamic Bank Berhad)
Reference: Gaza
Hamas mengutuk sekeras kerasnya serangan Israel malam tadi yang membunuh 104 orang
Hamas juga mengutuk US yang tidak berbuat apa apa malahan menyokong pula apa yang Israel buat dalam serangan semalam
Hamas menyatakan jika perang bersambung semula. Ia kerana Israel dan bukan pihaknya . Kerana darah kanak kanak, wanita dan rakyat Gaza bukan murah untuk ditumpahkan sesuka hati
Ramai yang berjuang sebenarnya. Cuma bezanya, ada yang meluahkan dan ada juga yang cuma simpan dan telan sendiri.
Apa pun perjuangan kita, sentiasa ingat setiap kepayahan pasti Allah permudahkan buat kita.
Jangan putus asa, jangan putus harap ya, nak.
Bak kata ZRA
Part yang perbincangan pasal Gaza dengan Presiden Trump tu biar Kerajaan handle
Untuk rakyat Malaysia. Bila Trump datang nanti tunjukkan dengan Demonstrasi Aman membantah kedatangannya dan tindakannya bantu Israel.
Saya meminta agar Patuhi peraturan dalam berdemonstrasi walaupun kita marah. Terus bawa suara kita rakyat Malaysia
PDRM tolong bagi ruang sedikit untuk rakyat berdemonstrasi. Ruang tanpa mengganggu sidang. Tak salah kawal keselamatan tapi jangan sampai nampak kita berlebihan sokong Trump lak sampai nak oppress solidariti rakyat Malaysia bersama Palestin
Mahmoud Issa antara salah seorang banduan Palestin dibebaskan hari ini
Mahmoud merupakan antara orang penting dalam Pasukan Pertahanan Palestin di Tebing Barat
Dia dipenjarakan selama 31 Tahun dengan 13 tahun dalam Penjara Asingan atau sel bersendirian
Beliau pernah terlibat dalam operasi menangkap IDF di Baitul Maqdis. Tujuan operasi itu supaya lebih ramai tahanan Palestin dapat dibebaskan
SEKSAAN DITERIMA GRETA THUNBERG DALAM PENJARA ISRAEL
Dilaporkan Greta Thunberg disiksa sangat teruk dalam Penjara Israel selepas beliau ditahan Pasukan Khas Laut IDF Shayetet 13 kerana terlibat dalam Misi Global Sumud Flotila. Berikut ialah seksaan diterima beliau
1) Hazwani Helmi memberitahu Media Türkiye bahawa mereka semua termasuk Greta dilayan seperti binatang. Greta dilayan dengan teruk dan digunakan sebagai propaganda dan dipaksa masuk ke sebuah bilik sewaktu Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir tiba di sana. Mereka juga dinafikan hak untuk makan, minum dan perubatan.
2) Peserta dan Wartawan Türkiye, Ersin Celik mengatakan yang dia diheret ke lantai dan dipaksa mencium Bendera Israel
3) Peserta dan Wartawan Itali, Lorenzo Agostino menyatakan dia dimalukan di hadapan semua banduan dan dibaluti dengan Bendera Israel dan diarak bagaikan sebuah piala
4) Kementerian Luar Sweden memaklumkan yang Greta mula mengalami Dehidrasi. Kelaparan kerana diberi kurang makanan dan air.. Beliau juga terkena ruam ruam dan bintik bintik kerana dipenjarakan dalam sel yang penuh dengan pepijat. Dia juga dipaksa duduk buat masa yang lama di atas permukaan keras
SEKSAAN DITERIMA PESERTA GSF DALAM PENJARA ISRAEL
Beberapa Peserta GSF meluahkan rasa mengenai layanan buruk Israel sewaktu mereka di dalam Penjara Ktzi'ot
1) IDF memaksa peserta Islam membuka tudung di hadapan lelaki dan merampas tudung mereka. Peserta yang tidak bertudung memberikan baju mereka untuk pastikan kami menutup aurat kata Aktivis Türkiye, Semanur Sonmez
2) Duduk Berlutut selama 5 Jam tanpa henti dengan tangan diikat dengan Ziptied kerana beberapa peserta melaungkan Free P
3) Peserta tidak diberi makanan air dan ubat ubatan serta dilayan seperti binatang kata Hazwani Helmi
4) Peserta dan pembaca berita Türkiye, Ikbal Gurpinar menyatakan yang IDF biarkan mereka kelaparan selama 3 hari. Biarkan mereka kehausan dalam sel penjara yang sangat sangat panas. Ada peserta termasuk dia terpaksa minum air tandas atau jamban. Dia mula faham penderitaan rakyat Gaza yang ditahan
5) Dihalang daripada bertemu dan berhubung dengan peguam. Proses imigresen dijalankan tanpa sebarang kehadiran peguam
6) Kelihatan tulisan dengan darah di dinding penjara. Termasuk tulisan seorang ibu yang menulis senarai nama anak anaknya dengan darah di dinding penjara. Sekaligus dia mengetahui apa yang banduan Palestin alami, lalui dan rintihan mereka di dalam penjara itu kata Aycin Katoglu, Aktivis Türkiye
7) Peserta Maghribi, Yassine Benjelloun memaklumkan mereka hanya diberikan air selepas 32 Jam. Warden penjara akan masuk ke dalam sel setiap 2 Jam bersama anjing pemburu untuk pastikan mereka tidak tidur. Penembak Hendap mengacukan senjata mereka untuk menakutkan peserta di dalam sel penjara
7) Iylia Balqis menyatakan para peserta dimasukkan ke dalam sangkar di bawah matahari terik menyebabkan mereka kepanasan dan lemah. Mereka juga tak diberikan air ketika itu. Banduan yang bertudung tidak dibenarkan memakai tudung. Peserta tak diberikan ubat ubatan dan ketika mereka merayu. Warden berkata selagi dia belum mati maksudnya dia ok.