Selain doakan semoga Pasukan Pejuang Palestin menang lawan IDF di Gaza
Korang doakan jugak bantuan kemanusiaan dapat masuk dengan cepat dan mencukupi ke Gaza
Terutama di Utara Gaza yang dah lama tak dapat bantuan langsung
Selatan dan Tengah Gaza dapat jugak sikit
Rakyat Gaza skrg memang menderita. Hilang ahli keluarga, lapar, haus, takda rumah dah dan macam macam lagi
Aku yakin ada di antara follower aku ni yang mungkin doanya mudah dimakbulkan Allah
Doa jelah sbb Doa ialah Senjata Orang Mukmin
TERKINI
MESIR BENARKAN SEMUA BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA TANPA PEMERIKSAAN ISRAEL
Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth memaklumkan bahawa Mesir sudah memberitahu PBB dan Israel bahawa semua bantuan kemanusiaan kini boleh memasuki Gaza melalui Lintasan Rafah tanpa perlu diperiksa oleh Israel
Israel tidak lagi dibenarkan untuk memeriksa semua bantuan kemanusiaan yang melalui Lintasan Rafah di Mesir ke Gaza
Kesemua pemeriksaan bantuan kemanusiaan kini hanya akan dijalankan Kerajaan Mesir sendiri tanpa pemeriksaan dari Israel atau mana mana organisasi antarabangsa
Tindakan ini untuk memastikan bantuan kemanusiaan lebih cepat dan banyak masuk ke Gaza susulan krisis meruncing di Gaza ketika ini kerana proses birokrasi dan dokumentasi dapat dikurangkan
Sedar tak sedar dah 100 Hari Perang Tufan Al Aqsa atau Perang Israel Palestin 2023-2024 bermula dan berjalan
Palestin kekal berdiri. Gaza masih ada. Pasukan Pejuang Palestin masih kental dan membunuh dan menghantui satu demi satu Tentera Israel di setiap detik pertempuran
Walaupun dunia hanya melihat mereka menderita dan terseksa dan hanya mampu memberi simpati atau bantuan kemanusiaan untuk mereka terus menghadapi neraka perang ini
Walaupun mereka dihimpit dan diserang dari setiap penjuru
Walaupun satu persatu nyawa mereka, ahli keluarga, sanak saudara dan rakan seperjuangan gugur depan mata atau tanpa nisan ditanda. Walaupun harta benda hilang dan kini hanya berbumbungkan langit berlantaikan bumi
Tidak pernah sekali mereka tinggalkan Nikmat Iman yang Maha Esa berikan
Tidak pernah sekali mereka tidak bersyukur dengan apa yang terjadi meskipun tiada lagi perkataan untuk menggabarkan betapa sebak, pilu, kecewa menyebelungi hati
Tidak pernah sekali mereka lari atau berundur dari perjuangan ini.
Tidak pernah sekali mereka terasa Allah meninggalkan mereka
Kerana mereka tahu mereka insan atau rakyat Pilihan Allah untuk membebaskan Al Aqsa dan membuktikan Janji-Nya itu benar. Walaupun perlu berkorban segala galanya
Semoga perang ini menjadi perang yang membenarkan kata kata ini
DARI SUNGAI KE SEGARA
PALESTIN PASTI MERDEKA
JANJI ALLAH ITU BENAR. DAN ALLAH TIDAK PERNAH MEMUNGKITI JANJI
KEMENANGAN UNTUK PARA PEJUANG
KEMENANGAN UNTUK PALESTIN
KEMASKINI
Jam 11 Malam tadi
Pasukan Briged Al Qassam membunuh dan mencederakan sepasukan anggota IDF dalam satu pertempuran di Selatan Khan Younis, Gaza
It’s time to boycott Mekdi, yet again.
Call me childish or foolish, but I just can’t enjoy it anymore while imagining all the babies, kids, women and old people ruthlessly killed by then Israelis.
Can you?
TERKINI
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan bahawa Tentera Israel mengugut hendak meletupkan hospital yang tidak mahu memindahkan pesakitnya ke Selatan Gaza namun staf di sana enggan
Serangan roket dilancarkan pihak Briged ke Nahal Oz dan Sofa berhampiran Sempadan Gaza Israel
Kata Saidina Umar ibn al-Khattab, “Hatiku sentiasa tenang kerana mengetahui apa yang melepasiku tidak akan pernah menjadi takdirku. Dan apa yang pernah menjadi takdirku tidak pernah melepasiku.”