Cinta daripada Allah, dan ujian daripada-Nya, sememangnya tidak dapat dipisahkan.
"Apabila Allah mencintai seseorang, Dia akan mengujinya."
[Sunan Tirmizi 2396]
Jika kita berpuasa ganti, maka HARAM kita berbuka tanpa ada uzur. Kerana puasa ganti sama hukumnya dengan puasa Ramadan iaitu wajib. Justeru, tidak boleh dibatalkan tanpa uzur.
Tetapi ini tidak menyebabkan puasa ganti kita itu berganda kuantitinya.
[Rujuk al-Raudhah 2/386]
Fun facts I baca time lepak kat Beehive Honey Cafe Southkey JB :
- ada tiga type of honey bees — queen, worker and drone
- queen bees are raised, not born — nursing bees akan pilih a few newly hatched bees and feed them w royal jelly, so selected bees ni lah yg jadi queen bee.
Waalaikumussalam
Boleh, waktu qiyamullai tamat bila terbit fajar (Subuh).
Namun, waktu afdal adalah pada 1/3 malam kerana Allah turun ke langit dunia pada waktu tersebut.
I ada nampak satu doa ni, bila pergi mana-mana tempat kita singgah tak kisah dewan ke, homestay, hotel, R&R.
Mana-mana tempat yang kita pergi, kita singgah tak lama sehari ke 2 jam ke 3 hari ke.
Baca doa ni..
Hidup jika terasa kusut dengan kerisauan, bangun sedikit awal dari waktu subuh. Sebutkan istighfar, dan berdoa minta apa yang kita inginkan. Ini semua amalan yang sangat baik.
Jika kita bangun subuh lewat, maka bangun awal untuk subuh dahulu. Hidup kita bakal berubah. Cubalah.
I tak kisah orang nak mengata anak i 4 tahun belum pandai ABC, 123, alif ba ta pe semua. Sbb bagi i apa yg crucial nak kene tanam waktu dia kecik ni adalah common sense, communication, dgn adab sopan. I tak paksa langsung dia hafal huruf2 tu.
TERKINI
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Khaled Nordin mengesahkan 2 buah Pesawat A-400M TUDM digerakkan ke Kaherah, Mesir bagi membawa rakyat Palestin di Gaza yang tercedera bagi dirawat di Malaysia
TERKINI
KESEDIHAN SEORANG BAPA YANG TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN DENGAN KATA KATA
Seorang bapa di Gaza, Mohammed Abu Al Qusman baru sahaja mendapat anak kembar lelaki iaitu Asser dan Aysel
Selepas kelahiran dua anaknya. Beliau segera menyelesaikan pendaftaran surat beranak anaknya dan dalam perjalanan pulang rumahnya dibom Israel menyebabkan 2 anaknya gugur bersama isterinya dan juga ibunya di Deir Al Balah Gaza
Ketika mengetahui berita itu beliau masih memegang surat beranak yang baru didaftarkannya
Dia turut menjadi Imam untuk Solat Jenazah bagi kedua dua anaknya
Membaca al-Quran bukanlah suatu beban bahkan kerehatan. Jangan terlepas dari membaca al-Quran dalam hari-hari kita.
Kita akan rasa perubahan ke arah kebaikan apabila hidup dengan al-Quran. Ayuh.
Untuk mengurangkan rasa lazatnya dunia, banyakkanlah bergaul dgn org susah.
Bila jumpa ramai org susah, kita akan rasa betapa beruntungnya hidup kita ni sebenarnya.
Antara kasih sayang Allah kepada hambaNya adalah Dia mengajarkan kita bahawa syaitan itu berbahaya, dan Dia ajarkan kepada kita cara untuk menjauhinya.
Doa ini sebagai buktinya.