Sudah separuh dari tahun 2026 telah berlalu pergi.
Harini 1 Julai, sudah masuk separuh yang kedua.
Pastikan kita sentiasa tambah skill baru terutamanya yang berkaitan internet dan media soaial.
ADAB BAKAR SAMPAH
Bakar sampah dapat halau nyamuk dan mengurangkan semak sampah.
Tapi...jangan timbulkan kemarahan jiran dan mak-mak yang sidai pakaian dengan membakarnya di waktu pagi. Sebaiknya bakar pada waktu petang kerana masa tu orang dah angkat kain.
#nota_fay#adab#jiran
Sambil-sambil memandu ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah, jangan lupa untuk memperbanyakkan SELAWAT ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad
اللهم صل على سيدنا محمد و على آل سيدنا محمد
Maka para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah SAW adakah bagi kami ganjaran jika kami berlaku baik pada haiwan?”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :“(Berbuat baik) Setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala”.
[Riwayat al-Bukhari (2363)]
Keutamaan Berbuat Baik Kepada Haiwan
Seorang lelaki telah memberi minum kepada anjing yang kehausan dengan mengambil air dari dalam perigi menggunakan kasutnya. Lalu, anjing itu bersyukur dan lelaki itu diberikan keampunan oleh Allah SWT.
(sambung)
Seorang lelaki sebagai suami, ayah dan anak perlu berikan MASA BERKUALITI untuk keluarga. Di dalamnya ada perbincangan bermanfaat, gelak tawa, main bersama, pelukan kasih sayang dan luahan hati.
Seorang lelaki perlu menghafal sebanyak mungkin ayat Al-Quran. Terutamanya surah-surah lazim dari juzuk 30.
Sebab bila-bila masa kita akan ditolak kehadapan untuk menjadi imam.
Takkan nak lari ke belakang. Seorang lelaki handal mesti boleh mengimami solat.
Mulakan hari kita dengan KEMENANGAN kecil.
🥱 Bangun tidur awal.
🛌🏻Kemas tempat tidur.
💦Mandi dengan air yang sejuk.
🧹Menyapu sampah di pejabat.
🗑️ Buang sampah
#nota_fay#motivasi#win#kemenangankecil#lelakihandal
BERDOA
Kalau kita ada apa-apa HAJAT yang kecil atau besar, tadahlah tangan dengan hati penuh pengharapan. BERDOA kepada tuhan yang Maha Berkuasa.
Allah akan makbulkan pada MASA dan TEMPAT yang sesuai dan terbaik.
#nota_fay#doa#motivasi
Banyakkan SENYUM.
Senyum pada IBU AYAH.
Senyum pada ISTERI.
Senyum pada ANAK.
Senyuman adalah kata-kata yang BAIK tanpa huruf.
Baginda Rasulullah selalu senyum.
Always SMILE 😊☺️
#nota_fay#senyuman#sunnah#penampilan#imej#lelakihandal
Orang lelaki perlu memakai pakaian yang CANTIK dan BERSIH walaupun masih miskin. Jangan tunggu kaya.
Sesungguhnya Allah itu Maha Cantik dan Allah menyukai kecantikan.
#nota_fay#penampilan#imej#lelakihandal
Amalan harian
1) Istighfar 100 kali
2) Selawat 100 kali
3) Zikir Lailahaillallah 100 kali
Tak mampu, kurangkan sikit jadi 30 kali.
Tak mampu juga, kurangkan sikit lagi, jadi 10 kali.
Tak mampu juga? Tanda terlalu lalai sangat dengan kehidupan.
Tiada istilah bekas guru.
"Yang namanya guru, selamanya guru, tidak ada bekas guru saya, mantan guru saya .... kerana hubungan ilmu tetap ada sampai bila², ilmu yang beliau curahkan mengalir di dalam kita ....".
~Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam~
#nota_fay#guru#ilmu
Orang yang KEDEKUT ialah orang yang apabila mendengar nama Rasulullah ﷺ , dia tak berselawat.
Ringankan lidah untuk berselawat apabila mendengar nama Rasulullah ﷺ disebut.
#nota_fay#spiritual#kerohanian#selawat
Tips supaya INGAT pelajaran.
1) Sebelum kelas: Ulangkaji dan BACA DULU tajuk yang akan dipelajari.
2) Semasa kelas: Bagi FOKUS pada penyampaian guru.
3) Selepas kelas: Ulangkaji dan BACA SEMULA tajuk yang telah dipelajari.