Merdeka bukan sekadar mengenang sejarah.
Ia adalah amanah untuk kita terus menjaganya, membina dan mengangkat martabat Malaysia daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Kita warisi sebuah negara. Tanggungjawab kita adalah untuk menjadikannya lebih baik.
Selamat Hari Kebangsaan Ke-69, Malaysia!
#HariKebangsaan #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
πππππππ! πππππππ! πππππππ! π²πΎ
Hari ini saya dan rakan-rakan Jemaah Menteri bersama-sama YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meraikan Sambutan Hari Kebangsaan bersama lebih 140,000 rakyat Malaysia yang membanjiri Dataran Putrajaya.
Sambutan penuh bermakna ini turut diserikan dengan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Cukup meriah dan luar biasa!
Bergegar Dataran Putrajaya dengan laungan semangat kemerdekaan, kibaran Jalur Gemilang dan semangat patriotisme rakyat daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Inilah wajah Malaysia yang kita cintai. π²πΎ
Lebih membanggakan saya, kontinjen Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), telah diberi penghormatan mengetuai Kontinjen Ekonomi dalam perbarisan Hari Kebangsaan pada tahun ini.
Satu penghormatan yang cukup bermakna buat seluruh warga KESUMA. Syabas kepada seluruh kontinjen PERKESO yang tampil penuh bersemangat dan membawa nama KESUMA dalam sambutan bersejarah ini. Anda telah membawa bersama aspirasi jutaan pekerja yang menjadi antara tunjang utama kekuatan dan kemajuan ekonomi negara.
Tahniah dan syabas juga kepada semua peserta, petugas serta sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini berlangsung dengan begitu meriah dan penuh bermakna.
Terima kasih kepada lebih 140,000 rakyat Malaysia yang hadir bersama-sama hari ini. Semangat anda cukup luar biasa!
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan! π²πΎ
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
#HariKebangsaan2026 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #YangBerkhidmatRamanan
ππππππππ-ππππππππ ππππππππ πππππππππ ππππππ πππππ πππ ππππ
Semasa berlangsung Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM) di Bangkok, saya telah mengadakan pertemuan bersama Menteri Buruh Thailand, T.Y.T Julapun Amornvivat bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Thailand dalam bidang tenaga kerja.
Antara perkara yang diberikan perhatian adalah kebajikan dan perlindungan pekerja, usaha memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang pekerja Thailand serta kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Kami turut membincangkan potensi memperluas kerjasama TVET melalui pertukaran pelajar dan tenaga pengajar, latihan industri serta program peningkatan kemahiran dalam bidang TVET digital, kemahiran hijau, pembuatan pintar dan keselamatan siber.
Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan yang erat sebagai negara jiran. Hubungan ini perlu terus diterjemahkan kepada kerjasama yang memberi manfaat nyata kepada pekerja, industri dan ekonomi kedua-dua negara.
KESUMA akan terus memperluas kerjasama strategik di peringkat serantau bagi membuka lebih banyak ruang pembangunan kemahiran dan memastikan tenaga kerja negara kekal berdaya saing dalam menghadapi perubahan dunia pekerjaan.
#KESUMA #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #ALMM29 #YangBerkhidmatRamanan
πππππππππππ ππ πππππππππ πππππ ππ πππππππππ ππππππ
Hari ini saya mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Campur Tiga Ke-14 di Bangkok, Thailand yang menghimpunkan Menteri-Menteri Buruh dari negara-negara ASEAN bersama China, Jepun dan Republik Korea.
Dalam mesyuarat tersebut, saya telah menegaskan bahawa masa depan tenaga kerja ASEAN bergantung kepada sejauh mana kita mampu memastikan kemahiran yang dimiliki rakyat bukan sahaja relevan dengan keperluan industri, tetapi turut diiktiraf dan diterima di peringkat antarabangsa.
Malaysia menggariskan tiga keutamaan utama iaitu memperkukuh pensijilan bersama dan penyelarasan kelayakan TVET; memperluas pemindahan teknologi serta peningkatan kemahiran tenaga pengajar; serta membangunkan program latihan bertaraf dunia dalam bidang masa hadapan seperti kecerdasan buatan, kenderaan generasi baharu dan robotik.
Kita mahu tenaga mahir yang dilatih dan memperoleh kelayakan di Malaysia serta negara-negara ASEAN mempunyai kemahiran yang diyakini industri, diiktiraf merentas sempadan dan membuka peluang lebih luas untuk mereka membina kerjaya serta bersaing di pentas dunia.
Kerjasama bersama China, Jepun dan Republik Korea amat penting untuk mempercepat usaha ini melalui perkongsian kepakaran, teknologi dan amalan terbaik.
Kerjasama ini bukan sekadar mengenai pengiktirafan sijil, tetapi tentang masa depan dan nilai tenaga kerja kita.
Malaysia akan terus memainkan peranan aktif bersama negara-negara ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea untuk memastikan tenaga kerja kita mempunyai kemahiran yang relevan, kelayakan yang diyakini serta keupayaan untuk bersaing di mana sahaja.
Kita mahu bakat ASEAN bukan sekadar memenuhi keperluan dunia pekerjaan masa hadapan, tetapi menjadi antara tenaga mahir terbaik yang menjadi pilihan dunia.
#KESUMA #ASEAN #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
ππππππππ πππππππ πππππ-πππππ πππππππ πππππ πππ πππππ ππππππππ πππ
Seusai Sesi Pembukaan Mesyuarat Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM), saya bersama rakan-rakan sejawat telah menghadiri sesi luncheon yang diadakan bersempena mesyuarat tersebut anjuran Kerajaan Thailand selaku tuan rumah mesyuarat kali ini.
Dalam kesempatan itu, saya turut mengadakan perbincangan lebih mendalam bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), T.Y.T. Gilbert F. Houngbo, khususnya mengenai isu-isu semasa berkaitan pembangunan tenaga kerja, masa depan pasaran buruh serta usaha memperkukuh perlindungan dan kebajikan pekerja.
Pertemuan ini juga membuka ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai cabaran dunia pekerjaan yang semakin dinamik serta bagaimana kerjasama antara Malaysia dan ILO dapat terus diperkukuh dalam memastikan pembangunan tenaga kerja yang lebih mampan, berdaya saing dan inklusif.
#KESUMA #ALMM #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan
ππππππππ πππππππππ ππππππππ πππππ πππππππππππ πππππ πππππ πππππ
Saya telah tiba di Bangkok, Thailand bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM) dengan tema βAdvancing ASEAN Human Capital: Skills Certification towards Global Recognitionβ.
Pembukaan mesyuarat ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Thailand, T.Y.T Anutin Charnvirakul dan telah menghimpunkan Menteri-Menteri Buruh negara anggota ASEAN dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), T.Y.T Gilbert F. Houngbo.
Saya juga telah bertemu dan bertukar pandangan bersama rakan-rakan sejawat saya dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Myanmar, serta Ketua Pengarah ILO, T.Y.T Gilbert F. Houngbo.
Mesyuarat ini membuka ruang untuk kami berkongsi pandangan mengenai perkembangan dunia pekerjaan, cabaran pasaran buruh serta usaha untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang pembangunan kemahiran serta memastikan kebajikan, perlindungan dan masa depan pekerja terus diberikan keutamaan.
Saya berharap Mesyuarat ALMM Ke-29 kali ini dapat menghasilkan kerjasama yang lebih erat dan tindakan yang lebih berkesan dalam mendepani perubahan dunia pekerjaan, khususnya melibatkan perlindungan sosial, pembangunan kemahiran, produktiviti serta perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).
Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam agenda perburuhan ASEAN. Kepentingan negara dan pekerja Malaysia akan terus saya bawa dan pertahankan, sambil kita bekerjasama dengan negara-negara serantau untuk membina pasaran buruh ASEAN yang lebih inklusif, berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan.
#KESUMA #ASEAN #ALMM29 #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #YangBerkhidmatRamanan See less
π₯[SIARAN MEDIA]
HIGH-LEVEL BILATERAL MEETING BETWEEN HON. DATOβ SRI RAMANAN RAMAKRISHNAN MINISTER OF HUMAN RESOURCES MALAYSIA AND HON. JULAPUN AMORNVIVAT MINISTER OF LABOUR THAILAND
Putrajaya | 28 Ogos 2026 | Jumaat
#KESUMA#BilateralMeeting#Malaysia#Thailand
πππππ ππππππππ πππππ
Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita menghayati sirah serta meneladani akhlak mulia dalam kehidupan seharian.
Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, nilai kasih sayang, keadilan, kesederhanaan dan sikap saling menghormati amat penting untuk terus kita suburkan demi memperkukuh perpaduan dan keharmonian negara.
Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menyemarakkan rasa cinta serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam membina Malaysia MADANI yang aman, sejahtera dan bersatu padu.
#MaulidurRasul #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
πππππππππ πππ πππππππππ, ππππππππ ππππ ππππππππππ ππ πππππ πππππ π²πΎ
Saya meluangkan masa bersama warga Putra Hills, Bukit Rahman Putra sempena Program Kesihatan Hari Kebangsaan yang berlangsung di Taman Permainan Putra Hills, BRP 2.
Turut bersama ialah Ahli Majlis, Encik Hary Abu dan saya amat berbesar hati disambut mesra oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Putra Hills, Puan Maria Wong serta seluruh warga setempat.
Program seperti ini bukan sekadar menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif, tetapi turut menjadi ruang untuk kita mengeratkan hubungan sesama jiran tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
Inilah semangat Hari Kebangsaan yang perlu terus kita tingkatkan rakyat yang sihat, komuniti yang kuat dan masyarakat yang bersatu.
Tahniah dan terima kasih kepada Puan Maria Wong, seluruh jawatankuasa Persatuan Penduduk Putra Hills serta semua yang menjayakan program ini.
Semoga semangat kebersamaan ini terus mekar dan menjadikan Sungai Buloh sebuah komuniti yang lebih sihat, harmoni dan bersatu padu. π²πΎ
#SungaiBulohPrihatin #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
ππππππ πππππππππππ πππππππ ππππ-ππππ πππππππ ππππ ππππππ πππππ π²π²πΎ
Saya mengambil kesempatan menyantuni penduduk Kampung Baru Sungai Buloh dalam program anjuran JPKK Kampung Seri Sungai Buloh.
Lebih bermakna, saya turut berkesempatan menyerahkan basikal secara percuma kepada kanak-kanak di sini serta berkongsi sedikit kegembiraan dengan memberikan duit raya kepada adik-adik sekalian.
Melihat senyuman dan keterujaan mereka menerima basikal cukup menggembirakan saya. Semoga pemberian kecil ini membawa keceriaan dan menjadi kenangan manis buat mereka. β€οΈ
#SungaiBulohPrihatin #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan
πππππππ ππππ ππππππππππ πππππππ πππππ πππππππ ππππππ ππππππ π²πΎ
Hari ini saya mengambil kesempatan untuk menyantuni warga Kampung Melayu Subang sempena Karnival Hari Kebangsaan anjuran JPKK Kampung Melayu Subang.
Suasana cukup meriah dengan kehadiran masyarakat setempat daripada pelbagai peringkat usia yang bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara.
Saya juga mengambil peluang untuk mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Melihat wajah ceria mereka menerima sedikit tanda ingatan ini sememangnya antara momen yang paling menggembirakan sepanjang program.
Tahniah dan syabas kepada Pengerusi JPKK merangkap Ketua Kampung Melayu Subang, saudara Azizi bin Aziz atau Tok Azizi, bersama seluruh jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan karnival ini.
Semoga semangat kebersamaan dan perpaduan seperti ini terus menjadi kekuatan komuniti kita.
Selamat menyambut Bulan Kebangsaan. Merdeka! π²πΎ
#SungaiBulohPrihatin #Merdeka #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
ππππππ π ππππ ππππππππππππ ππππππ, πππππππππ πππ πππππππ πππππππππ ππππππ
Hari ini, saya bersama Timbalan Menteri, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan serta kepimpinan tertinggi KESUMA berkunjung ke Kementerian Kewangan bagi menghadiri Mesyuarat Bersama Menteri Kewangan II berkaitan Belanjawan 2027.
Pertemuan ini penting bagi memastikan keutamaan dan keperluan tenaga kerja negara diberikan perhatian sewajarnya dalam penyediaan Belanjawan 2027.
Antara fokus utama yang dibawa KESUMA ialah memperluas perlindungan sosial yang lebih inklusif dan menyeluruh, selain memperkukuh pembangunan bakat negara melalui TVET, latihan kemahiran berasaskan keperluan industri dan teknologi masa hadapan serta inisiatif khusus bagi memperkasa komuniti India.
KESUMA akan terus memastikan setiap perancangan yang dibawa bukan sekadar angka dalam Belanjawan, tetapi diterjemahkan kepada peluang pekerjaan yang lebih baik, perlindungan yang lebih kukuh dan masa depan yang lebih terjamin untuk rakyat Malaysia.
#KESUMA #Belanjawan2027 #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
ππππππππππ ππππππ ππππ πππππππππ ππππππππ, πππππ ππππππππ ππππ πππππππππππππ ππππππ
Pada 17 Julai yang lalu, saya telah menyatakan pendirian yang jelas untuk menolak dan menghentikan cadangan pembangunan pusat data di Kota Damansara kerana proses tersebut tidak melibatkan sesi libat urus yang menyeluruh khususnya bersama penduduk yang tinggal di kawasan sekitar.
Namun, saya ingin menegaskan pendirian saya sejak awal bukanlah untuk menolak pembangunan atau pelaburan. Apa-apa pembangunan berskala besar yang berpotensi memberi kesan kepada kehidupan penduduk setempat perlu dilaksanakan secara telus, bertanggungjawab, dan mengambil kira pandangan serta suara rakyat. Rakyat berhak didengar sebelum keputusan yang memberi kesan kepada kawasan tempat tinggal mereka dilaksanakan.
Hari ini, saya telah menerima makluman terkini daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bahawa pihak pemaju telah menarik balik permohonan kebenaran merancang bagi cadangan pembangunan pusat data berkenaan.
Saya menyambut baik perkembangan ini. Ini membuktikan bahawa apabila rakyat menyuarakan kebimbangan yang berasas dan kita sebagai wakil rakyat membawa suara tersebut kepada pihak berkuasa, pandangan rakyat boleh menghasilkan tindakan.
Pada masa yang sama, saya mengambil maklum bahawa menurut pihak perunding, penarikan balik permohonan tersebut adalah bagi membolehkan pemaju menilai semula kebolehlaksanaan tapak serta komponen pembangunan supaya lebih ekonomik, mampan dan bersesuaian dengan pembangunan di kawasan sekitarnya.
Justeru, sekiranya terdapat sebarang cadangan atau permohonan berkaitan pembangunan di Sungai Buloh, pendirian saya kekal jelas, harus ada libat urus bersama penduduk dan semua pemegang taruh mesti dilaksanakan terlebih dahulu.
Saya akan terus mengikuti perkembangan perkara ini dan memastikan kepentingan serta suara rakyat Kota Damansara terus dipertahankan.
#SungaiBulohPrihatin #YangBerkhidmatRamanan #KotaDamansara #DataCenter
ππππ πππππππ, πππππππππππππ πππππππ πππππππ π²πΎ
Hari ini saya bersama keluarga besar KESUMA dalam Majlis Perhimpunan Bulanan KESUMA dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2026.
Bagi saya, kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah atau mengibarkan Jalur Gemilang. Dalam konteks dunia pekerjaan, jiwa merdeka bermakna pekerja dilindungi, hak dan maruah mereka dipertahankan, mempunyai peluang meningkatkan kemahiran, memperoleh pendapatan yang lebih baik serta menikmati masa depan yang lebih terjamin.
Itulah perjuangan KESUMA.
Kita telah melaksanakan pelbagai usaha untuk rakyat. Sekarang, kita perlu memastikan setiap dasar, program dan inisiatif itu diterjemahkan kepada hasil yang benar-benar dapat dilihat, dirasai dan dinikmati oleh rakyat, khususnya golongan pekerja.
Terima kasih kepada seluruh Warga KESUMA atas komitmen dan kerja keras selama ini.
Teruskan amanah ini dengan dedikasi dan keikhlasan demi pekerja, majikan dan negara.
Semarakkan jiwa merdeka dalam setiap tugas kita.
π²πΎ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
#KESUMA #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan