Peringatan untuk semua supaya berhati-hati dan mengelakkan diri daripada berkunjung ke klinik ini kerana caj yang dikenakan sangat melampau dan tidak masuk akal.
Saya hanya datang untuk sesi konsultasi, rawatan titisan atau drip, dan menerima satu jenis ubat, namun jumlah yang dicaj mencecah RM600.
Sebagai perbandingan, kos rawatan kecemasan di hospital swasta terkemuka seperti KPJ yang merangkumi suntikan dan rawatan penuh biasanya hanya sekitar RM350 sahaja.
Lebih mengecewakan, resit yang dikeluarkan langsung tidak profesional dan kelihatan seperti nota kedai perkakasan.
Malah, pihak klinik juga sangat biadap apabila membalas ulasan satu bintang daripada pesakit di platform dalam talian.
Tindakan mengambil kesempatan ini perlu dilaporkan segera kepada Tribunal Pengguna dan KPDN supaya pihak pengurusan klinik diberi pengajaran sewajarnya.
Kredit : lyyynnnnd