Repair rumah pun dah telan beberapa riban. Tacoddd. Nak ambil contractor harga murah takut peristiwa lama berulang kembali. Redah jela asalkan kerja cantikss. Nasib baiklah laki paksa simpan duit utk hal2 rumah mcm skrg ni kalau tak sesak gak 😮💨
Masalah akan sentiasa ada.
Tapi ketika diucapkan Allahuakbar ketika takbiratul ihram, hati mula belajar untuk tak memikul semuanya sendiri.
Kita letakkannya di sisi. Kita serahkannya kepada Tuhan.
Mungkin masalah tak terus selesai.
Tapi kita sedar siapa Yang Maha Menguruskan.
Bila geram dengan perangai pasangan, ingat hadis ini:
"Janganlah seorang mukmin (suami) membenci seorang mukminah (isteri).
Jika dia tidak menyukai salah satu perangainya, maka dia pasti akan reda dengan perangainya yang lain."
[Sahih Muslim 1469]
Panduan Niat Puasa Enam Syawal & Puasa Qada
Rebutlah ganjaran besar yang dijanjikan bagi mereka yang berpuasa enam hari di bulan Syawal, sebagai kesinambungan ibadah selepas Ramadan.
Semoga perkongsian ini membantu dan memudahkan urusan ibadah kita semua.
#ustazwadiannuar #uwakongsi
Satu adat kita yang kurang baik—bila wanita terpaksa tinggal di rumah untuk menyediakan makanan.
Jangan.
Pergi ke masjid. Rasai suasana Hari Raya. Bertakbir bersama-sama.
Syiar pada hari ini adalah untuk bergembira.