Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang ancaman, cabaran atau tuntutan yang mengganggu perjalanan normal sistem badan.
❗️Stres yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan, mengganggu perasaan, produktiviti, perhubungan dan kualiti hidup.
❤️Ayuh ikuti kaedah 10B untuk tangani stres. Anda juga boleh hubungi Talian HEAL di 15555 untuk dapatkan perkhidmatan tele-kaunseling dan sokongan psikososial.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Masalah pendengaran👂🏻 yang disebabkan bunyi bising berlaku setelah kita terdedah pada bunyi bising 🔊 pada jangka masa dan tahap bunyi berlebihan.
⚠️ Jika anda mengalami tanda-tanda masalah pendengaran, sila dapatkan khidmat nasihat daripada pegawai audiologi atau doktor bertauliah.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.
Ia adalah masalah kronik yang boleh mengakibatkan kerosakan banyak organ penting tubuh bergantung kepada tahap kawalan gula dalam darah.
Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf seperti dikongsikan.
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapkan diabetes, pastikan kepatuhan kepada perawatan serta jadual pemeriksaan berkala yang diberikan.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
Semasa membeli bahan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya, kita diingatkan agar sentiasa membeli secara selamat 👍🏻
Kita juga disarankan untuk merancang urusan pembelian barangan terutamanya barangan mentah 🥕🥚🍗 sama ada kering mahupun basah. Ianya penting agar tidak berlakunya percampuran di antara bahan mentah kering dan basah sehingga boleh mengakibatkan keracunan makanan.
‼️ Jom ikuti tip membeli bahan makanan secara selamat.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun.
Dikongsikan 7️⃣ langkah mencuci tangan dengan betul.
Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.
✅ Amalkan membasuh tangan dengan betul.
✅ Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
🔍 Mitos vs Fakta: Ubat Mata 🧐
Mitos: "Semua ubat mata sama saja."
Fakta: Setiap ubat mata mempunyai bahan aktif yang berbeza untuk tujuan tertentu. Jangan gunakan ubat mata tanpa mengetahui fungsi sebenar.
👁️ Kesihatan mata anda adalah keutamaan. Jom sama-sama sebarkan kesedaran ini! 💙
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia