Sekitar Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT).
Semoga segala perancangan dan keputusan yang dipersetujui dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya seterusnya memperkukuh peranan LTAWNT dalam mengurus amanah serta aset warisan negeri secara berintegriti, mampan dan berdaya maju demi manfaat rakyat Terengganu.
๐ ๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐๐
1. Ada orang yang dakwa bahawa yang memecah-belah orang Melayu ialah saya.
2. Memang benar saya keluar dari UMNO kerana UMNO sudah menyeleweng โ berjuang untuk wang dan bukan untuk bangsa, negara dan agama.
3. Saya keluar dari UMNO untuk tubuh parti Melayu supaya mereka yang kecewa dengan UMNO dibawah Najib kepada parti Bersatu yang ditubuh. Ini akan mengekal orang Melayu dalam satu parti yang mengganti UMNO.
4. Tetapi ramai orang UMNO pilih untuk kekal dalam UMNO.
5. Ramai yang tuduh saya memecah-belah orang
Melayu.
6. Apabila UMNO tukar haluan dan berjuang untuk memperkayai diri saya tidak lagi dapat bersama UMNO.
7. Saya keluar untuk tubuh parti ganti UMNO.
8. Tetapi ramai ahli UMNO pilih untuk terus dengan UMNO.
9. Jadi Parti Bersatu tidak dapat ganti UMNO sebagai parti Melayu yang perjuangkan bangsa, negara dan agama. Dalam PRU 14 Parti Bersatu cuma menang 13 kerusi.
10. Maka berlakulah perpecahan dikalangan orang Melayu kerana sokongan kepada UMNO diteruskan.
11. Ya. Ini bermakna perpecahan dikalangan orang Melayu.
12. Ramai yang terus berada dalam UMNO tidak ambil kira perubahan perjuangan UMNO. Dari parti Kebangsaan UMNO sudah jadi parti untuk mendapat kekayaan.
13. Ramai juga yang keluar dari UMNO tetapi mereka tidak menyertai Bersatu.
14. Maka berpecahlah orang Melayu. Jika majoriti mereka sertai Bersatu maka perpecahan dikalangan orang Melayu tidak akan berlaku.
15. Jika Bersatu tidak ditubuh perpecahan akan berlaku juga kerana terdapat beberapa parti lain ditubuh. Dengan menyertai parti-parti lain ini orang Melayu terus berpecah.
16. UMNO menang lawan British dahulu bukan kerana namanya UMNO. Kemenangan orang Melayu dahulu kerana mereka bersatu dalam UMNO.
17. Jika pada masa itu banyak parti ditubuh maka orang Melayu akan berpecah. Mereka tidak mungkin kalahkan British.
18. Hari ini pun bukan parti UMNO yang memberi kekuatan kepada orang Melayu. Yang memberi kekuatan ialah perpaduan.
19. Sebab itu Payung Besar ditubuh supaya semua orang Melayu berada dalam satu organisasi. Dan mereka mungkin menang PRU.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
7 April 2026
Minggu keempat Sidang Parlimen Mesyuarat Pertama 2026 diteruskan dengan isu-isu utama yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional merangkumi perkara-perkara yang menyentuh secara langsung kebajikan rakyat dan kecekapan tadbir urus negara.
Dalam sektor kesihatan, perhatian diberikan kepada langkah pencegahan kluster tibi yang memerlukan pendekatan lebih proaktif dan menyeluruh. Turut dibangkitkan ialah perancangan Kerajaan untuk mewujudkan Majlis Latihan Kepakaran Perubatan bagi memperkemas penyelarasan antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, isu Akta Optometris serta penjualan kanta lekap kosmetik secara dalam talian turut dipersoal berikutan kebimbangan terhadap keselamatan dan kesihatan mata pengguna.
Persoalan berkaitan Dasar Kanak-Kanak Negara (DKN) sebagai instrumen penting turut dibangkitkan dalam memastikan kebajikan, perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanak terus terjamin. Isu pembinaan pasar awam yang tergendala akibat proses pertandingan reka bentuk di bawah KPKT juga dibangkitkan, memandangkan keperluan mendesak rakyat dengan kemudahan tersebut.
Apa yang paling penting, perkara-perkara yang dibangkitkan ini akan diberi perhatian serius oleh pihak berkaitan demi kepentingan rakyat dan kelangsungan tadbir urus yang lebih berkesan.
Perbincangan bersama Menteri-Menteri Besar SG4 dalam suasana yang santai, harmoni dan penuh keterbukaan.
Insha-Allah, kerjasama SG4 ini masih berjalan seperti biasa dengan matlamat yang sama.
Kita teruskan komitmen sedia ada dan agenda bersama terus digerakkan demi kepentingan negeri-negeri terlibat serta kesejahteraan rakyat.
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), komitmen berterusan melalui perbincangan dan keputusan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri.
Turut berlangsung Majlis Angkat Sumpah YBrs. YM Dr. Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Ibrahim sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. Tahniah atas pelantikan ini, semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, insha-Allah.
Saksikan perbahasan Titah Diraja oleh Ahli Parlimen Marang, YB Tan Sri Datoโ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada selasa, 27 Januari 2026 pada jam 12.15 tengah hari.
Minda Presiden PAS
TAโAWUN SIYASI SATU PENYELESAIAN
PAS pernah bertahaluf dengan Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) ketika meletusnya peristiwa 13 Mei 1969, begitu juga bertahaluf dengan Parti Semangat 46 yang berpecah daripada UMNO. Setelah itu, PAS bertahaluf bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi menentang kezaliman dan pencabulan terhadap demokrasi.
Kemudiannya, PAS bertaโawun dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam usaha pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang berkait dengan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah untuk meminda hukuman sebatan kepada cara Islam yang bersifat mendidik, bukan menyeksa.
PAS tidak boleh bekerjasama dalam membenarkan salah laku, contohnya apa yang baru sahaja berlaku di Perlis, walaupun dilakukan oleh ahli PAS sendiri dan kehilangan kerusi yang boleh menjatuhkan kerajaannya. Hal ini demikian kerana, PAS mempunyai dasar dan akar umbi yang kukuh, serta cabang yang tidak mati kalau dipotong, sebaliknya menumbuhkan tunas yang lebih banyak dan subur.
PAS tidak pernah mengkhianati perjanjian dengan semua pihak dan tidak lemah atau mundur dalam semua kerjasama dengan pihak lain. Hanya segelintir yang gugur dalam perjalanan, namun lebih ramai lagi bersama PAS apabila mereka mengenali PAS dari dekat ketika bersama, dan mereka mengiktiraf bahawa PAS beristiqamah atas prinsipnya.
Islam telah menempa sejarah keemasan dalam negara paling luas sempadan wilayahnya merangkumi tiga benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah. Malah, Islam telah berjaya mencipta tamadun Islam yang dimanfaatkan oleh seluruh dunia sehingga kini.
Maka, bangsa Melayu Islam perlu berusaha mengembalikan semula kedaulatan Islam bagi menyelamatkan dunia, kerana wilayah alam Melayu mempunyai jumlah penganut Islam terbesar, majoriti penduduknya beragama Islam, kaya dengan sumber manusia yang terdiri daripada kalangan masyarakat majmuk dan sumber alam kurniaan Allah, serta diberikan kelebihan kedudukan dari segi geografi yang strategik dalam jajaran hubungan antarabangsa.
Baca selanjutnya:
https://t.co/NoyvN8HSJB
Minda Presiden PAS
MELAYU ISLAM LAYAK MEMIMPIN MASYARAKAT MAJMUK
Kita wajib membebaskan bangsa kita daripada kejahilan agama yang mewajibkan kita bersatu menjadi bangsa yang kuat. Inilah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW yang bertindak menyatukan kabilah Arab dan semua kumpulannya.
Oleh yang demikian, kita wajib mengambil teladan daripada Rasulullah SAW ini dengan menyatukan kumpulan bangsa kita yang berpecah terutamanya, kerana perbezaan pendekatan politik bukannya perbezaan aqidah dan ideologi, khususnya antara perlembagaan PAS dengan perlembagaan UMNO.
Malangnya, perbezaan pendekatan dijadikan sebab untuk berpecah sehingga ada kalangan UMNO yang terlanjur menganggap PAS lebih bahaya daripada DAP yang nyata ekstremnya, lalu mendakap DAP dan meninggalkan PAS kerana faktor sampingan dan jawatan. Inilah satu pendekatan yang salah dari segi agama kita.
DAP dan kumpulan ekstremnya menjadikan penyertaan kalangan UMNO untuk membina kedudukan yang lebih kuat bagi mengekalkan kuasa politik mereka dalam kabinet serta melakukan tindakan politik yang membahayakan kedudukan Melayu dan Islam.
Kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem pula tidak perlu bimbang dan khuatir akan kedudukan mereka bersama Islam kerana panduan kitab suci al-Quran yang diimani lebih wajib ditunaikan daripada manifesto pilihan raya.
Demi perpaduan umat, maka Rasulullah SAW memaafkan kesalahan jenayah yang besar terhadap mereka yang terlibat melakukannya pada masa Islam belum berkuasa.
Kemaafan dan keampunan bukan sahaja diberikan kepada bangsa Arab yang memeluk Islam, bahkan kepada kaum bukan Islam yang berjanji setia bersama kerajaan Islam.
Oleh itu, keadaan ketegangan yang berlaku antara PAS, UMNO, BERSATU dan beberapa kumpulan, termasuk kumpulan bukan Islam pada masa ini adalah tidak sama dengan kezaliman yang berlaku terhadap Rasulullah SAW pada zamannya. Maka, fikirlah dengan bijak dan matang yang membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua.
Baca selanjutnya:
https://t.co/iLwHIYDiL8
Minda Presiden PAS
KABINET BERCAMPUR SELERA
Saya tidak mahu campur tangan terhadap pelbagai pihak yang membuat ulasan sama ada secara positif ataupun negatif terhadap anggota kabinet menteri atau ramuannya, sehingga menyebut salah laku dan rekod lama yang terpalit terhadap tokoh-tokoh yang dinamakan.
Mungkin sesuai dengan Malaysia Madani yang bersifat mutlak yang menjadi tabii manusia seperti air mutlak yang dibincangkan dalam kitab fiqh Islam. Bilamana hukumnya boleh berubah mengikut apa-apa yang menjadi campurannya, termasuk yang bersih tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci dan minum, walaupun harum baunya dan jernih pada zahirnya.
Memang sesuai kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) yang bersifat liberal sekular, sehingga menghilangkan ciri bangsa yang menjadi fitrah manusia dan berprinsip sekularisme yang menjadi perjuangan DAP dan dipacak dalam perlembagaannya.
Kepada Melayu Islam, sila tepuk dada tanya iman, dan kepada Melayu yang bebas pula, sila tepuk dada tanya selera.
PAS berserta kumpulan Melayu Islam dan bukan Melayu Islam tetap tidak berminat dengan hidangan yang begitu rupa kerana tidak ada sempadan halal dan haram, bahkan menjadi syubhah dan keliru hukumnya, termasuk kalangan bukan Islam juga ada yang tidak berselera dengan campuran tersebut.
Demikianlah pendekatan baharu Malaysia Madani, sangat sesuai dengan konsep agama Abraham yang dibawa oleh Donald Trump yang menjadi tetamu yang amat diraikan, membawa pendekatan perpaduan umat baharu bagi menyatukan semua agama yang sangat berbeza aqidahnya.
Baca selanjutnya:
https://t.co/Vzd1KCh23A
Sawah padi kita tak cukup luas. Maka antara strategi meningkatkan pengeluaran padi ialah menaiktaraf sistem pengairan dan saliran dalam menuju sasaran agar semua sawah padi boleh ditanam 2 kali setahun.
Alhamdulillah, rasa syukur yang sukar digambarkan bila melihat sendiri kepulangan Asmawi Mukhtar dan Ustaz Mad Kecik dari misi Global Sumud Flotilla dalam keadaan sihat dan selamat.
Mendengar kisah mereka yang penuh keberanian dan keikhlasan, hati ini tersentuh. Saya sempat bertanya khabar tentang rakan-rakan sukarelawan lain yang masih berada di ibu negara, semoga semuanya juga dalam lindungan Allah.
Terima kasih saudara Nadir Al-Nuri berkongsi perjalanan mengendalikan misi ini. Mereka bukan sekadar membawa pulang pengalaman, tapi juga semangat kemanusiaan yang luar biasa.
Catatan Duha
Rahmat Allah itu luas, salah satunya Allah menutup kelemahan kita daripada manusia. Jangan biarkan diri hanyut hingga terbuka segala rahsia dosa. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 7 Rabiul Akhir 1447, 30 September 2025 Selasa
Bersama Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Datoโ Seri Muhammad Muaโaz Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, menghadiri lawatan kerja rasmi ke Pejabat Google Malaysia.
Dalam kunjungan ini, kami telah diberikan penerangan menyeluruh mengenai perkhidmatan, ekosistem digital serta penyelesaian teknologi pintar yang ditawarkan oleh Google.
Selain itu, kami turut berpeluang meninjau sendiri pelbagai fasiliti moden dan prasarana inovatif operasi Google di Malaysia.
Semoga lawatan ini mampu membuka ruang ke arah penerokaan kerjasama strategik bersama di samping memperkukuhkan lagi transformasi digital dan teknologi pintar.
Sumud Nusantara: Jejak Kecil, Tekad Besar
โSumudโ bermaksud teguh dan tabah walau ditekan. Itulah semangat rakyat P yang kini dikongsi bersama dalam gerakan Sumud Nusantara iaitu solidariti umat dari rantau Asia Tenggara yang mengangkat isu P sebagai perjuangan sejagat.
Gerakan ini telah lama berkembang. Dari Misi Flotilla ke G sekitar 2009, solidariti besar-besaran 2014, kempen โWe Are Sumudโ di media sosial pada 2018, hingga kini membentuk jaringan Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand Selatan dan Filipina Selatan. Ia bukan sekadar emosi, tetapi berlandaskan pendidikan, diplomasi masyarakat dan jaringan antarabangsa.
Malaysia terus memainkan peranan penting. Ramai anak muda kita menyumbang tenaga sebagai sukarelawan lapangan di G, kem pelarian di Jordan, Syria dan Lubnan, ada yang bertugas sebagai doktor, jururawat, pengurus logistik, malah ada yang istiqamah menggerakkan kutipan dana kecil-kecilan di masjid, sekolah dan kampus. Usaha kecil ini bila dikumpulkan, menjadi jambatan besar buat P.
๐ Misi Sumud Nusantara 2025
Pasukan A โ 15 wakil Malaysia (aktivis, influencer, media & artis tempatan) belayar dari Barcelona pada 31 Ogos 2025. Antaranya Musa Nuwayri, PU Rahmat, Zizi Kirana dan Ardell.
Pasukan B - 15 wakil Malaysia bersama rakan Brunei & organisasi kemanusiaan (Iman Care, Yayasan Amal, GPM, ABIM, Childrity, MAPIM, ZRA Strim, dll.) akan belayar dari Port Itali pada 4 September 2025. Turut serta Ustaz Mad Kecik, Syed Solahuddin, Farah Lee dan ZRA.
Marilah kita sama-sama mendoakan seluruh delegasi Malaysia dan Nusantara ini selamat dalam misi, dikurniakan kesihatan, dipermudahkan segala urusan mereka serta keluarga yang ditinggalkan.
P tidak pernah bersendirian. Dari Nusantara, kita bersama mereka.
Kerajaan Negeri Terengganu bersama Negeri-Negeri SG4 (Kelantan, Kedah dan Perlis) dengan tegas MENOLAK Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar 2025 (Urban Renewal Act) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 27 Ogos 2025.
RUU ini dilihat:
โขโ ย โ Mencabar kuasa autonomi negeri dalam perancangan bandar dan tanah.
โขโ ย โ Menjejaskan hak pemilik asal tanah serta komuniti tradisi di bandar, khususnya kaum Melayu dan bumiputera.
โขโ ย โ Tidak memperincikan mekanisme pampasan dan perlindungan sewajarnya.
โขโ ย โ Berpotensi menimbulkan jurang komuniti serta mengganggu keharmonian negara.
Undang-undang sedia ada seperti Kanun Tanah Negara, Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 sudah memadai untuk menangani pembangunan semula bandar dengan lebih adil, berfokus dan mengambil kira budaya serta cita rasa rakyat setempat.
Kerajaan Negeri Terengganu berdiri teguh bersama rakan-rakan SG4 demi mempertahankan hak negeri, kedaulatan rakyat dan keseimbangan pemilikan hartanah bumiputera di negara ini.
Sejarah tercatat malam ini. RUU konon โreformasi terbesar abad iniโ tiba-tiba mati sebelum sempat diundi.
Sebabnya? Bukan kerana pembangkang bantah, tapi kerana kerajaan sendiri cabut lari! Bayangkan, selepas 93 fasal dibahas, Menteri Kewangan tak sempat pun menggulung. Tiba-tiba โ plot twist โ Menteri Komunikasi bangun bawa usul tangguh mesyuarat. Siapa dalang? PMX sendiri.
Ya, ikut Peraturan Mesyuarat 12(1) memang boleh. Tapi guna peraturan ini di saat genting? Itu bukan strategi, itu tanda tak yakin dengan undang-undang sendiri.
Lebih tragis, RUU ini memang dah dikritik beri kuasa mutlak kepada Menteri untuk override apa saja. Kini terbukti: bukan saja bahaya, malah kerajaan pun malu nak undi.
Kesimpulannya:
Kerajaan Madani bukan sahaja gagal pertahan hujah, mereka gagal jaga maruah Dewan. Lari sebelum loceng undi berbunyi.
Tahniah Kerajaan Madani โ reformasi gaya wayang!
Sudah genap 80 tahun sejak peristiwa hitam di Nagasaki โ tragedi yang meragut ratusan ribu nyawa dan meninggalkan kesan mendalam dalam sejarah dunia.
1/n