DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH
Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1446H bersamaan 1 Muharram 1446H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.
Baca !
Surau perempuan dan adegan yang tak sepatutnya berlaku.
Kita pergilah mana mana mall pun, kebiasaannya surau perempuan akan lebih sesak berbanding dengan surau lelaki. Nak pulak waktu weekend atau cuti sekolah, fuhhh...macam nak rebut sale happy hour lah gayanya! Ha camtulah nak habaq kata penuh ya Rabbi tu.
Dekat surau perempuan ada lebih ramai kanak kanak, sebab kebiasaannya anak anak akan suka nak ikut mak. Lagipun akan ada yang akan menyusukan anak dalam surau. So anak anak lebih suka ikut mak.
Jadi, memang surau perempuan kebiasaannya penuh, especially waktu Maghrib.
Orang perempuan ni pulak complicated, ada handbag, ada beg pack, ada beg susu.
Yang jenis pakai shawl tu pulak lagilah complicated, nak kena cari tempat sangkut tudung dia. kau terhenggot sikit, kemain dia jeling. Huh! Kadang dia bentang shawl dia kemain besooo makan surface area, dah kurang ruang orang nak solat.
Nak ambik wudhuk pun satu hal. Tak secepat orang lelaki. Perempuan yang pakai mekap ni nak kena buang mekap dulu la, padam itu, padam ini. Dah solat nak lukis dan warna semula itu dan ini.
Jadi,
Isunya disini adalah apabila wujudnya segelintir jenis perempuan yang tiada common sense dan pentingkan diri.
1. Jenis taknak bawa telekung, pakai telekung wakaf surau, tapi nak conquer. 🧘
Jenis perempuan macam ni biasanya dia akan buat jenis solat pakej combo. Contoh solat Asar hujung waktu, lepas tu tunggu sekejap terus nak solat Maghrib. Lantak dia lah. Itu dia punya pasal. Isunya adalah apabila dia pakai telekung surau, lepas tu dah habis solat Asar tak nak buka telekung tu. Dia nak pakai terus telekung tu untuk Maghrib. So dia duduk je diam diam je kat sejadah sedangkan orang lain tengah menunggu kat belakang tunggu telekung untuk solat Asar. Eh hellooo...dah lah tu bukan telekung kau kau nak main cop cop gitu, boleh tak jangan selfish sangat? Dahulukan orang yang nak solat asar tu ha. Pernah sekali, ramai gila orang tak dapat solat Asar di surau SOGO masa tu sebab begitu ramai mangkuk hayun dok melepak taknak bangun atas sejadah sambil pakai telekung wakaf sebab tengah tunggu Maghrib!
2. Jenis suka cop tempat solat, walhal wudhuk pun belum ambil.🤷
Kalau surau tu tengah lengang, tak apalah. Ni tak, orang tengah beratur panjang untuk ambil wudhuk, dia baru masuk surau, gigih ambil telekung surau yang tinggal sepasang dua je yang tu, lepas tu bubuh kat sejadah dengan beg beg dia. Lepas tu baruuuuuuu dia nak pergi beratur ambil wudhuk. Dahlah beratur tu panjang. Kalau kau bagi orang lain yang dah ada wudhuk tu solat dulu, dah boleh dua tiga round dah orang solat kat situ. Ni orang yang dah ambil wuduk tu terpaksa berdiri terjegat sambil tunggu ada ruang kosong untuk solat. Entah apa apa!
3. Jenis suka mekap atas sejadah. 💅
Dah habis solat tu, bangunlah! Kau nak mekap mekap atas sejadah tu apehal. Tak nampak ke penuh surau ni orang tengah beratur nak solat pulak. Mekap lah kat toilet ke dekat rak kasut ke tepi tong sampah ke ah mana manalah janji bukan dekat ruang orang solat. Benda simple pun tak boleh fikir. Tahu nak cantekkkkkkkk je, attitude out. Hahah!
4. Jenis kalau boleh nak mandi dekat tempat wuduk. 🏊
Bila orang ramai, sentiasa utamakan benda yang wajib sahaja. Islam cukup mengutamakan sikap mempermudahkan orang lain. Bila kau tengok orang ramai beratur, tak payahlah kat situ jugak kau nak berus gigi, cuci muka pakai scrub bagai. Setakat cuci muka untuk tanggalkan mekap tu ok lah, ni yang lebih lebih ni dah kenapa. G balik mandi lah! Boleh tak buat benda yang wajib je dulu? Yang sunat tu, kalau tak menyusahkan orang lain tak apa, ni kau dah lah masuk surau dah nak habis waktu, kau ambil wuduk je dah bermenet menet, silap haribulan orang lain boleh telepas waktu sebab nak layan karenah kau ni.
Tahun 1947 adalah tahun Yahudi masuk Palestin. 76 tahun lepas.
Mereka mohon refuge dari umat Islam Palestin bila bangsa mereka diserang Hitler.
How did they repay the Palestinian today? You know the answer.
Manusia gini kita nak kesian? Kah!
Beza Dua Akhlak Tentera
Video kiri:
Pada perang kali ini, Pejuang al-Qassam masuk ke sebuah rumah dan dia dapati ada wanita dan orang tua.
“Kami menunaikan wasiat Rasulullah SAW.
Kami ialah Muslim Mujahidun. Kami tidak membunuh wanita, orang tua, kanak-kanak, ahli ibadat di tempat ibadat mereka.
Kami hari ini hanya membunuh tentera dan kami lepaskan wanita dan kanak-kanak.”
Video kanan:
Pada tahun 2018, penembak tepat Israel sengaja mensasarkan kanak-kanak Palestin.
Tembak tepat di kepala.
#TaufanAlAqsa
Tips cybersec, kalau nampak exposed female USB-A outlet macam belah kiri ni untuk cas telefon, JANGAN cucuk/guna. The other side of it could be downloading your data or worse install malicious software. Bawak power plug sendiri, cucuk belah kanan tu.
Ini adalah contoh terbaik cover letter yang korang boleh tiru.
Tiru je format ni bulat bulat. Insyallah mudah dapat kerja!
Anis sediakan Link Google Docs dekat bawah supaya senang korang just copy je okay!
Bro. Aku faham kau marah. Aku pun boleh marah TAPI JANGAN SENTUH ORANG.
Ni nasib baik dia tak report polis bro.
Tapi tu la, kami share la sebab kami nak orang lain jangan memotong bodoh dan jangan sentuh sentuh orang.
Cameron Highlands ni aku rasa tak payah pergi lah. Biar aku je pergi. Korang pi la Bukit Tinggi ke, Bukit Beruntung ke, Bukit Aman ke.
Aman damai sket.
Seorang gadis Palestin berusia 12 tahun diserang dengan kejam oleh tentera penjajah Israel di Baitulmaqdis. Anda tidak akan melihat ini di media zionis barat.