First time rasa insecure dgn diri sendiri tang perut. Dulu normal perut, sama saiz dengan maleeq 5 bulan. Sekarang takde flat dah, dah macam bawak maleeq 8 bulan dah. Kalau lepas makan auto macam tengah tunggu due😭 dulu dengar orang complain pasal perut now kena batang hidung.
Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki Mu. Happy 7 months anak soleh umi ayah, Nik Harraz Maleeq 🤍 terus tumbuh membesar dengan sihat dan baik anak soleh.
Pantang ais setahun FAILED 🥹
Before preggy helok je tak minum sejuk, ais. Bila preggy ke Maleeq rasa asyik nak air sejuk je mesti nak ais. Dah keluar seketul Maleeq rela tak rela kena pantang ais. End up tewas 😂 speedy recovery badan sendiri.
Ujian umi ayah hari ni. Siang hari Allah mudahkan urusan umi, adik good² je tahy umi taklarat. Dia buat malam dari Kul 8-now duk menangis mengamuk sakan sepenuh hati ibarat kejut satu taman. Teething phase cepatla berlalu 😭
Ya Allah mudahkanlah jangan persulitkan. Aamiin
Seminggu lebih dah Allah tarik nikmat makan, ulcer kat mulut kiri kanan, belum pun sembuh lagi Allah tarik lagi nikmat sihat. Hari ni Allah uji sakit perut sakit kepala. Ya Allah, kuatkan la ain jika ini salah satu cara untuk Kau gugurkan dosa dosa aku.
Rupanya dah 10 bulan ± tak sentuh kopi, boleh hidup rupanya 🥹 selama ni hampir tiap hari, lepas kena sakit perut limit twice per week ni sekali haa amik berbulan. Dah excited lepas delivered Maleeq nak minum, eh kena pantang lagi sebab breastfeed 🫠 sibbaik coklat dah boleh !
Setelah sebulan, Allah tarik nikmat sihat semula. Semoga dgn ini, Allah gugurkan dosa² yang ada. Insha'Allah. Syukur tak kena batuk time pantang, sebab Allah tahu betapa sengsara bila batuk kering cenni. Luka luar kering pun, sekarang rasa nak terburai luka dalam sebab batuk kuat
Alhamdulillah, dah tiba waktu face the reality of being wife and mom 🥰 first day today, alhamdulillah Maleeq bagi kerjasama dengan baik. Umi sempat kemas rumah masak bagai. Petangg maleeq buat perangai sikit mungkin ajak umi rest sama hukhuk
Dah masuk fasa di mana terletaknya anak soleh tidur di bahu kanan manakala ayahnya berada di bahu kiri umi malam². Bantal jadikan hiasan ye dua beranak ni. 🫠
Happy one month, Nik Harraz Maleeq ❤️
Tak sangka, tanggal 23/09/25 sebulan yang lalu, seorang Ain finally berani lahirkan seorang anak soleh, dan dimudahkan Allah semuanya. Alhamdulillah, segala puji bagi Mu, Ya Allah
Alhamdulillah selepas 3 minggu, merasa juga having a deep sleep even setengah jam je. Terima kasih suami, balik² je terus amik alih berjaga jaga anak. Semoga syurga untukmu ❤️ tak sabar nak balik rumah kita 🥹