KONTEKS
Ada kawan baik saya (peminat Duck) text semalam. Dia tak paham, kenapa orang marah dengan Vivy dan FV. “Biasalah tu, risiko pelaburan. Kadang hit and miss. Orang lain pun rugi juga”
Sebab saya ni membesar di kampung, dia di Subang dan Damansara, worldview kami berbeza. Dulu di Uni, bila tiba hujung bulan, saya dah start cari Maggi. Dia seperti lazimnya, boleh lagi layan McD. Beza saya borderline B40 dan dia T20.
Selalu benda2 macam ni, saya kena bagi konteks sikit. Ini konteks saya bagi dia semalam. Kenapa kes FV and Vivy ini lain maciam orang marah.
1. Di kala Kerajaan kata hutang negara tinggi, subsidi satu2 kena tarik lagi. Ada antara kita yang kena bayar harga petrol penuh tahun depan. Dapat pula tahu ada set T10 dapat RM47juta duit Kerajaan, rugi pulak senang2 dimaafkan. Tu nescaya la mengundang makian.
2. Dalam kata menerima pelaburan duit Kerajaan, lifestyle si penerima pula super kayangan. Kita faham dia bukan jual produk sgt, she’s selling her lifestyle. Tapi konteks nya, Kerajaan melabur berpuluh juta dalam syarikat nya. Rugi memanjang sejak mula2. Tapi yang ditonjolkan dalam media, bukan sgt produk sendiri. Tetapi segala macam barangan kayangan yang harga ribu riban. Ada handbag yang capai ratus ribu ringgit. Of coz orang akan mengungkit.
Dah jadi macam MO founder komestik timbang kilo pula. Beza nya demografik dan taste sahaja. Founder lain mungkin tunjuk duit berkepuk dan gelang emas Wonder Woman sampai ke lengan. Vivy cukup dengan baby blanket Hermes dan beg Berkins.
3. Dalam kata dia Entrepreneur berjaya, boleh bagi kelas pula. Dia dapat dana Kerajaan untuk perkasakan bisnes FV dalam talian, dia pilih untuk buka kedai fizikal. Di KLCC dan BV dengan mewah sekali. Bila trend terkini orang tak beli di kedai lagi. Dia akui dia silap percaturan, berkembang terlalu cepat. Ambil pekerja ramai2. Sebagai orang yang dah boleh bagi kelas nak meniaga, bukankah itu cardinal sin paling major? Jangan kembangkan niaga tak ingat dunia.
*****************
Saya bagi 3 konteks je dulu, untuk dia hadam. Last2 baru dia faham.
Yer, dunia orang kayangan dan orang di jalanan berbeza. Tapi tak bermakna kita tak boleh bertanya dan bersuara. Tambah bila dana datangnya dari rakyat biasa.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Dia resign from FV pun still ada duck and lilit kan? Also resigning after the company's gone? This isn't accountability, this is taking the easy way out. Where's the apology for fucking up the investments? Most of all, disappointment??? You mean major incompetence??
Bila tgk video Neelofa & Nora Danish bincang psl perkahwinan, ada sebut kt situ
"You kena berdamai dgn kemampuan dia dulu, baru dia boleh fulfill responsibility memberikan nafkah tu"
Deepnya.
Kenapa susah nak faham yang kalau pelaku bukan pedofilia, tapi content yang dia buat tu cater golongan pedofilia? Kenapa orang kita, yang katanya Melayu penuh adab ketimuran dan rata-ratanya Islam susah sangat nak faham benda ni dan memilih untuk bersangka baik tak kena tempat??
TAPI mangsanya anak anak kita lah. Jadi mangsa experiment. Now nak reverse balik sebab terbukti ada exam tu lebih bagus. But whatever it takes to save the future.
Ni aku setuju, sangat. Dulu kita kat sekolah ada goal yang jelas- UPSR, PMR dan SPM. We studied hard untuk pass dan dapat gi next level. Bila dimansuh, kita tengok kesannya melalui statistik- bilangal gagal SPM, tak reti baca dan menulis mencanak naik.