Kalau Allah tak bagi apa yang kita nak, maknanya Allah tengah sediakan sesuatu yang lebih indah dari apa kita bayangkan. Mungkin kena lebih bersabar lagi.
Takdir Allah itu sangat hebat.
Percayalah, andai sudah tertulis rezeki itu milik kita, takkan bertukar menjadi hak orang lain. Rezeki ialah duit, kesihatan yang baik, kehidupan yang baik, ketenangan hati, jodoh dan semua yang Allah aturkan. ✨🙌🏻
Kadang jalan terasa berat. Langkah perlahan, hati letih, dan fikiran mula goyah. Tapi jalan yang sukar selalunya bawa ke tempat yang paling berharga.
Berdoa agar dibukakan jalan keluar, kemudahan untuk hadapi setiap rintangan dan berjaya gapai apa yang diingini. ✨🤲🏻
Allah lebih tahu apa yang kita perlukan daripada diri kita sendiri. Oleh kerana itu, serahkan saja segala urusan kita kepada-Nya. Semua akan indah pada waktunya. Asal jangan jauh-jauh dari-Nya. Allah Maha Mengetahui semuanya.
Allah tu baik kan, Dia tahu kita macam mana, Dia tahu siapa yang layak untuk kita. Dia tahu semua apa yang kita tak tahu. Baiknya Allah lindungi kita dari benda yang memudaratkan kita.
Sentiasa bersangka baik dengan Allah. 😊✨