𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜, 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗡𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨
Dalam Pilihan Raya Umum terutama orang Melayu akan dihadapkan dengan pilihan calon. Kesan pilihan amat berat, iaitu sama ada Tanah Melayu akan terus jadi Tanah Melayu atau jadi tanah bukan Melayu.
Kalau kita ingin negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu undilah calon Melayu tanpa kesetiaan kepada mana-mana parti atau puak NGO.
Siapa dianya calon Melayu. Itu akan diberitahu semasa PRU.
Kesetiaan orang Melayu ialah kepada bangsa Melayu. Jika kesetiaan ini diberi kepada parti atau puak akan hilanglah Tanah Melayu.
Tanpa Tanah Melayu akan hilanglah bangsa Melayu di dunia ini.
Melayu akan jadi bangsa yang tidak mempunyai negara.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
30 JUN 2026
Jom Jaga Johor !!
Sebelas Calon² Perikatan Nasional daripada PAS untuk rakyat memilih pada Pilihan Raya Negeri Johor ke 16, pastinya Berpengalaman, Bertenaga dan Berintegriti. Sedia berkhidmat dengan Amanah, Wibawa dan Ikhlas.
Allahuakbar!!
KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR
Mesyuarat Khas PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 29 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut;
i.Mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di Negeri Johor;
ii.Menggerakkan seluruh jentera PAS di 11 kerusi yang ditandingi;
iii.Menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan “Jom Jaga Johor”;
iv.Menyeru pengundi tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan, termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan;
v.Menggerakkan persiapan awal bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.
“KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Muharram 1448 / 29 Jun 2026
Pagi ini saya mengiringi calon PAS mewakili Perikatan Nasional bagi DUN N.15 Maharani, Mohamad Anuar Hayan, ke Pusat Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Negeri Johor.
Kehadiran penyokong PAS dan Perikatan Nasional yang membanjiri perarakan ke pusat penamaan calon mencerminkan semangat perjuangan serta iltizam untuk terus membawa agenda Islam, keadilan dan kebajikan kepada rakyat Johor.
Turut bersama mengiringi calon ialah Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Presiden GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden BERJASA, Ustaz Zamani bin Ibrahim, YB Syahir Sulaiman dan YB Dr. Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Marilah kita bersama-sama memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan calon PAS, Mohamad Anuar Hayan, agar diberikan kekuatan untuk memikul amanah sebagai wakil rakyat yang berintegriti, berkhidmat kepada masyarakat serta memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.
Undilah PAS dan Perikatan Nasional di DUN N.15 Maharani demi sebuah kepimpinan yang beramanah, adil dan berkebajikan.
[Penamaan Calon DUN N.15 Maharani, 27 Jun 2026, Pejabat Daerah Muar]
Kenyataan Media
Pengerusi Perikatan Nasional
PN Akan Terus Diurus Secara Tertib, Berprinsip dan Berlandaskan Perlembagaan
Saya menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) bukan milik mana-mana parti secara mutlak. PN adalah gabungan politik berperlembagaan yang ditubuhkan atas dasar muafakat parti-parti pengasas.
PAS juga adalah antara parti pengasas PN dan saya sendiri merupakan salah seorang penandatangan rasmi penubuhan PN.
Justeru, sebarang tafsiran mengenai status, kedudukan dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak. Ia hendaklah dirujuk kepada perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan.
Keutamaan saya ialah memastikan PN terus diurus secara tertib, berprinsip dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara.
YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi
Perikatan Nasional
11 Jun 2026
Minda Presiden PAS
HARI KEBANGSAAN BUKAN HARI KEMERDEKAAN
Tanah air kita telah dijajah selama beberapa abad, bermula dengan Melaka yang dijajah Portugis, diikuti oleh Belanda dan Inggeris, sehingga mematikan kerajaan Islam. Para pendakwah datang bagi membebaskan bangsa kita daripada memperhambakan diri kepada sesama manusia yang menerapkan undang-undang dan peraturan ciptaan pihak berkuasa yang memperhambakan rakyat mengikut hawa nafsu mereka.
Islam hadir dengan konsep memperhambakan diri kepada Allah sahaja. Manusia hanya diberikan kebebasan mengikut kemampuan akal mereka yang dapat mengawal nafsu, di samping mengurus urusan dunia yang berkebajikan demi membawa kebaikan dunia dan berwawasan akhirat yang kekal abadi.
Islam ialah kemerdekaan manusia yang bebas mengikut sempadan sifat fitrah kejadiannya oleh Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Bijaksana, dan Maha Adil kepada seluruh makhluk-Nya. Apabila manusia keluar daripada sempadan Allah, mereka pasti terbabas dan merosakkan diri sendiri.
Apabila memperhambakan diri kepada sesama makhluk yang bersifat lemah, akibatnya akan merosakkan diri kerana keluar daripada sempadan naluri (fitrah) yang ditetapkan oleh Penciptanya disebabkan terbabas, bukannya bebas. Hal ini laksana binatang yang dikuasai nafsu dan diheret ke mana-mana sahaja serta boleh dijual beli.
Islam yang dibawa ke Alam Melayu telah berjaya membebaskan rakyat daripada kesesatan memperhambakan diri kepada yang lain daripada Allah, termasuk kepada sesama manusia yang memerintah dan mentadbir urusan manusia yang diabdikan seperti hamba kepada Tuhan.
Baca selanjutnya:
https://t.co/IYrjZUVJ6g
Minda Presiden PAS
ISLAM DAN PLURALISME
Pluralisme agama merujuk kepada konsep yang mengakui dan menerima kepelbagaian agama dalam masyarakat. Ia boleh merujuk kepada kepercayaan bahawa semua agama mempunyai kebenaran, atau sekurang-kurangnya nilai-nilai positif, dan menggalakkan kerjasama serta dialog antara agama-agama yang berbeza.
Islam menerima konsep kepelbagaian agama dalam masyarakat majmuk, tetapi tidak menerima kepercayaan bahawa semua agama mempunyai kebenaran, atau sekurang-kurangnya nilai-nilai positif.
Kepelbagaian agama tidak boleh dihalang kerana Islam tidak boleh memaksa seseorang untuk menganut Islam. Hal ini demikian kerana, Islam hendaklah dianut dengan hati yang ikhlas yang dinamakan iman, bukan sekadar ikrar dengan lidah yang tidak bertulang.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) pernah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan pluralisme agama kerana dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam.
Umat Islam wajib meletakkan Islam sebagai satu-satunya agama yang benar dan wajib pula meninggikan Islam mengatasi segala ajaran yang lain, sama ada yang bernama agama ataupun ideologi.
Maka, fahaman liberalisme dan yang bergandingan dengan pluralisme adalah salah dan sesat. Allah melarang orang-orang yang beriman melampaui sempadan yang telah ditetapkan-Nya.
Baca selanjutnya:
https://t.co/tAjokBNoHf
Minda Presiden PAS
MALAYSIA, KE ARAH MANA MADANINYA?
Islam menetapkan hala tuju madaninya berdasarkan takrif Islam sebagai al-din, bukan sekadar agama sahaja dalam bahasa lain. Hanya Islam satu-satunya jalan dan menolak segala jalan yang lain.
Bukan hanya Malaysia sahaja yang bersifat madani, malah termasuk dunia lain juga tabiinya bermadani. Masalahnya ialah ‘Malaysia Madani’ dijadikan slogan untuk membodohkan dan menipu dengan kefahaman yang sempit tanpa ilmu, di samping hanya sekadar menipu tanpa haluan dan petunjuk. Slogan itu juga disempitkan sekadar secebis bumi kecil Malaysia di dalam dunia yang luas, menjadikan rakyat laksana katak di bawah tempurung.
Madani yang sebenar ialah Islam wajib berkuasa memerintah urusan manusia. Rasulullah SAW ialah teladan terbesar pada akhir zaman, ketika manusia dikurniakan kemajuan ilmu sehingga menghubungkan seluruh manusia di alam dunia terkini.
Rasulullah SAW memulakan pembinaan masyarakat madani mengikut acuan Allah SWT, dengan menukar nama kota Taibah kepada nama Madinah yang bercirikan madani yang bertaqwa, bermula dengan membina kekuatan umat Islam dengan perpaduan berlandaskan aqidah atau iman.
Baca selanjutnya:
https://t.co/g4AH7ZwH2E
𝗧𝗜𝗣𝗨
1. Kata PMX jangan ada pemprofilan kaum.
2. Tetapi peruntukan RM130 juta diberi kepada kaum India.
3. Kenapa kaum India jika kaum tidak boleh dilayan.
4. Sepatutnya beri sahaja kepada semua kaum.
5. Jika tidak terdapat kepada kaum India tidak mengapa.
6. Jika kebanyakan pergi kepada bukan India tidak mengapa.
7. Kerana tidak ada perbezaan kaum. Terdapat kepada kaum lain secara kebetulan samalah dengan terdapat kepada kaum India.
8. Kata PMX sejak dari ABIM lagi dia tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB).
9. Tunjuk bukti.
10. Apabila PMX menyertai UMNO tidak ada usaha olehnya tolak DEB.
11. Sebagai ahli dan pemimpin UMNO pada masa itu PMX terima DEB.
12. Kalau tolak DEB keluarlah dari UMNO dan sertai DAP.
13. Tidak pula.
14. Tanpa perkauman UMNO PMX tidak akan dapat tempat.
15. Tanpa UMNO hari ini Anwar tidak akan jadi PMX.
16. Tafsir sebenar ialah menipu kaum untuk mendapat tempat.
17. Tahniah kerana berjaya menipu.
18. Teruskan.
19. Kami tahu awak menipu.
20. Kata lain buat lain.
21. Janji lain belum jadi PM.
22. Tunai lain apabila jadi PM.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
6 Januari 2025