Ingatkan dah cukuplah meraung tahun 2024. Tahun ni akhirnya dapat pegi konsert @laufey pun menangis juga. Masa lagu Goddess bertakung je tapi akhirnya berderai juga masa lagu LTM13YOS. Masuk kereta masa nak balik, nangis lagi. Perasaan bercampur baur. Datang lagi please #lauvers
Membayangkan saja dah penat. Setakat ni penat paling nomor syatu adalah tahun yang tiba tiba raya tu. Nohorom sampai sekarang trauma & berharap takde dah kejadian raya mengejut ni. Punyalah penat malam raya sampai hari raya tu aku tidur je 😭
Apa menu raya korang? Mama kata tahun ni babah request laksa. Nampaknya aku bakal bergelumang dengan ikan rebus & meracik timun malam raya yaaaa. Tidak dilupa tugas hakiki jadi kakak cleaner juga. Mantap 👍🏻
Benda nombor 2 yang paling best bila tinggal kat Malaysia ni adalah bila dapat rasa budaya lain. First time ada lion dance kat office & first time dapat record lion dance dari angle ni 😂 Happy Chinese New Year 🍊🧧