Pada pagi ini, saya telah diberikan kesempatan merasmikan Mesyuarat Agung 2018 Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD).
Selamat maju jaya kepada barisan exco PPTD 2018-2020!
Majlis Penyerahan Felo Perdana 2018 yang dirasmikan oleh YAB PM @chedetofficial pagi tadi. Berkhidmatlah dengan penuh amanah dan integriti.
All the best!
@PFellowsAlumni@KBSMalaysia
Saya mempengerusikan mesyuarat diantara pihak @jpa2day, @SPAMalaysia_gov dan SUSK-SUSK kementerian bagi mencari penyelesaian berkaitan isu lantikan pegawai2 baharu pasca PRU14. Semua isu-isu berbangkit akan diselesaikan dalam masa seminggu.
Saya baru selesai menghadiri sesi Town hall YAB PM Tun @chedetofficial bersama Pegawai Tadbir & Diplomatik
Way forward: The rise of authentic leadership. Semoga apa yang disampaikan olehnya dijadikan panduan dan menyuntik semangat kita semua.
Had a fruitful discussion with Australian Eminent Persons Group, which was also participated by the Australia High Commissioner to Malaysia H.E Andrew Goledzinowski.
Topics on institutional reform and integrity were discussed in depth in the one-hour meeting.
Perjumpaan YAB PM bersama warga JPM- PM @chedetofficial menekankan semangat patriotisme yg perlu ada pada setiap Rakyat Msia terutama dalam memulih semula negara. Disamping meningkatkan daya kerja utk menghasilkan pentadbiran yang terbaik dan kembali dihormati sbg harimau dunia.
YAB Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan dari 200 orang asli dari Gua Musang, Kelantan dan telah mendengar masalah yang mereka hadapi berkenaan isu tanah di sana. YAB PM mengambil maklum dan akan berunding dengan pihak berkuasa di Kelantan.
Pagi tadi saya menghadiri majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018. Saya yakin mereka yang terpilih ini mampu untuk sama-sama mengharumkan nama negara. Ayuh ulangi kegemilangan Malaysia.
Malaysia Boleh!
Kunjungan Hormat ke atas YAB Ketua Menteri Sabah DS Shafie Apdal pagi tadi di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
Turut hadir Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP) Datuk Nor Rizan Mohd Thani.
@PSUPSABAH
Sempat meninjau projek naik taraf Hospital Tawau yg dijangka siap 2 tahun lagi utk memberi keselesaan kepada hampir 500,000 penduduk daerah ini.
Projek membabitkan penambahan 154 katil untuk menjadikan jumlah keseluruhan 555 katil.
@KKMPutrajaya@MOWorks@ICU_JPM
Melawat SMK Titingan II yang boleh dikategorikan projek sakit sebelum ini kerana mengambil masa 11 tahun untuk disiapkan atas pelbagai masalah.
Sekarang ia sudah 95 peratus siap dan dijangka boleh mengambil pelajar baru untuk tahun hadapan.
@KemPendidikan
Lawatan kerja pertama saya ke Sabah dimulakan dengan meninjau status pelaksanaan projek naiktaraf SK Wakuba.
Sekolah yang dibina pada tahun 1968 ini mempunyai 197 murid & 18 guru.
Sempat bergambar dengan - the real heroes of Wakuba.
@KemPendidikan@MOWorks
Bersama warga Hospital Tawau meraikan Jubli Emas 50 Tahun pada malam ini.
Hosp. Tawau telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman pada tahun 1968.
Tahniah dan teruskan khidmat murni anda kepada Rakyat!
#MemperkasakanPerkhidmatanAwam