Selamat datang ke laman rasmi siswa siswi msm ke-24. Ini merupakan akaun rasmi dimana kami selaku pembimbing suai mesra akan menyambut dan membantu pelajar baru
Assalamualaikum,
Tahniah & syabas kepada semua yang telah berjaya menempatkan diri ke Universiti Awam pilihan anda. Bagi yang tidak berjaya, anda bukan tidak layak cuma rezeki anda mungkin ditempat lain. Semoga segala urusan anda dipermudahkan.
Welcome to family UMSKAL ๐
Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena ulang tahun hari keputeraan rasmi. Daulat Tuanku! Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku.
Sembah takzim daripada warga UMS.
#ums#umsbaini#bertekadcemerlang
Kuliah Subuh
Waktu berkumpul : 4.30 Pagi
Tempat : Dewan Utama UMSKAL
Solat
Waktu kumpul : 4.30 pagi
Tempat berkumpul : Masjid
Selain itu, anda juga diminta untuk membawa pakej yang telah diberikan.
*Tertakluk kepada sebarang perubahan*
MAKLUMAN ETIKA PEMAKAIAN SEPANJANG MINGGU SUAI MESRA KALI KE-24 SESI 2018/2019
Makluman kepada semua pelajar baharu sesi 2018/2019 Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan anda diminta untuk mematuhi etika pemakaian yg tlh ditetapkakn sprti berikut :
5 Sept 2018(Rabu):
Kuliah subuh / solat : Smart casual
Pagi - Formal
Malam - Smart Casual
6 sept 2018 (Khamis):
Kuliah subuh / solat : smart casual
Pagi - Baju Korporat
Malam - Baju T-Shirt MSM Kuning
Beserta dengan tag yang telah diberikan
Hai bakal mahasiswa/i UMSKAL sekalian !! Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sehingga tiba hari pendaftaran universiti. We here are ready to serve you guyss ๐ค๐ค
#MSMUMSKAL2018#MSMPerkasa#UMSKALBertekadCemerlang
Apa itu Pembimbing Suai Mesra (PSM):
Pembimbing Suai Mesra merupakan fasilitator yang akan bertanggungjawab membantu pelajar-pelajar baharu sepanjang minggu suai mesra berlangsung.
#PSMPERKASA#MSM2018#MSM24UMSKAL
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Eco campus.
Apa itu Minggu Suai Mesra (MSM):
MSM merupakan minggu pengenalan dan orentasi dimana sepanjang minggu itu akn diadakan taklimat berkaitan peraturan-peraturan, kolej kediaman, pengenalan staff UMS, keselamatan dan banyak lg.
SENARAI PEGAWAI KERAJAAN KUMPULAN A/PEGAWAI GRED 41 KEATAS
Berikut merupakan senarai pegawai yang layak mengesahkan dokumen-dokumen yang perlu dibawa ke kampus seperti yang dikemukakan di dalam buku Panduan. Pegawai Kerajaan Kumpulan A juga dikenali sbg Pegawai Gred 41 keatas.
[ETIKA PEMAKAIAN SEMASA PENDAFTARAN ]
Untuk makluman pelajar baharu sesi 2018/2019, para pelajar hendaklah memakai pakaian yang kemas, bersih, sopan santun dan menutup aurat.
Para pelajar DILARANG memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata seperti berikut :
Berselipar
2. Memakai skirt atau berseluar pendek atas paras lutut.
3. Berbaju T tanpa kolar
4. Berbaju tanpa lengan
5. Berseluar ketat
6. Berpakaian nipis
Pakaian yang menutup sebahagian muka (Berpurdah) TIDAK DIBENARKAN bagi memudahkan pihak universiti mengenali pelajar.
[ SENARAI SEMAK KEPERLUAN PELAJAR ]
Untuk makluman pelajar baharu sesi 2018/2019, anda diingatkan untuk menyemak senarai dokumen serta keperluan yang perlu dibawa ke kampus. Hal ini sedemikian adalah untuk memastikan anda semua dapat membuat persiapan yang lebih rapi.
Para pelajar dinasihatkan untuk menyediakan salinan dokumen-dokumen yang telah dinyatakan dengan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang proses pinjaman.
Untuk makluman kepada semua pelajar baharu yang ingin membuat pinjaman ptptn, anda mestilah menyediakan beberapa dokumen penting yang dikehendaki dan setiap permohonan hendaklah dilampirkan bersama satu salinan dokumen sokongan seperti berikut:
6. Salinan penyata akaun Bank Islam Malaysia Berhad pelajar.
7. Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga.
8. Salinan penyata cukai pendapatan ibu dan bapa/ penjaga.