Contoh: Australia Selatan pada tahun 2010 meluluskan undang2 yg mengharamkan pemanduan kereta sport serta kereta mewah ber-CC tinggi oleh pemandu bawah 25 thn. Kenapa? Kerana didapati terlalu ramai mengakibatkan kemalangan/kematian akibat kurang pengalaman dan kemahiran memandu.
NERAKA UNTUK YANG SOLAT.
Kata ustaz dalam kuliah maghrib tadi, ada orang yang solat pun masuk neraka.
Nama neraka itu adalah Neraka Wail. Dalilnya Surah Al-Ma'un (107): 4-5.
Mereka golongan yang lalai dalam solat. Rukuk dan sujud sambil lewa, melewat-lewatkan solat hingga akhir/habis waktu dan tidak mengingati Allah dalam solatnya.
Wail tu satu lembah kat dalam Neraka Jahannam. Gunung ganang hancur lebur kalau dicampak ke situ.
Bayangkan orang yang solat pun boleh dimasukkan dalam neraka, apatah lagi mereka yang tidak solat.
NERAKA UNTUK YANG TIDAK SOLAT.
Neraka khusus untuk mereka yang tak solat pula adalah Neraka Saqar.
Dalilnya Surah Al-Muddatstsir: 42-43.
Neraka Saqar ni tingkatan ke-6 dari 7 tingkat neraka. Siksaan api yang sangat menyengat dan sangat dasyat kepanasannya. Terus menerus membakar kulit manusia.
Kata ustaz, sesekali kita kena diingatkan tentang azab Neraka juga. Baru ada rasa takut nak tinggal solat.
Sama-sama kita jaga dan perbaiki solat. Jika ada culas dan tertinggal solat, segera bertaubat dan Qada' solat selagi hayat kita masih ada.
Jangan pandang dan judge orang lain! Lihat diri kita sendiri dan perbaiki diri kita dulu.