finally, i found mee kicap that suitable with my taste. i thought this is the best restaurant that i've ever visited 😭❤️
📍Mee Kicap Ipoh, Southville City Bangi
Hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, TYT John K. Samuel dan bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Islam Iran, TYT Dato’ Wan Aznainizam Yusri bin Wan Abdul Rashid.
Kedua-duanya bukanlah asing bagi saya kerana pernah bersama-sama ketika saya menerajui Kementerian Luar Negeri dahulu.
Pertemuan ini menjadi medan bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara, khususnya potensi memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan dan pertukaran kepakaran antara Malaysia dengan Kanada serta Iran yang boleh dibawa oleh kedua-dua mereka nanti.
Tahniah atas pelantikan kedua-duanya dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dalam menggalas amanah baharu ini.
Semoga terus cemerlang membawa nama dan kepentingan Malaysia di persada dunia.
#MalaysiaKanada
#MalaysiaIran
#doczam
Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.
Tiada ungkapan yang mampu saya zahirkan selain rasa syukur dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak atas segala bentuk bantuan, tenaga dan khidmat yang telah diberikan kepada penduduk Pulau Pangkor yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Bantuan yang cepat dan tindakan yang pantas daripada pelbagai pihak amat bermakna, khususnya ketika penduduk sedang berdepan dengan kesulitan dan memerlukan pertolongan.
Kepada para mahasiswa, sukarelawan, warga universiti, pasukan keselamatan, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan serta orang perseorangan yang turun membantu, saya amat menghargai segala pengorbanan kalian.
Ada yang datang dari jauh, ada yang mengorbankan masa dan tenaga, ada yang menyumbang makanan dan keperluan, malah ada yang bekerja tanpa mengenal penat dan lelah demi memastikan rumah serta kawasan yang terjejas dapat dibersihkan.
Kalian hadir bukan sekadar membawa bantuan, tetapi membawa harapan dan kekuatan kepada mereka yang sedang diuji.
Sebagai anak jati Pulau Pangkor, saya benar-benar tersentuh melihat semangat kebersamaan dan keprihatinan yang ditunjukkan.
Inilah nilai kemanusiaan yang perlu terus kita suburkan. Ketika musibah melanda, kita tidak bertanya siapa mereka, tetapi apa yang boleh kita lakukan untuk membantu.
Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikan kalian dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Dari lubuk hati saya yang paling dalam, terima kasih kerana hadir membantu keluarga besar kami di Pulau Pangkor.
Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan kalian.
#PulauPangkor
#doczam
Liga Sukan Uniti Tahun 2026 Peringkat Negeri Sarawak anjuran Kementerian Perpaduan Negara akan berlangsung pada 25 Oktober bertempat di Sentosa Sport Centre, Kuching.
Penganjuran ini bertujuan menggalakkan masyarakat bersukan, memelihara permainan warisan budaya serta memperkukuh hubungan antara rakyat pelbagai kaum dalam usaha membina negara bangsa yang bersatu padu.
Liga Sukan Uniti Tahun 2026 Peringkat Negeri Sarawak anjuran Kementerian Perpaduan Negara akan berlangsung pada 25 Oktober bertempat di Sentosa Sport Centre, Kuching.
Penganjuran ini bertujuan menggalakkan masyarakat bersukan, memelihara permainan warisan budaya serta memperkukuh hubungan antara rakyat pelbagai kaum dalam usaha membina negara bangsa yang bersatu padu.
Korang pernah dengar pasal etnik Kensui dekat Kedah tak? Aku pun rasa ramai yang belum familiar so menarik jugak bila ada dokumentari yang highlight masyarakat macam ni.
Saksikan Dokumentari Semarak Perpaduan Etnik Minoriti Malaysia yang mengetengahkan Etnik Kensui Kedah menerusi siaran TV1, TV2 dan OKEY.
Dokumentari ini merupakan sebahagian daripada usaha mengetengahkan kepelbagaian etnik minoriti di Malaysia serta menghargai keunikan budaya dan warisan masyarakat dalam usaha membina negara bangsa.
Ikuti dokumentari ini mengikut jadual siaran yang tertera.
Saksikan Dokumentari Semarak Perpaduan Etnik Minoriti Malaysia yang mengetengahkan Etnik Kensui Kedah menerusi siaran TV1, TV2 dan OKEY.
Dokumentari ini merupakan sebahagian daripada usaha mengetengahkan kepelbagaian etnik minoriti di Malaysia serta menghargai keunikan budaya dan warisan masyarakat dalam usaha membina negara bangsa.
Ikuti dokumentari ini mengikut jadual siaran yang tertera.
Menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Tuanku Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), atas perkenan berangkat menyempurnakan Pemasyhuran Dewan Tuanku Canselor di UMPSA Kampus Pekan, hari ini.
Dalam majlis yang penuh bermakna ini, saya turut berbesar hati menyampaikan watikah pelantikan semula Kebawah Duli Paduka Baginda sebagai Canselor UMPSA.
Pemasyhuran dewan ini bukan sekadar melambangkan pembangunan prasarana universiti, tetapi menjadi simbol aspirasi UMPSA untuk terus mengangkat kecemerlangan pendidikan tinggi, penyelidikan dan inovasi ke peringkat antarabangsa.
Menariknya, seni bina Dewan Tuanku Canselor ini diinspirasikan daripada Wau Pungguk, warisan tradisional Pekan, Pahang. Ia membawa falsafah yang cukup dekat dengan aspirasi pendidikan tinggi negara, iaitu “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.”
Kita mahu universiti terus terbang tinggi meneroka ilmu, teknologi dan inovasi, namun pada masa yang sama kekal berpijak pada nilai, budaya dan jati diri bangsa.
Apa yang lebih penting, kecemerlangan universiti juga berjalan seiring dengan kebajikan mahasiswa. Usaha UMPSA menyediakan bantuan pendidikan, zakat dan biasiswa merupakan komitmen yang perlu terus diperkukuh agar tiada anak bangsa tercicir daripada peluang pendidikan tinggi.
Tahniah kepada seluruh warga UMPSA atas pencapaian ini. Semoga menjelang sambutan Jubli Perak pada tahun 2027, UMPSA terus melakar kejayaan dan melahirkan graduan yang bukan sahaja hebat ilmunya, tetapi juga tinggi nilai dan jati dirinya.
Terus menggapai di langit, namun jangan sesekali lupa akar di bumi.
#UMPSA
#KPT
#MenggapaiDiLangitMengakarDiBumi
#doczam
Doa sepiku ini
Dihiasi bunga cempaka
Mengiringi kembaramu…
Siapa tak kenal dengan penyanyi hebat, Dato’ Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali dengan Ameng yang juga penyanyi utama Kumpulan Spring.
Kebetulan terserempak semalam sebelum saya balik ke KL. Singgah di Restoran Madinah. Suara masih sedap dan masik kekal muda seperti dulu.
Semoga terus berjaya buat Ameng.
#Ameng
#Spring
#Lumut
#doczam
Tengah hari tadi, saya berkesempatan bersama-sama pegawai perhubungan dan komunikasi korporat dari seluruh Universiti Awam serta agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), dalam sesi KARISMA.
Dalam pertemuan ini, saya berkongsi pandangan mengenai peranan penting komunikasi dalam menyampaikan dasar, inisiatif dan pencapaian pendidikan tinggi negara kepada masyarakat.
Saya menekankan bahawa tugas komunikasi bukan sekadar menyampaikan maklumat atau membuat hebahan, tetapi bagaimana kita membina kefahaman, keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi pendidikan tinggi.
Dalam dunia komunikasi yang semakin pantas dan mencabar, kita perlu lebih proaktif, kreatif dan strategik. Setiap dasar dan inisiatif yang dilaksanakan mesti diterjemahkan dalam bentuk naratif yang jelas, mudah difahami dan dekat dengan rakyat.
Saya juga mengingatkan bahawa pegawai komunikasi merupakan antara barisan hadapan yang membawa imej dan suara institusi. Justeru, kepekaan terhadap isu, ketepatan fakta, kepantasan bertindak serta kebijaksanaan mengurus persepsi amat penting.
Harapan saya agar sesi KARISMA ini dapat memperkukuh jaringan dan kesepaduan komunikasi antara KPT, universiti serta seluruh agensi supaya kita dapat bergerak sebagai satu pasukan dengan mesej dan hala tuju yang jelas.
“Apabila sesuatu yang benar tidak disampaikan dengan jelas, teratur, atau bukti yang kukuh, ia mudah menimbulkan ragu-ragu dan akhirnya ditolak sebagai palsu. Sebaliknya, pembohongan yang dirancang dengan teliti, diulang-ulang secara konsisten, dan dikemas kini dengan strategi komunikasi yang berkesan boleh memperdaya orang ramai sehingga diterima sebagai satu fakta yang sah.”
#KARISMA2026
#KPT
#UKKPRO
#doczam
Pemerkasaan Arkib Negara Malaysia (ANM) terus menjadi keutamaan Kementerian Perpaduan Negara dalam usaha memelihara khazanah sejarah dan warisan negara serta memperkukuh peranannya dalam pembinaan negara bangsa.
Pelbagai usaha sedang dan akan dilaksanakan, merangkumi projek pembangunan dan penaiktarafan kemudahan arkib, pengembangan koleksi serta pendigitalan bahan sejarah, di samping penambahbaikan kerangka perundangan berkaitan pengurusan rekod negara.
Pemerkasaan Arkib Negara Malaysia (ANM) terus menjadi keutamaan Kementerian Perpaduan Negara dalam usaha memelihara khazanah sejarah dan warisan negara serta memperkukuh peranannya dalam pembinaan negara bangsa.
Pelbagai usaha sedang dan akan dilaksanakan, merangkumi projek pembangunan dan penaiktarafan kemudahan arkib, pengembangan koleksi serta pendigitalan bahan sejarah, di samping penambahbaikan kerangka perundangan berkaitan pengurusan rekod negara.
Meninjau sendiri keadaan banjir di beberapa kawasan di Pulau Pangkor hari ini. Alhamdulillah, ada kawasan yang airnya telah surut, namun masih terdapat beberapa lokasi yang dinaiki air dan belum pulih sepenuhnya.
Saya telah berbincang dengan beberapa pihak termasuk Majlis Perbandaran Manjung, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan bagi menyelaras tindakan segera untuk membantu penduduk yang terjejas.
Keutamaan kita ketika ini adalah memastikan kebajikan dan keselamatan penduduk terus terpelihara serta bantuan dapat disalurkan secepat mungkin. Kepada mereka yang terkesan, boleh berhubung dengan pihak kita bagi mendapatkan bentuk bantuan dan maklumat lanjut.
Terima kasih kepada Restoran Madinah yang telah menyumbangkan beberapa ratus pek makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir hari ini.
Kita juga akan menggerakkan sukarelawan daripada Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan pemulihan pascabanjir apabila keadaan mengizinkan.
Sama-sama kita doakan agar semua terlibat diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. Setiap ujian pasti ada hikmahnya.
#Pangkor
#Lumut
#doczam
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kali Ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, hari ini.
Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor merangkap Pro-Canselor UiTM.
Pada istiadat ini, Seri Paduka Baginda selaku Canselor UiTM berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor wanita pertama UiTM, serta mengurniakan Anugerah Graduan Terbaik Utama UiTM 2026 kepada 15 graduan cemerlang.
Tahniah kepada 32,630 graduan UiTM yang diraikan dalam istiadat konvokesyen kali ini. Kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap pencapaian akademik, tetapi juga lambang pengorbanan ibu bapa, keluarga dan para pendidik yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan mereka.
Saya berharap ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di universiti dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membina masa depan, menyumbang kepada masyarakat serta membawa perubahan yang bermakna kepada negara.
UiTM telah memainkan peranan besar dalam membuka peluang pendidikan tinggi dan melahirkan generasi profesional Bumiputera yang menjadi sebahagian daripada kekuatan pembangunan negara. Peranan dan legasi ini perlu terus diperkukuh seiring dengan tuntutan serta cabaran masa hadapan.
Daulat Tuanku!
#KonvoUiTM105
#KPT
#doczam
Selesai menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM pagi tadi, saya terus bergerak ke Manjung untuk merasmikan Majlis Graduasi Sekolah-Sekolah Rendah Agama (KAFA) dan Akademik Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) Daerah Manjung Tahun 2026.
Daripada meraikan para graduan universiti, saya kemudian bersama anak-anak yang baru meniti perjalanan menuntut ilmu. Kedua-duanya membawa harapan besar ibu bapa yang mahu melihat anak-anak berjaya dan menjadi insan yang baik serta bakal kepimpinan akan datang.
Saya sentiasa percaya pendidikan perlu membina “otak dan watak”. Sejak kecil, anak-anak perlu dibimbing untuk mencintai ilmu, menjaga adab serta menghormati ibu bapa dan guru. Inilah asas yang akan membentuk keperibadian mereka hingga dewasa.
Tahniah kepada semua anak-anak yang diraikan. Terima kasih kepada para guru atas kesabaran mendidik serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan doa.
Semoga anak-anak ini terus tekun belajar, berakhlak mulia dan membesar menjadi insan yang berbakti kepada agama, masyarakat serta negara.
#Manjung
#doczam
Allahuakbar. Hujan lebat sejak awal pagi. Menerima berita beberapa kawasan di Pangkor dinaiki air, termasuk kawasan kampung saya sendiri.
InsyaAllah, saya akan turun meninjau keadaan, bertemu penduduk yang terjejas dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.
Kita juga telah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa yang bersiap sedia untuk membantu penduduk terjejas.
Kepada warga Pangkor yang terkesan, utamakan keselamatan diri dan keluarga serta patuhi arahan pihak berkuasa.
Didoakan semoga Allah SWT melindungi kita semua, meredakan keadaan dan mempermudah segala urusan.
#Pangkor