Rupanya senang je nak unsubscribe Gmail kita dari website merapu supaya taklah kerap full je inbox storage. Kan?
Just taip https://t.co/Gys8q7mcjP then tekan je button unsubscribe tu (rujuk gambar)
Atau...
Dari kedalaman 1,300 meter di perut bumi hingga ke laut dalam perairan Sabah, PFLNG 2 mencipta sejarah sebagai teknologi pertama dunia yang memproses gas asli terus menjadi cecair di tengah lautan. Dalam kitaran masa kritikal 12 hari, loji terapung ini perlu memenuhkan lapan tangki gas sebelum gas asli cecair dipindahkan ke kapal pengangkut LNG MISC untuk dieksport ke Jepun, China dan Korea Selatan. Di sebalik operasi berskala global ini, setiap proses sarat dengan risiko, termasuk detik paling mencemaskan apabila dua kapal gergasi merapati antara satu sama lain, di mana kesilapan kecil atau perubahan cuaca mendadak boleh mengundang bencana.
Bagaimana teknologi, kepakaran dan disiplin tinggi kru menjadi benteng keselamatan dalam operasi berisiko tinggi ini? Saksikan pendedahan eksklusif Merintis Horizon dalam #Majalah3, Isnin, jam 9 malam di TV3. Strim juga melalui https://t.co/IHhBeU8Hss
atau aplikasi Tonton.
Selepas sedekad, peniaga Selatan Thailand mula terima RM
Pengukuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) memberi nafas baharu kepada aktiviti perniagaan di Selatan Thailand apabila peniaga di wilayah itu kembali menerima mata wang tersebut untuk urus niaga selepas lebih sedekad tidak digunakan secara meluas, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata peniaga tidak menolak urus niaga menggunakan Ringgit apabila RM1 kini bersamaan dengan 8 hingga 8.2 baht apabila ditukar.
Artikel: https://t.co/LQKTpROkxm
Muzik: Creative Minds oleh https://t.co/lcpyXOed5Z
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #peniagaSelatanThailand #ringgit #SelatanThailand