Doa Buat Adik Beradik :
Ya Allah.. Rahmatilah kami adik beradik. Rapatkanlah hubungan kami dan luaskan rezeki kami adik beradik.
Ya Allah.. Ampunilah dosa adik beradik kami. Jikalau mereka ada berbuat salah. Jauhkanlah kami dari sebarang sengketa. Aamiin.. ❤️🤲🏻
10 malam terakhir. Start today jangan tinggal lepas maghrib terus start berdoa. Mintak apa saja kita nak semoga ada di antaranya yg makbul. Allah pilih yg terbaik utk kita, ingat tu.
Lets go!
Boleh jadi keterlambatanmu dari suatu perjalanan adalah keselamatanmu. Boleh jadi tertundanya keinginanmu adalah suatu keberkahan. Boleh jadi berpindahnya rezekimu pada orang lain kerana ada rezeki yang lebih besar kelak untukmu.
– Prof. Dr. M. Quraish Shihab
Sebagai muslim, Al-Quran perlu dilazimi sehingga menjadi rutin.
Al-Quran juga untuk difahami. Kerana di dalam Al-Quran, termaktub petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
Bacalah Al-Quran. Hayati isi dan maknanya.
Semoga kita berjaya menjadi muslim yang sebenar.
Kenapa ramai suruh cari pasangan yang jaga solat? Sebab kalau dia mampu istiqamah dalam menjaga hubungan dengan الله, sudah pasti dia mampu jaga hubungan sesama manusia.
Kalau dengan الله pun dia boleh buat sambil lewa tak mustahil hati kau pun dia boleh buat tidak penting.
Pernah tak kita terfikir, adakah puasa kita tahun ini sekadar menahan lapar dan dahaga, atau benar-benar membawa perubahan pada jiwa?
Rasulullah SAW menjanjikan sesuatu yang sangat besar untuk kita: Pengampunan dosa yang lalu.
Tetapi ada "syaratnya". Bukan sekadar tutup mulut dari makan, tapi kena ada dua elemen penting ini:
1️⃣ Imanan (Penuh Keimanan): Kita puasa sebab sedar ini perintah Allah, bukan sebab ikut-ikutan kawan atau adat semata-mata.
2️⃣ Ihtisaban (Mengharap Reda): Kita buat dengan ikhlas, jaga kualiti puasa, dan sabar tempuh ujiannya demi mengharap ganjaran pahala dari-Nya.
Bayangkan, dari satu Ramadan ke Ramadan seterusnya, Allah sudi hapuskan dosa-dosa kecil kita asalkan kita jauhi dosa besar. Satu peluang 'reset' yang sangat mahal harganya.
Jom kita "upgrade" niat kita hari ini. Moga Ramadan kali ini bukan sekadar tradisi, tapi transformasi.
Kita masih hidup.
Allah berikan pula kita Ramadhan.
Bukan sekali. Berkali-kali.
Kali ini, dapat lagi.
MasyaAllah.
Sama2 kita manfaatkan Ramadhan kali ini sebaiknya.
Janganlah kelak kita dibangkitkan di akhirat sebagai orang yang menyesal dan diminta dihidupkan kembali.
Sahur bukan sekadar makan.
Ia:
– Kekuatan untuk berpuasa
– Identiti akidah umat Islam
– Doa para malaikat
– Latihan bangun Subuh berjemaah
Puasa bermula dengan persediaan.
Semoga Allah mudahkan kita bangun sahur
https://t.co/qRY1NuAAok
Tengah puasa tapi ter makan/minum sebab LUPA?
Berita baik: Puasa anda tetap SAH!
Nabi SAW bersabda, itu tandanya Allah sedang memberi anda makan & minum. (HR Bukhari: 1797).
Apa nak buat?
1. Berhenti makan/minum segera bila tersedar.
2. Teruskan puasa macam biasa.
3. Tak perlu qadha (ganti).
Islam itu memudahkan, bukan membebankan. Bukti Allah sangat sayang pada hamba-Nya yang berusaha beribadah.
Rasa 'stuck' dengan kerja yang berlambak? Urusan rasa sempit & banyak halangan?"
Ustaz Jafri Mahmoodi kongsikan satu tips 'productivity' yang luar biasa:
Lagi banyak kita baca Al-Quran, lagi Allah permudahkan urusan seharian kita.
Formula dia mudah:
Banyak baca = Banyak kemudahan.
Kurang baca = Rasa sempit/stuck.
Jangan tunggu waktu lapang untuk baca Al-Quran, tapi bacalah Al-Quran untuk dapatkan waktu yang lapang.
Surah ‘Abasa mengingatkan kita bahawa ukuran kemuliaan di sisi Allah SWT bukanlah pada kedudukan atau darjat, tetapi pada keikhlasan iman dan kebersihan hati.
Moga kita termasuk dalam golongan
yang wajahnya bercahaya di sisi Allah SWT.
Ramadan kali ini, jangan sekadar kejar 'Menu Rahmah' berbuka, kejar juga 5 Waktu Mustajab Doa ni.
Petikan sumber: Astro Awani.
1. Waktu Sahur: Doa waktu sepertiga malam takkan sia-sia.
2. Sepanjang Puasa: Doa orang berpuasa tidak ditolak.
3. Sebelum Iftar: Waktu paling 'critical' & penuh rahmat.
4. Lailatul Qadar: Peluang 'one-off' setahun sekali.
5. Jumaat Ramadan: Gandakan doa lepas Asar.
Sediakan 'wishlist' doa korang dari sekarang.
Rugi di bulan Ramadan ni tak buat Solat Taubat banyak². Allah SWT buka pintu taubat & keampunan seluas²nya.
Taubat itu sebenarnya mudah ;
Rakaat pertama : Al-Kafirun
Rakaat kedua : Al-Ikhlas
Habis solat, istighfar sebanyak²nya sampai hati kita lembik. Jom semua ambil peluang!