Pelajar Tingkatan 4 maut, rakan cedera motosikal rempuh kereta
01 Januari 2025, 5:03pm
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar sekolah menengah maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit nahas dengan sebuah kereta di Jalan Persiaran Pekeliling, Bangi dekat sini, semalam.
Dalam kemalangan kira-kira jam 4.59 petang itu, mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu seorang wanita warga emas berusia 64 tahun dalam perjalanan menghala ke Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
“Kereta itu dipercayai sedang bergerak keluar dari sebuah simpang di Jalan Persiaran Pekeliling sebelum penunggang motosikal bersama pembonceng yang datang dari arah kanan melanggar kenderaan berkenaan.
“Akibat rempuhan itu, pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang cedera di kaki. Pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Naazron berkata, penunggang dan pembonceng motosikal berusia 16 tahun dan mereka adalah pelajar di sebuah sekolah menengah di Bangi.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suoddi talian 017-3818422 bagi membantu siasatan,” katanya.
Artikel Buletin Tv3
Body language pembuli.
Tangan atas badan si orang yang lebih kecil. Padahal ini dalam konteks mohon maaf, masih juga nak tunjuk dia punya besar dan dominant ke atas orang lain.
Sick.
Siss, you need proof and data to backup your statement. Kami the living proof upsr pmr spm takde bagi tekanan teruk pun, its part of learning and growing process to face the real world. Ffs please kembalikan the exam.
Aku jarang sekali cerita hal aku dan family. Tapi hari ni taktahu kenapa,tapi aku nak sangat kongsi
Seperti yang segelintir rakan X tahu, aku dah jadi abah kepada serg anak lelaki berumur 2bulan.Aku nama kan dia Tuah, sebab bagi aku, terciptanya dia dengan sangat ajaib bagi kami
Family datang lagi!! I bawak dekat kedai lobster i suka makan.
100grm Rm20 je. I punya Lobster sekali masak Rm100 sahaja❤️. Family puas hati! Isi banyak dan sedap.
Nanti i buat thread tidur dekat mana. Yang nampak jelas Gunung Kinabalu ✨