Tengah dok lepak dalam kereta nak makan, aku didatangi oleh 4 org India ni
2 org keluar
Satu lelaki satu perempuan
2 pasangan lagi tunggu dalam kereta
Tgh aku leka nak makan aku perasan ada satu kereta Honda city Maroon blocked kereta aku ..aku pelik sbb kiri kanan parking kosong
Aku ambik langkah berjaga² terus naik kan tingkap sikit mamat ni ketuk cakap repo
Aku pun apa lagi aku start kereta nak reverse lah sambil aku cakap jom pegi balai dulu
Aku Tau dah aku tak leh gerak sbb depa block kereta aku
Tiber yang perempuan pulak keluar cakap kat aku... u Tau tak plate number u ni daftar atas motor LC curi
Lagi lah aku bengang
Aku tak tunggu dah aku terus bunyikan hon sekuat²nya
Ye la cuba korang cakap siapa tak cuak ...ko sorang, dorang 4 org
Dan the best part is cakap kereta ko tak byr sedangkan ko tau kereta ko tkde masalah bayaran Lansung
Sambil aku bunyikan hon aku call balai suruh hantar peronda
Dorang suruh aku jgn buat bising Dan suruh aku keluAr Dan bincang
Dalam keadaan mcm ni sape nak keluar weii
Aku keep hon sampai ada lah 2,3 org budak yang keje kat situ keluar dan tanya aku... akak tak byr kereta ke
Aku cakap, eh apa pulak, sy tkde masalah tunggakan
Dan budak tu cakap boleh tak jgn hon2
aku cakap ko aspect apa dik org tiba2 dtg ugut² ko dalam keadaan tiada org
apa alternative yg ko ada?
Aku cakap kalau diorang nak tarik kereta surat, kad kuasa mana???
And plus aku keep on cakap kereta ni tkde tunggakan dan bukan kereta curi
Tak lama lps tu polis dtg baru aku keluar.
Korang tau apa mamat dan kakak India ni cakap...dia kata sy cuma tanya saja
saya tak tuduh, saya hanya mau check
Darah aku terus naik la
Aku jerit cakap ...ko kalau nak check ko tkkan simply nk block kereta aku
Dan tadi ko cakap aku pakai plate number palsu
Lps tu mintak maaf cakap... sy cuma tengok sistem bila sy check dgn office rupanya salah satu alphabet
Aku maki la bertubi2 pasangan ni
Aku cakap dgn polis adakah ini cara yg betul
Jika betul pun ada org yg tak byr kereta mana surat kad repo smua tak tunjuk
Mamat ni kata semua ada dalam sistem
Dan sy cuma tnya
dia kata aku yg aggressive
Aku tak puas hati
Dan terus pegi balai even berkali2 dia minta maaf dan minta jgn report
aku cakap aku kena report sbb kalau tak report u akan buat lagi kat org lain
So aku cakap ni cara u nak pow org la kan
Aku mmg sgt tak puas hati Dan org2 seremban Dan kat mana2 pun lah.... pls la berhati2 dgn modus operandi macam ni
Kita kena alert
‘KB Sentral ambil masa lebih lama disiapkan kerana Kerajaan Kelantan berhati-hati’ – Exco
“Kita pilih yang terbaik. Lambat tidak apa, asal jadi molek," kata Dr Izani.
https://t.co/8F6RfW2SXj
#sinarharian#beritaterkini
Kali ni Tuan Guru Haji Hadi steady, dia tak ikut pun PAS PN keluar dewan masa RCI dibentang.
Sebab Haji Hadi memang tak datang pun parliment sejak dari pagi. Dia ponteng lagi
Bila brand malaysia cuba utk menyakinkan brand ni wajib jual dgn harga mahal so kita compare la dgn adidas😂... dia boleh samakan material yg RND dengan material readymade
Hari ini 27 tahun yang lalu, Datuk Azhar Mansor tiba di tanah air dari pelayaran solo mengelilingi dunia.
Dilahirkan di Kangar, Perlis pada 11 Februari 1958, Azhar memulakan pelayarannya dari Awana Porto Malai, Langkawi tepat jam 4.30 petang 2 Februari 1999 dengan kapal layar diberi nama 'Jalur Gemilang' disaksikan Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Berlayar mengikut arah Timur, laluannya sudah ditetapkan iaitu menukar haluan di Cape Leeuwin di Barat Australia, kemudian di South East Cape di Tasmania, seterusnya South Cape di New Zealand sebelum merentas Lautan Pasifik menuju Cape Horn, Chile.
Namun sebelum sampai ke Cape Horn, tiang layarnya patah dibadai ribut, memaksanya berlabuh untuk membaiki kerosakan sekali gus menunda tempoh pelayaran asal yang dirancang iaitu kurang 100 hari untuk melakar rekod World Sailing Speed Record Council (WSSRC).
Siap memasang tiang baharu, Jalur Gemilang meneruskan pelayaran ke arah Kepulauan Fernando de Noronha di Brazil, kemudian merentas Lautan Atlantik & turun ke selatan semula untuk melewati Cape of Good Hope di Afrika Selatan & terus menuju ke Langkawi.
Di tengah perjalanan itu, Azhar terperangkap dalam keadaan yang dipanggil sebagai angin mati atau ‘doldrums’, di mana laut amat tenang tidak berombak sedikit pun selama 2 hari sebelum angin kembali bertiup & membolehkan pelayaran diteruskan.
Akhirnya selepas berlayar sejauh 21,760 batu nautika selama 190 hari, 6 jam, 57 minit & 2 saat, Jalur Gemilang selamat tiba semula di Awana Porto Malai pada 11 Ogos 1999. Azhar menjejakkan kakinya di Jeti Star Cruise pada 11.55 malam itu.
Walau tak dapat melakar rekod pelayaran keliling dunia solo terpantas tanpa bantuan, WSSRC tetap mengiktiraf pelayaran itu secara rasmi dalam kategori 'Keliling Dunia, Dengan Bantuan, (berhenti), Arah Timur, Seorang Diri', yang tak pernah dibuat sebelum itu.
Azhar kemudian dianugerahkan gelaran ‘Kapten Terhormat’ oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika majlis makan malam sempena temasya Pameran Maritim & Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada Disember tahun itu.
Sumber: WSSRC, Perpustakaan Negara, Utusan Malaysia
#PeristiwaHariIni
Pantang cuti, pantang hujung minggu, ride tak berhenti. Habis duit berpuluh ribu buat motor, yang bahayakan diri, menyusahkan orang sekeliling. Mari musim mengundi, melalak kata Melayu makin terancam. Kau pergi pusing pusat tuisyen tengok, sampai pukul 11 malam tengok siapa penuh
Mbak Itri, ART di Malaysia selama 3 tahun tidak pulang dan melihat anaknya di Indonesia.
Bosnya yg baik memberikan kejutan, menerbangkan anaknya untuk bertemu dengan mbak Itri di Malaysia.
😭😭😭
Cr: https://t.co/RUctKRgR9e